Qisya berjalan perlahan menuju ke studio. Dia ternampak Farhan rakan kelasnya sedang berbual dalam telephone bimbit.
'Awek? Usik Qisya sambil berjalan perlahan menuju ke Farhan. Farhan merupakan rakan lelaki yang rapat dengan Qisya. Jika Qisya ada masalah selain Leya dan Atirah pasti Farhan menjadi tempat meminta pendapat.
'Maklah.' Ujar Farhan setelah panggilan ditamatkan.
'Yela.' Qisay mencebik sedikit tanda mengusik.
'Kau ni macam tak tahu aku mana ada awek, scandal tu ramailah.' Lagak Farhan sambil membuat muka macho.
'Hahaha, kau ? Scandal ? Macam...' Baru sahaja Qisya mahu berkata.
'Assalamualaikum En.Nazrin.' Farhan memberi salam pada Nazrin kerana dia ternampak lelaki itu menuju ke arah mereka.
'Em.' Qisya ketika itu membelakangkan Nazrin dan berhadapan dengan Farhan.
'Waalaikumsalam. Bercinta ke?' Usik Nazrin sambil berlalu. Qisya di situ sudah menahan marah dan wajahnya bertukar merah.
'Eh, Encik ni gurau kasar pulakkan Qisya.' Ujar Farhan sambil tersengih.
'I hate you, orang tua.' Marah Qisya walaupun tidak kuat namun kedengaran jelas pada Farhan. Farhan jadi aneh dengan sikap marah Qisya terhadap En. Nazrin. Dia sendiri tahu pensyarahnya itu bergurau tetapi mengapa Qisya seperti mengambil serius.
Leya dan Qisya menuju ke mesin air tin untuk membeli air kerana haus sangat pada petang itu. Sambil mereka memilih air datang satu kelibat yang menjadikan mood Qisya down.
'Em, Leyakan saya nak bercakap kejap dengan Qisya.' Arah Nazrin. Amboi sejak-sejak jadi pensyarah macam-macam dia boleh buat.
'Em...' Leya memandang Qisya dengan pandangan meminta bantuan.
'Baik Encik.' Leya seperti tidak dapat berbuat apa-apa dia hanya mampu berdoa agar Qisya tidak tumbuk pensyarahnya itu.
'Ye En. Nazrin ada apa-apa perkara yang hendak dibincangkan dengan saya?' Soal Qisya cuba berlagak tenang.
'Relaks, Qisya relaks lelaki ini mungkin cuba untuk minta pelempang atau penumbuk agar kau akan di extand atau berhenti. Soooo sabar wahai Qisya sayang.' Qisya cuba menenagkan dirinya sendiri.
'Aku cuba nak ingatkan kau yang matlamat kau datang sini untuk belajar bukan untuk bercinta. Aku tengok kau rapat semacam dengan budak Farhan tu.' Lagak Nazrin tenang sahaja sambil memasukkan duit syiling di dalam mesin air tersebut.
'Saya rasa perkara ni lebih kepada privasi saya En. Nazrin.' Tutur Qisya lembut dan berhemah.
'Student lain mungkin itu adalah privasi mereka tapi kalau student tu nama dia Nur Qisya itu adalah privasi aku.' Selamba Nazrin berkata sebegitu dan matanya menatap kedua mata Qisya yang penuh kebencian.
'Apa masalah kau sebenarnya. Hey dengar sini walaupun kau lecture dekat sini tapi ini tak bermaksud kau boleh sibuk dalam hal aku. Perkara ni dah keluar dari tugas kau sebagai seorang pensyarah.' Qisya menarik nafas sedalamnya dia cuba bersabar berhadapan dengan makhluk ini.
'Sebab ? Sebabnya aku Nazrin Amin.' Angkuh lagak Nazrin seperti waktu mereka sekolah dulu dan berlalu meninggalkan Qisya yang masih marah dan penuh kebencian di hatiya.
'Nazrinnnnnn !!!' Qisya berlari ke arah Nazrin dan menghadiahkan satu tendangan yang padu dan membuatkan Nazrin terjelopok ke lantai.
'Qisya !' Terkejut Nazrin dengan tindakan Qisya yang melulu itu.
Qisya segera mengembalikan dirinya ke alam nyata. Kalaulah dia boleh buat macam tu bukan setakat satu tendangan.
'Hish tak boleh buat macam tu buat malu nanti.' Qisya menepuk perlahan pipinya.
'Nasib baik ni harta fakulti kalau harta aku memang !' Qisya sudah mengenggam penumbuk kecilnya namun nasib dia masih dapat bersabar.
'Nazrinni buat aku punya sifat-sifat femineism ni hilanglah.' Qisya merengus perlahansusah sungguh dia nak berlembut kalau nampak si Nazrin itu.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...