'So apa masalahnya sekarang?' Soal Farhan setelah semuanya nampak tenang dan studio pun agak sunyi kerana selepas waktu mahgrib.
'Haah kenapa kau menyorok dari En. Nazrin.' Soal Leya pula. Lagak Leya dan Farhan sudah seperti pegawai polis dan pesalahnya sudah tentu Qisya.
'Kejap apa kaitan En. Nazrin bukan Acap ke ?' Farhan mula menyoal Leya. Qisya sudah menghantarkan satu padangan pada Leya.
'Maksud aku Acap haah Acap ke nama budak tu?' Leya cuba membetulkan keadaan semula.
'Entahlah aku...' Belum sempat Qisya memberi jawapan.
'Ke kau ada apa-apa dekat dia seperti yang aku dengar-dengar.' Farhan terus menembak Qisya.
'Kau ni Farhan! Qisya tak habis cakap lagi.' Hampir sahaja Leya mahu memukul Farhan pakai buku sketchnya.
'Dengar-dengar apa pula aku rasa tak selesa dengan budak tu dia macam something saja.' Qisya menyandarkan badannya pada kerusi dan mengeluh perlahan.
'Bila kau cakap macam tu Qisya aku baru perasaan sesuatu, memang dia dengan lagi seorang tu suka sangat datang sini.' Leya mengingat kembali perkara-perkara yang berkaitan.
'Aku sambung tadi, aku dengar yang Acap tu gaduh dengan ex dia sebab senior semester 6.' Farhan mula 'mengeluarkan' gosipnya.
'Mana kau tahu benda-benda macam ni?' Soal Leya dengan wajah ingin tahunya.
'Akukan rapat dengan budak semester 3 jadi aku ada dengar-dengar benda ni.' Terang Farhan.
'Aku bukan jaga tepi kain orang ye.' Tambah Farhan lagi.
'Seriuslah Farhan, nak gaduh-gaduhlah apa kaitan dengan kita budak semester 6. Dia orang ni datang sini nak belajar ke nak bercinta. Lepas tu kalau salah seorang jumpa yang lebih baik mulalah macam-macam. Tak faham aku.' Beremosi pula Qisya di buatnya.
'Sabar Puan Nur Qisya, kita tidak tahu perkara sebenar kadang apa yang kita dengar bukannya betul.' Leya menepuk perlahan belakang Qisya sambil menjeling ke arah Farhan.
'Aku pula. Okay,okay kita serius balik. Kenapa pula kau tak selesa dengan si Acap tu.' Farhan mula bertanya denagn wajah serius.
'Tak payahlah serius sangat bukan penting pun. Entahlah aku rasa tak selesa dengan budak tu. Cara dia pandang, cara dia senyum dekat aku.' Cerita Qisya sambil bermain-main dengan pelapik meja.
'Jadi sebab itu sajalah kau avoid budak tu.' Nampaknya Leya semakin faham dengan situasi Qisya.
'Kalau kau dah rasa macam itu nak buat macam mana. Tapi aku rasa baik kau relaks Qisya sebabnya nanti nampak macam pelik kalau kau lari-lari. Kau coolll macam tak ada apa buang perasaan tu jauh-jauh.' Farhan memberi nasihat dan juga semangat pada sahabatnya.
'Betul. Aku pun rasa kau perlu buat macam tu. Plus, kalau kau sorok-sorok macam ni nanti kau sendiri yang penat.' Tambah Leya pula.
'Em, aku rasa pun aku kena buat macam kau orang cakap. Thanks kau orang tapi ingat tau ini cerita sini habis sini.' Qisya bersyukur yang dia punya sahabat yang amat memahami.
'Orait bos, eh aku gerak dulu apa-apa hal roger, roger hahaha.' Sempat Farhan bergurau dan berlalu keluar.
'Dah, dah sambung buat kerja kalau asyik fikir je tak siap semua.' Leya menepuk perlahan bahu Qisya tanda memberi semangat.
Jadi Qisya cuba mendidik hatinya agar lebih cool dan bertenang bak kata sahabat-sahabatnya. Lepas ini kalau dia berjumpa dan terserempak dengan manusia-manusia seperti itu dia akan bertenang sahaja.
'Wahai hati moga tabah bukan untuk hari ni sahaja tapi untuk selamanya.' Qisya memujuk hatinya yang kadang lemah sekali.
Psycho Nazrin
Kau ingat aku tak tahu kau menyorok tadi...
Baru sahaja Qisya cuba menguatkan semangatnya datang pula satu masalah. Memang Nazrin tahu Qisya menyorok bawah meja sebab dia ternampak Qisya masuk ke studio dan bila masa pula gadis itu keluar sebab Nazrin pun mahu menuju ke studio mereka ketika itu.
'Oh pleaselah mamat ni.' Qisya cuba sedaya upaya untuk bertenang takut nanti kalau Leya nampak risau lagi sahabatnay itu.
'Nak apa?' Pendek sahaja Qisya membalas.
Psycho Nazrin
Kenapa kau menyorok tadi. Malu ye ?
'Malu. Buat apa nak malu aku ada sakit mata.' Balas Qisya mahu atau tidak terpaksa juga dia balas whatsapp orang tua itu.
Psycho Nazrin
Sakit mata tengok aku hensem sangatkan hahaha...
'Ya Allah perasannya rasa boleh dengar dia gelak sampai sini.' Meluat Qisya di buatnya.
'Maaf Encik Nazrin saya ada banyakkkkk kerja yang perlu di siapkan. Bye dan Assalamualaikum.' Qisya membalas dan terus di matikan data internetnya.
Tetapi satu hal yang aneh kenapa dia masih boleh layan Nazrin dan tidak berasa marah. Marah itu akan muncul bila Nazrin di hadapannya sahaja. Pelik. Dia pelik dengan sikapnya sendiri. Qisya malas mahu melayan semua itu dia terus menyambung kerjanya.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...