Semasa di tingkatan 2 ada satu kejadia berlaku Qisya sedang sibuk menyapu lantai kelasnya pada waktu pagi. Sedang dia menyapu tiba-tiba kasutnya dipijak dari belakang habis tertanggal kasut gadis itu.
'Ya Allah Nazrin pagi-pagi dah kacau orang, bagi balik kasut aku.' Marah Qisya usikkan Nazrin kadang agak melampau.
'Kalau aku cakap tak nak kau nak buat apa?' Ujar Nazrin dengan menujukkan wajah meluatnya itu.
'Kau ni macam budak-budaklah. Bagi kasut aku.' Qisya cuba merampas kasut itu menggunakan batang penyapu namun tanpa dia sedar dia terketuk kepala Nazrin. Terlepas kasut Qisya dari tangan Nazrin terjerit kecil gadis itu dibuatnya.
'Arghh. Sakitlah kenapa kau ketuk aku!' Marah Nazrin sambil memegang kepalanya.
'Sorry, sorry eh kau yang cari pasal dulu.' Qisya meminta maaf dia rasa bersalah namun itu bukan salahnya Nazrin yang mengusik dahulu.
'Aku ketuk kau baru tahu.' Ugut Nazrin dengan pantas merampas menyapu dari tangan Qisya. Namun belum sempat Nazrin berbuat apa-apa guru kelas Qisya telah masuk.
Tersentak Qisya dari peristiwa dulu tangan yang lincah menaip mencari bahan kajian juga terhenti.
'Oh, dendam dulu ke yang dia tak sempat ketuk kepala aku tu.' Tergelak Qisya teringat peristiwa dahulu.
'Qisya kau kenapa cakap sorang-sorang ?' Tegur Leya yang terkejut mendengar Qisya bercakap seorang diri.
'Tak ada apa ni wifi slow.' Qisya cuba menukar ea r.
Pagi Isnin seperti biasa Monday blues for every person in this world. Namun bukan pada Qisya dia nampak berbeza dari sebelum ini nampak lebih semangat. Tengahari itu Qisya seperti mencari seseorang. Jumpa pun.
'Kau kalau aku tak cari nampak je eh eh encik sorry encik En. Nazrin.' Qisya baru sedar dia berada di fakulti sekarang, walaupun dia tak suka dan menyampah dengan si Nazrin ni namun Nazrin masih seornag tenaga pengajar yang perlu dia hormati.
'Aku ingat dah hilang adab kau. Orang puasa-puasa nilah beradab sikit. Cakap tak nak jumpa kalau dekat fakulti, ke kau rindu sangat dekat aku.' Usik Nazrin pantang jumpa pasti ada sahaja perkaar berbangkit.
'Choi ! Rindu. Bukan macam ni semalam tiba-tiba saya teringat kes dulu. Em encik dendam dekat saya sebab saya ketuk kepala encik guna penyapu eh ?' Soal Qisya dengan wajah polosnya.
'Penyapu ?' Bingun lelaki itu. Tiba-tiba dia teringat kes dia ambil kasut Qisya itu.
'Oh, kalau benda tu sekarang pun aku boleh buat.' Usik Nazrin dan sudah siap sedia mahu megetuk Qisya mengunakan fail yang berada di tangannya.
'Eh, eh kejap.' Qisya cuba mengelak dengan menutup kepalanya.
'Merepek dahlah aku busy.' Ujar Nazrin kemudian berlalu pergi tanpa memberi jawapan yang betul pada Nazrin.
'Hish dia ni tinggal aku macam tu ja.' Qisya merengus perlahan.
Qisya memandang kiri dan kanan baru dia tersedar akan berbuatannya itu. Dia mengetuk perlahan kepalanya. Malu ja kalau ada yang nampak.
Semasa memandu pulang Nazrin tergelak sendiri bila teringat kejadian tadi. Dia tidak sangka Qisya boleh fikir dia dendam sebab kes diketuk dengan penyapu.
'Qisya,Qisya dia ingat aku budak kecil ke.' Lebar senyum di bibirnya.
Tiba-tiba senyumnya mati bila terfikir betul ke tindakan dia pada Qisya. Memang cara dia nampak salah tapi dengan cara itu dia tahu itu adalah yang terbaik. Teringat semasa zaman persekolahan dulu.
'Hai Qisya, Balqis.' Tegur senior sekolah Qisya dan juga kawan baik Nazrin.
'Hai, Kimi.' Qisya senyum dan Balqis mengangkat sedikit tangan namun senyuman Qiysa terus di matikan bila melihat Nazrin di sebelah.
'Dia memang sampai aku ja muka macam tu.' Bunyin Nazrin seperti merajuk sahaja. Qisya dengan selamba terus berlalu dan menarik Intan yang terpinga-pinga.
'Bila aku nak bagitahu dia pasal gelang tu ye ?' Nazrin bermonolog sendiri. Tentang gelang yang di bagi tapi Balqis mejadi pengantaran. Tiba-tiba teringat akan hadiah yang di beri pada Qisya semasa hari jadi ke 14 tahun.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...