BAB 33

132 1 0
                                    

Isnin. Kuliah berjalan seperti biasa, hanya Qisya sahaja yang kelihatan sedikit resah namun dia cuba kelihatan bersahaja.

'Kau okay tak Qisya?' Tegur Leya yang melihat wajah Qisya sedikit berbeza sejak malam semalam sebaik pulang dari rumahnya.

'Aku? Kenapa okay ja.' Qisya cuba memaksa dirinya senyum.

'Fake. Don't ever try to smile like that infront of me. Aku kenal kau dekat 3 tahun duduk satu bilik dari semester satu aku tahu ni muka apa.' Ujar Leya dengan lagaknya.

'Hahaha, you always make my day lah. Leya aku ada benda nak cakap tapi bukan sekarang nanti kalau ada masa aku cerita.' Lembut sahaja nada Qisya

'Orait, kalau kau dah cakap macam tu. Dah tak payah stress sangat.' Pujuk Leya lalu menarik tangan Qisya masuk ke dalam studio.

Hari khamis dan hampir seminggu sejak keluarga Nazrin datang merisik Qisya. Namun keadaan jadi aneh sudah beberapa hari Nazrin tidak kelihatan di fakulti.

'Tak kan dah buat onar lepastu lari tak bertanggungjawab langsung. Tapi bagus juga macam aman ja hidup aku sekarang without 'lelaki' itu.' Qisya kelihtan sangat bahagia, dia tidak sedar tindakan dia yang tersenyum dan tergelak seorang diri sedang di perhatikan.

Tiba-tiba handphone di tangan berbunyi tanda ada panggilan masuk. Nombor tidak di kenali dan Qisya agak teragak mahu mengangkatnya.

'Hello ?' Qisya tidak pasti gerangan di hujung talian.

'Assalamualaikum.' Salam di beri dari pemilik suara di hujung talian.

'Lelaki .' Ujar Qisya dan melihat nombor telephone tu kembali sebelum mejawab salam.

'Waalaikumsalam, siapa?' Soal Qisya ingin tahu, dia takut kalau-kalau ada perkara penting.

'Tak kan suara bakal suami sendiri tak kenal.' Ujar lelaki itu di hujung talian.

'Hidup lagi.' Berubah terus intonasi suara Qisya. Dia memang tidak simpan nombor Nazrin hanya lelaki itu menyimpan nombornya walaupun ada beberapa kali mereka berwhatsapp.

'Wah hahaha.' Kuat Nazrin tergelak mendengar ayat pertama Qisya lepas tahu siapa yang menelefonnya.

'Kalau tak penting aku matikan.' Ugut Qisya malas mahu melayan baru sahaja moodnya mahu baik.

'Aku dengarr kau akan bagi kata putus lepas seminggu, aku tak sabar nak tunggu jawapan kau sebab tu aku call ni. By the way aku ada dekat Vietnam ada nak kirim apa-apa?' Ujar Nazrin dan tidak pernah serius bila dengan Qisya.

'Jangan nak seronok sangat anything could happen. Vietnam? Tak payah baliklah duduk situ terus.' Tidak kisah langsung Qisya pada Nazrin.

'Kau memang tak kisah aku nak pergi manakan. Aku pergi Vietnam sebab nak cari hantaran untuk kaulah.' Ujar Nazrin dengan nada serius.

'Nazrin kau tak payah nak merepeklah, kalau tak ada yang penting aku matikan call ni.' Ugut Qisya lagi.

'Hahaha, kau tak pernah berubah. Bye aku tahu kau busy fnal semesterkan. Assalamualaikum.' Tawa Nazrin lagi lalu manamtakan panggilan.

'Waalaikumsalam, baik tak payah call.' Marah dan benci. Qisya baru sahaja dia mahu melangkah.

'Nazrin ?' Tegur Leya dari belakang.

'Leya !' Terkejut Qisya, Leya di belakangnya.

'Kenapa En. Nazrin kacau kau lagi ke ?' Soal Leya dengan wajah serius.

'Leya shhh nanti ada orang dengar mati aku.' Qisya meminta Leya memperlahakan suaranya.

'Sorry, sorry kenapa dia call?' Leya sudah perlahakan suaranya. Kemudian Qisya menarik tangan Leya dan masuk ke studio.

'Macam ni.' Qisya menceritakan semuanya pada sahabat dia seorang ini, seseorang yang amat dia percaya.

'OMG, Qisya seriuslah, how should I react.' Terkejut Leya mendegar penjelasan Qisya yang membuat dia sedikit resah sejak dua tiga hari ini.

'Weh perlahan sikit tolonglah aku merayu simpan benda ni seorang sahaja okay.' Pinta Qisya sambil kedua tangannya di hadap di hadapan wajah Leya

'Em, okay tapi maybe aku update dekat twitter, fb, insta lagi apa ye.' Usik Leya sambil bangun dari tempat duduknya.

'Leyaaaaa.' Bengang gadis itu dengan gurau sahabatnya dan mahu mengejar Leya yang sudah angkat kaki. Sebaik keluar dari studio terkejut dia melihat ramai pelajar junior.

'Hai akak.' Tegur satu suara yang ramai-ramai.

'Hai, buat apa ramai-ramai ?' Soal Qisya yang gugup melihat ramai junior lelakinya tambah pula perasan malu yang berlari tadi.

'Ini dia orang nak tengok contoh video time based.' Terang Amirul rakan kelasnya.

Namun dalam ramai-ramai itu ada sepasang mata yang melihat Qisya tanpa beralih.

'Ada apa-apa ke dekat muka aku apa hal budak tu tenung semacam.' Qisya meraba perlahan mukanya sambil berjalan keluar. 

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now