Selepas Leya pergi keduanya senyap. Qisya menggaul baki kuah di dalam pinggannya.
'Leya ni satulah macam tak kenal aku. Aku dah lah tak biasa berdua dengan lelaki tak kisahlah siapa dia pun.' Bisiknya dalam hati.
'Senyap pulak dia tadi beriya-iya sangat nak bincang sekarang Leya dah pergi cepatlah.' Ujar Nazrin tangannya diletakkan di atas meja.
'Eh, dia yang nak jumpa sangat haritu.' Balas Qisya sambil bersandar dan memeluk tubuh.
'Okay, first aku nak tahu kenapa kau boleh pulak setuju dengan risikan hari tu?' Soal Nazrin. Baru soalan pertama sudah membuatkan Qisya terkelu lidah.
'Em, em, kenapa kau nak aku reject ke? Aku ada sebab sendiri kenapa aku terima risikan family kau. Tapi yang paling penting you are not the major reason.' Terus terang Qisya dibuatnya. Ha amik itu pun yang di mahukan Nazrin.
'Aku pulak nak tanya kau? Kenapa tiba-tiba hilang then datang balik lepas tu datang merisik aku. Memang suka buat hidup aku tongang terbalik ye.' Di luahkan apa yang dia rasa selama ini.
'Aku nampak macam seseorang yang boleh musnahkan hidup orang ke?' Soalan di balas soalan. Nazrin tak akan mengalah macam itu sahaja.
'Hahaha, dah tu dari dulu cari pasal dengan aku sampai dekat U. Okay, okay aku cuma nak tahu kenapa kau merisik aku, kita bermusuh kot dulu bukan bercinta.' Qisya malas hendak main lawan soalan jadi dia hanya mahu jawapan sahaja.
'Musuh? Kau yang declare permusuhan kita. Okay sebab aku mersik kau ialah sebab itu akan kau tahu lepas kita di ijab kabulkan. Best tak jawapan aku.' Jawap Nazrin namun ada kedengaran bunyi mengusik.
'What? Hello Nazrin aku tak cakap kita akan bertunang dan nikah dalam waktu terdekat.' Terkejut Qisya dengan jawapan yang diberikan Nazrin.
'Kalau dulu aku tunggu kau dekat 10 tahun kenapa aku tak boleh tambah 10 tahun lagi, ingat Nur Qisya Ahmad aku dah hampir dengan kau so aku akan pastikan kali ni ikatan aku tak terlepas.' Kata-kata Nazrin membuatkan Qisya merasa air liurnya terasa pahit. Dengan pandangan mata yang Nazrin yang tajam Qisya hilang kata-kata.
'Nur Qisya Ahmad, where are you go. Balaslah balas dia.' Marahnya pada diri sendiri.
'One more kau hutang aku lagi tahu.' Keras suara Nazrin sama seperti 10 tahun yang dulu. Sekali lagi Qisya tergamam.
'Okay dah habis bincang jom cari Leya lagipun tak elok kita berdua lama-lama.' Terus berubah nada suara dan ekspresi wajah Nazrin tadi. Dari seram boleh berubah menjadi mesra split identity betul.
'Kejap. Aku masih tak faham satu perkara. Macam mana kau boleh ambil bidang ni?' Soal Qisya yang sudah lama di pendam.
'Kenapa kau ambil berat pasal aku ke?' Nazrin senyum kembali.
'Tak nak jawab sudah.' Qisya terus bangun malas pula dia kalau nnak tunggu jawapan Nazrin yang betul.
'Lelaki ni ada split identiti ke. Kejap elok kejap tak pastu hari itu bukan main lembut dan macam baik tapi hari ni keluar balik saka dia.' Bisiknya perlahan namun masih kedengaran pada telinga Nazrin yang tajam itu.
'Lepas STPM aku sambung diploma dan degree seni halus dekat Austrlia. Balik sini baru aku buat master. Puas hati' Jelas Nazrin.
'Wah hebat.' Tanpa sengaja Qisya terpuji Nazrin
'First time aku dengar benda yang ikhlas dari kau pasal aku.' Sempat Nazrin memerli.
'Dah kalau tak ada apa-apa jom.' Qisya mencebik dan siap-siap mahu bangun.
'Qisya satu hal lagi. Aku betul-betul nak minta maaf pasal kes rumors dulu. Aku pun tak pasti kenapa jadi macam tu. So, aku explain hari ini untuk kau faham yang benda tu bukan dari mulut aku ada yang membesar-besarkan cerita yang tak betul.' Terang Nazrin dengan wajah yang serius dia tidak mahu Qisya membenci dia kerana hal itu lagi.
'Dan aku niat nak gurau tapi tak sangka benda jadi teruk.' Tambah Nazrin lagi. Qisya hanya senyap dan bermain sisa kuah spaghetti di dalam mangkuknya
Mereka berdua berjalan melintas kedai-kedai di situ sambil mencari Leya.
'Oh, Qisya next week dah puasa. Selamat berpuasa.' Ujar Nazrin sambil tesenyum ikhlas.
'Aku tak pernah perasan kau ada lesung pipit.' Qisya terkejut dengan senyum Nazrin pertama kali nampak ikhlas.
'Apa?' Nazrin tidak dapat dengar kerana keadaan agak bisik dan suara Qisya tidak kuat.
'Tak maksud aku thanks. Kau pun selamat berpuasa.' Qisya cepat-cepat menyedarkan dirinya.
'Nasib dia tak dengar.' Qisya sudah berasa malu yang amat sangat. Mengetuk perlahan kepalanya.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomansaNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...