'Qisya okay?' Soal Nazrin perlahan hampir gugur jantungnya melihat kejadian tersebut. Nasib tubuhnya pantas bergerak.
'Nazrin.' Laju jantung Qisya kerana hampir di hempap papan playwood yang bersaiz 8 kaki panjang itu. Sakit juga kalau kena walau papan itu agak nipis. Sudah kakinya rasa terseliuh
'En. Nazrin okay?' Soal Leya sambil membantu Nazrin menolak papan tersebut.
'Saya dengar bising-bising dari tadi. Kenapa ?' Soal Nazrin yang kebetulan lalu di situ dan menjadi hero Qisya pada pagi itu Aini di situ sudah seperti cacing kepanasan.
'Awak nak pergi mana ?' Soal Nazrin bila melihat Aini seperti mahu keluar dari situ.
'Sa...saya nak naik studio atas.' Gagap Aini di buatnya.
'Apa nama awak ?' Soal Nazrin dengan suara yang tegas.
'Aini.' Jawab Aini perlahan.
Nazrin tidak dapat menangkap lagi situasi tersebut namun bila melihat Qisya yang hanpir di hempap papan playwood dan wajah Aini kelihatan pucat pasti ada sesuatu yang terjadi.
'Someone can explain to me. Qisya ? Leya ?' Tegas sahaja suara pensyarah muda itu.
'Macam ni En. Nazrin .' Leya memberanikan diri dan mahu atau tidak dia perlu berterus terang. Leya menceritakan semua dari awal. Aini sudah teresak-esak di situ, Qisya jadi simpati dan menghulurkan tisu pada Aini.
'Aini, awak tahukan tujuan awak datang sini untuk apa, jangan buang masa remaja awak untuk perkara tidak berfaedah macam ni nanti bila awak dah tua saya pasti awak sendiri akan menyesal bila teringat perbuat awak sekarang. Lagi satu cara awak ni buat orang tak bersalah terbabit sama. Saya nak awak minta maaf pada senior-senior awak nanti.' Nasihat Nazrin dengan tegas tapi di lembutkan suaranya sedikit, kasihan pula melihat Aini yang sudah merah-mearh mata dan hidungnya.
'Terima Kasih En. Nazrin, hari ni encik macam hero.' Sempat Leya memuji Nazrin di di hadapan Qisya pula.
'Kebetulan saya lalu sini tadi dengar bising-bising ingatkan apa. Qisya awak okay ke?' Jelas Nazrin dan bertanya pada Qisya yang masih mengurut kakinya dari tadi.
'Tak apa sikit saja nanti boleh letak minyak panas.' Qisya cuba memaniskan wajahnya bila Nazrin berbuat baik sperti itu
'Okaylah sambung kerja kau orang.' Ujar Nazrin dan berlalu pergi.
'Wah untung kau dapat En.Nazrin tu.' Leya teruja dan menolak Qisya dengan sedikit kuat.
'Leya! Kau ni kaki aku dah lah sakit. Kau ni cakap perlahan-perlahan boleh tak terdengar orang tua tu.' Geram Qisya di buatnya.
'Hahaha sorry, macam mana kaki kau okay tak.' Leya berasa bersalah pula dan melihat kaki Qisya yang nampak seperti bengkak sedikit
'Macam terseliuhlah Leya, nanti minta tolong Atirah urutlah.' Qisya mengurut perlahan kakinya.
Hari Isnin kelas seperti biasa dan Qisya berjalan dengan kakinya di balut dan badannya yang berasa sengal-sengal dari semalam.
'Qisya!' Natrah terus memeluk Qisya. Dia pula yang rasa bersalah bila Qisya jadi macam ni.
'Hahaha apa hal ni.' Geli hati Qisya melihat Natrah seperti itu.
'Sampai berbalut kaki kau, Leya dah cerita kat aku semalam.' Jelas Natrah bila melihat wajah Qisya terpinga-pinga.
'Patut kau hilang malam tadi.' Ujar Qisya pada Leya yang sengih seperti kerang busuk.
'Weh kenapa kaki kau?' Soal Haikal yang baru datang terkejut melihat kaki Qisya yang berbungkus.
'Terjatuh semalam.' Pendek sahaja jawabnya. Dia tidak mahu perkara ini terus berleluasa.
'Ada orang tolak.' Selamba Natrah berkata.
'Natrah!' Serentak Leya dan Qisya.
'Betulkan, biar satu fakulti tahu.' Marah sungguh Natrah pada Aini.
'Kesian dia kau orang jangan kecoh-kecoh tahu.' Ujar Qisya yang simpati pada Aini.
'Seriuslah. Budak nama Aini tu ke. Habis kau tak nak buat laporan apa ke.' Haikal turut terkejut penyebab kaki Qisya jadi begitu.
'Tak payahlah jangan di besar-besarkan.' Qisya cuba meredakan keadaan rakan-rakannya itu.
'Qisya kau ni baik sangatlah.' Natrah tidak puas hati atas kebaikan Qisya itu.
Qisya berjalan pelahan masuk ke studio. Kakinya masih berdenyut walaupun sudah di urut Atirah semalam. Menjerit jugalah dia dibuatnya kaki yang sakit lagi di tekan.
'Saya minta maaf.' Seseorang memohon maaf dari arah belakang. Baru sahaja Qisya mahu melangakh masuk ke dalam.
'Huh?' Terkejut Qisya dengan kedatangan Asyraf.
'Saya dah dengar dari Kak Natrah. Awak okay?' Jelas Asyraf. Simpati dia bila Qisya pula yang menjadi mangsa.
'Saya dah okay.' Pendek sahaja jawabnya. Malas dia mahu berpanjang-panjang.
'Kalau awak nak tahu saya dengan Kak Natrah tak ada apa-apa pun.' Asyraf menjelaskan tanpa di minta.
'Sorry tapi bukan masalah saya.' Ujar Qisya dan terus masuk ke dalam studio. Rasa tidak selesa pula dengan situasi seperti itu.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...