Cuti pertengahan sedang berlaku namun biasalah bagi perlajar semester akhir kalau cuti tu ada seminggu maka 3 atau 4 hari sudah memadai untuk pulang ke kampung. Melepaskan rindu sekejap pada orang di rumah.
'Acik, cuti dari hari sabtu hari itu kan, ini hari Khamis baru nampak muka.' Tegur Risya sambil meletakkan lauk di atas meja makan.
'Biasalah Kak Long kerja kalau boleh bawak masuk laptop memang Acik dah balik Jumaat lepas tapi kerja kita ni jangan katakana laptop, kereta abah pun tak muat.' Bergurau pula Qisya.
'Jadi, kamu balik ni memang ikut planlah ye ?' Soal En.Ahmad tiba-tiba.
'Plan ? Plan apa pula Abah ni.' Sengih Qisya. Sudah tiba-tiba dia balik hanya mahu berehat tapi cerita apa pula ni.
'Ayen tak bagitau Acik ke ? Soal Pn.Nurin pula.'
'Ayen ? Bagitau apa.' Hish nama Nazrin di petik, ini yang tak sedap. Risya dan Raudah sama-sama melihat Qisya.
'Sabtu ini dia orang nak datang saja-saja buka puasa, tapi sambil tu boleh bincang-bincang.' Ujar Pn. Nurin. Tersedak Qisya dibuatnya.
'Ehem,ehem apa, apa ummi bincang-bincang?' Qsiya sudah terbatuk-batuk dibuatnya. Adoi air yang manis dia buat tadi pun rasa tawar. Baru mahu berbuka puasa bersama keluarga yang tercinta dengan tenang tup tup nama Nazrin juga di sebut.
Qisya ke hulur ke hilir di dalam bilik sambil memegang hadphonenya.
'Kak Cik ni kenapa, Adik nak layan youtube pun tak senang.' Marah Raudah yang pening melihat Qisya ke hulu ke hilir dekat 5 minit kejap dia duduk kemudian jalan semula.
'OMG! Adik tahu tak sekarang Kak Cik sedang di landa musibah eh bukan masalah. Faham tak?' Ujar Qisya lalu duduk di atas katil betul-betul menghadap Raudah sengaja dia berbuat begitu.
'Hish, apa ni dekat-dekat. Kalau pening sangat call je lah Abang Ayen tu.' Di tolaknya Qisya selamba
'Ewah, ewah since when 'berabang' pulak dengan si Nazrin tu' Meluat Qisya dibuatnya.
'Abang Ayen tu baik tau Kak Cik, jangan tolak lelaki macam tu.' Puji Raudah. Amboi bukan main puji bakal abang ipar belum tentu jadi.
'Wah, puji bukan main dia bagi apa sampai puji macam tu.' Peril Qisya pelik kenapa Raudah nampak baik pada adik bongsunya itu.
'Adik puji ikhlas tau, tapi dia bagi ini.' Ujar Raudah sambil menujukkan headphone bluethoot berwarna merah.
'Patutlah.' Qisya sudah menghantar pandangan maut pada Raudah yang tersengih macam kerang busuk.
Qisya masih memikirkan akan hal ini, betul ke keputusan dia. Apa yang perlu dia katakan sabtu ini, perlu ke dia berterus terang. Aduh, pening kepala di buat lalu dia buat keputusan untuk panjat katil lalu tidur.
'Balqissssssss.' Dia peluk sahabatnya yang di lihat dari jauh. Tidak kisah langsung dengan mata yang melihatnya di mall. Nasib di restaurant tersebut belum ramai lagi.
'I miss you so much. Bogoshipeo.' Sempat pula si Balqis ni berdrama korea.
'Hahhaha drama sangat ni.' Qisya memukul lembut lengan sahabatnya itu.
'Rindunya lama tak story, story.' Gembira sangat Balqis terserlah lesung pipit di belah kiri pipinya.
'Hahaha itu sudah pasti.' Memang banyak perkara yang nak di story pada Balqsi.
Pelbagai cerita dua sahabat ini berkongsi. Biasalah masing-masing sibuk di semester akhir nasib dapat cuti bula ramadhan ini.
'What!!!' Nasib baik restaurant di situ agak bising jadi suara Balqis tidaklah kedengaran sangat.
'Qis ni dengan kawan Qisya sama je. Perlahanlah sikit ni bukan rumah.' Qisya memadang kiri kanan takut ada yang terganggu dengan suara Balqis.
'Sorry, sorry betul ke kau dengan Abang Nazrin.' Balqis turut melihat kiri kanan dan baru tersedar dengan tindakan dia tadi. Bukan apa mahu tidak terkejut mendengar berita seperti ini.
'Tapi sorrylah bukan Qis orang first yang tahu. Qisya nak call tapi better cerita depan-depan. Sorry tau.' Qisya berasa bersalah pula pada sahabat baiknya selepas Leya.
'Nak merajuklah belanja Tea Live dulu.' Usik Balqis dan sempat meminta minuman kegemarannya.
'Hahaha nak berapa 10.' Gurau Qisya. Lega dia yang Balqis tidak ambil hati.
'Tapi ni kira ni macam family plan lah. Abah suka sangat dengan si Nazrin tu so Qisya nak kata apa lagi.' Qisya mengaul-gaul kuah sizzlingnya.
'Tak sangka gaduh-gaduh, benci-benci nak ke jinjang pelamin juga. Kira berhasillah teknik Abang Nazrin.' Balqsi tersenyum membanyangkan pelamin yang bakal di duduki oleh nazrin dan Qisya.
'Hey, Qis tak payah nak berangan sangat Qisya tak cakap pun nak cakap nak kahwin dengan dia.' Ujar Qisya selamba.
'Eh, macam itu pula. Habis kenapa setuju dengan pinangan Abang Nazrin?' Aneh pula Balqis dengan sikap Qisya.
'Kita merancang tapi Allah yang tentukan.' Betul kita mernacang dan Qisya hanya serahkan pada lebih berkuasa sejauh mana takdir mereka berdua.
'Betullah tu tapi jangan pula Qisya lari masa hari pernikahan.' Sempat Balqis mengusik.
'Hahaha tengoklah dulu. Tapi Qis cakap teknik Nazrin apa dia buat ?' Tiba-tiba dia teringat apa yang Balqis cakap tadi.
'Yelah itulah cara dia nak dekatkan diri dengan Qisya. Gaduh-gaduh dulu then baru sweet, sweet.' Cerita Balqis sambil terseyum melihat Qisya yang sudah menarik muka.
' Banyaklah dia punya sweet.' Kelihatan wajah menjengkelkan pada Qisya.
'Hahaha, buruknya muka. Eh, you still wear this.' Tegur Balqis melihat gelang yang pernah dia beri eh bukan yang pernah Nazrin beri melalui dia.
'Mestilah my favourite from favourite person.' Tersenyum dia membelek gelang pemberian Balqis.
'Tapi sebenarnya Qisya ni bukan Qis yang bagi.' Kenapa Balqis rasa dia perlu jujur.
'Inilah yang Qis bagi masam birthday Qisyakan ?' Qisya jadi hairan dengan Balqis.
'Sebenarnya Qis tolong orang sahaja.' Jujur Balqis.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...