'Alhamdulilah nampaknya orentasi kita telah pun di penghujugnya. Saya sebagai wakil part 6 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua junior-junior yang melibatkan diri. Lepas ni kalau jumpa tegur-tegurlah kami, tak apa kami tak makan orang. Nak minta tolong atau apa semua boleh saja. Okay.' Fareez memberi kata-kata akhir untuk majlis penutup.
'Lepas ni boleh adakan sesi bergambar.' Tambah Fareez.
Keadaan Studio Catan 5 menjadi riuh bila semua pelajar sudah beransur-ansur ada yang pulang, ambil gambar, berbual. Qisya dan Leya sudah berada di luar untuk mengemas tempat makanan kerana selepas makan mereka semua di minta untuk masuk bagi memeriahkan suasana.
'Qisya elok-elok baju tu.' Leya menegur Qisya yang kadang-kadang sedikit cuai.
'Baju ? Oh lupa pakai baju putih.' Qisya lebih berhati-hati selepas di tegur Leya.
'Kau orang ada makanan lagi ni. Macam mana ? Soal Natrah yang pening dengan makanan lebih. Ada kuih dan pencuci mulut yang masih tidak berusik dan elok di dalam bungkusan.
'Alamak dah lewat sangat siapa nak bawak balik. Sayang nak buang.' Atirah mengeluh perlahan melihat makanan tersebut.
'Kau orang kenapa?' Soal Aisyah yang baru keluar dari studio.
'Makanan banyak lebih tak tahu nak bagi siapa.' Qisya menunjukkan makan lebih kepada Aisya.
'Allah sayangnya. Tak boleh buang.' Aisyah juga mengeluh perlahan melihat baki makanan yang tidak habis.
'Bagi saya bawa balik. Nanti saya hantar dekat studio, biasanya dia orang kalau malam-malam memang cari makanan.' Nazrin terdengar perbualan mereka dan mempelawa diri untuk membawa balik semua makanan tersebut.
'Alhamdulilah terima kasih En. Nazrin.' Lega Aisyah, selesai sudah masalah makanan yang berlebihan.
'Alamak En.Nazrin ni sweet, perfect 10 betul hahaha.' Sempat Natrah memuji Nazrin setelah pensyarahnya itu pergi membawa makanan tersebut.
'Amboi perfect 10 bagai cepat kemas nak balik ni.' Leya pula memerli Natrah yang sibuk memuji Nazrin.
'Boleh jadi calon suami ni.' Tambah Aliyah pula sambil ketawa.
'Allah aku ingat dah habis. Macam-maca kau orang ni.' Qisya menggeleng kepala melihat gelagat mereka. Tapi dia tahu mereka hanya bergurau sahaja.
Selepas bergurau dan bergelak bersama mereka meneruskan aktiviti mengemas dan jam menunjukkan hampir pukul 10.00 malam. Sebenarnya malam itu mereka ingin buat kejutan hari jadi untuk Atirah di geleanggang badminton selepas berkemas semua turun ke bawah dengan alas an masing-masing. Cuma Aliya sengaja membuat alasan agar Natrah tidak turun ke sana.
'Cepat, cepat dia dah nak datang.' Ujar Leya separa berbisik yang lain sudah siap sedia tepung dan air di tangan.
'Amirah cepatlah nak ambil barang apa dekat stdudio dia orang.' Terdengar suara Atirah membebel. Tiba-tiba tanpa dia sedar.
'Happy birthday!!!!' Mereka semua membaling tepung dan air ke Atirah.
'Wehhhhhh.' Kuat Atirah menjerit kerana terkejut.
'Happy birthday Atirah.' Giliran Leya pula sambil memeluk gadis itu.
'Ala kesiannya dia.' Qisya membantu Atirah mengelap wajahnya dengan tisu.
'Weh, jahatlah kau orang.' Hampir menangis gadis itu di buatnya. Qisya mengusap lembut kepala rakannya itu. Qisya juga mengenali Atirah dari semester satu cuma mereka berbeza kelas tidak seperti Leya dan Qisya yang sama kelas.
'Happy birthday Tirah.' Farhan membaling lagi tepung ke arah Atirah.
'Farhan bukan birthday aku!' Marah Qisya yang turut terkena tempias tepung tersebut.
'Sudah kau orang. Nah Atitah happy birthday cepat tiup.' Amirah datang membawa kek kepada Atirah.
'Wah ada kek ke? Terharu aku.' Barulah gadis itu senyum melihat kek di hadapannya.
'Apa ingat kita orang tahu baling tepung sahaja ke?' Marah Haikal lagaknya seperti emak-emak.
'Selfie, selfie.' Leya mengajak semua yang di situ masuk ke dalam kamera untuk di buat kenangan.
'Nah.' Farhan menghulurkan tisu kepada Qisya.
'Buat apa?' Aneh Qisya dengan Farhan.
'Itu dekat dahi nak bagi siapa tengok.' Perli Farhan dan mengambil tempat di sebelah Qisya.
'Oh ada ye hahaha.' Malu gadis itu. Dia mengelap sisa tepung yang di katakan Farhan sambil matanya melihat Leya dan Haikal bermain badminton. Tidak tahu penat mereka ini, selagi jam belum menunjukkan pukul 12.00 memang tidak tahu nak balik.
'Qisya sebenarnya kau dengan En.Nazrin ada apa-apa ke?' Soalan Farhan membuatkan Qisya tersentak.
'Apa maksud kau?' Soalan di balas soalan. Terkejut Qisya dengan soalan Farhan yang tiba-tiba.
'Aku lelaki, dia lelaki and aku tahu cara pandangan lelaki dekat perempuan tu macam mana.' Jelas Farhan nadanya terdengar serius. Qisya memandang Farhan sekilas dan memandang semula ke arah rakannya yang bermain badminton.
'Aku tak faham tapi apa-apa pun aku tak ada kaitan dengan dia.' Sebenarnya Qisya malas mahu memanjangkan kisah dia dengan Nazrin. Dia tahu Farham mengambil berat tentang dia, walaupun mereka rapat tapi ada juga perkara yang tidak perlu mereka kongsi atau mungkin belum masanya.
'Baguslah tu.' Perlahan sahaja suara Farhan.
'Apa kau cakap?' Sebenarnya Qisya dengan apa yang di katakana Farhan.
'Dah aku nak join dia orang.' Farhan mengubah topik dan terus bangun meninggalkan Qisya. Gadis itu termenung seketika memikirkan semula apa maksud Farhan tadi. Ada dua perkara yang buat dia pelik dengan Farhan.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...