Dari jauh dia ternampak Nazrin membelek satu fail, nope kali ini dia tidak akan lari lagi. Dia dan Leya kebetulan berjalan menuju ke arah Nazrin. Sebelum Nazrin yang mendatangi dia baik dia mendatangi Nazrin. Dia berharap dengan cara yang kurang sopan ini membuatkan Nazrin berhenti menggangu hidup dia.
'Assalamualaikum and morning En.Nazrin.' Ucap Qisya dan berlalu pergi.
'Waa..' Dia terkejut dengan susuk tubuh yang meninggalkannya itu.
'Waalaikumsalam. Tak pernah-pernah minah ni bagi salam dekat aku.' Nazrin berasa aneh dengan sikap Qisya.
Qisya dan Leya berjalan menuju ke tempat kereta untuk menghantar barang-barang ke dalam kereta Puan Noni.
'Eh En. Nazrin. Hai encik.' Leya yang terlebih ramah ini melambai Nazrin yang dua kereta jauhnya dari mereka. Qisya mengangkat kepala lalu melambai tangan kepadanya dengan senyuman penuh mesra.
Nazrin turut mengangkat tangan. Dia semakin hairan dah kenapa Qisya tu.
'Amboi Qisya dah berbaik ke ? Pagi tadi aku nampak kau bagi salam siap morning, morning bagai.' Tegur Leya sebaik mereka jauh dari parking kereta.
'Hehehe ini strategi aku, dia main kasar kita main lembut.' Gelak jahat keluar dari gadis itu.
Sejak itu Nazrin banyak berfikir apa yang terjadi pada Qisya. Dia berjalan sambil memandang bawah kerana terlalu berfikir.
'Encik!' Terkejut Nazrin bila satu suara memanggilnya kuat.
'Kus semangat. Awak dah kenapa ?' Tegur Nazrin terkejut melihat Qisya di hadapan.
'Encik yang jalan tengok bawah lepas tu salahkan saya. Encik, jalan pandang atas nanti cium dinding baru tahu siapa susah saya tak susah encik jugak susah hidung penyek tak pasal-pasal.' Pandai budak Qisya ni mengusik dan terus berlalu. Semakin berani dan galak dia memainkan Nazrin.
'Wow, lama tak nampak kau bahagia macam ni. Something happen?' Tegur Leya yang melihat perubahan wajah Qisya.
'Nothing. Cuma aku ada azam baru ja.' Gelak Qisya dan berjalan laju.
Seronok Qisya dapat mengenakan Nazrin. Teringat dia semasa sekolah Nazrin sangat suka mengenakan dia.
'Balqis tolong ambil gambar.' Pinta Qisya semasa mereka mengadakan rombongan kelab Bahasa Melayu di Terengganu.
'Okay.' Ujar Balqis baru sahaja mahu menekan klik dia terperasan satu susuk di belakang Qisya.
'Dah?' Soal Qisya melihat wajah Balqis yang berubah. Balqis mengangguk, baru sahaja dia mahu menyerahkan telephone bimbit Qisya.
'Qisya!' 'Klik' terdengar bunyi camera.
'Hahaha terima kasih.' Gelak kuat Nazrin sambil menujukkan gambar mereka berdua di ambil secara paksa.
'Adab mana agaknya.' Marah sungguh Qisya pelajar lain ada yang ketawa dan tersenyum melihat gelagat mereka.
'Kelakarlah Abang Nazrin tu.' Balqis ketawa dan menghulurkan handphone Qisya. Kelakar, Qisya di sebelahnya sudah seperti mahu mebunuh orang.
Di dalam bas semasa perjalanan pulang Qisya membelek handphone melihat gambar-gambar yang mereka tangkap tadi. Satu gambar membuat dia berhenti lama.
'Jangan tenung lama sangat.' Suara itu terus merampas telephone bimbit milik Qisya.
'Wehh.' Qisya tergamam dan tidak sempat membuat apa bila Nazrin sudah merampas telephone bimbit tersebut.
'Nah, thankyou.'Nazrin terus beredar di situ dan duduk di tempatnya.
Tanpa membuang masa dan dengan rasa marah Qisya terus memadam gambar tersebut. Nazrin yang selang tiga kerusi dari Qisya sudah ketawa-ketawa sambil membuka handphonenya. Puas hati dia, padamlah gambar tu Qisya dia sudah tidak kisah.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...