BAB 36

127 4 0
                                    

Qisya berjalan perlahan menuju ke tandas dia melintasi dua orang pelajar lain.

'Dia ke?' Bisik salah seorang dari mereka.

'Aku ke?' Qisya berpusing sedikit untuk melihat kalau-kalau ada orang lain. Tiada orang lain di situ seperti dia sahaja yang di katakan dua pelajar tadi. Qisya masuk ke studio dan masih berfikir.

'Leya !' Qisya mengejutka Leya yang berdiri sambil berbual dengan Natrah.

'Qisyaaaaaa.' Geram Leya di buatnya. Tiba-tiba mata Qisya jatuh pada dua susuk tubuh yang asing.

'Leya malunya aku ada junior.' Qisya menekup mulutnya dan berlindung di sebelah Leya kerana malu yang amat sangat.

'Padan muka itulah orang cakapa cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Em, betul ke ha boleh sajalah.' Perli Leya kemudian mengambil tempat di sebelah Natrah.

'Hahaha tak apa Qisya dia orang faham senior-senior akhir semester mesti ting-tong sikit.' Perli Natrah lagi. Tidak membantu langsung.

'Natrah ni sama saja macam Leya.' Qisya menarik muncungnya bila tiada yang berpihak padanya.

'Tarik lagi muncung tu boleh aku sangkut hanger.' Usik Leya lagi. Dia memang suka kalau mengusik Qisya yang cepat melatah ini.

Tanpa dia sedar ada mata yang melihat dia dari tadi. Niat dia datang studio sini bukan mahu bertanya sangat pada senior di situ tapi mahu melihat seraut wajah itu. Namun Qisya perasan ada yang melihat dia dan dia rasa amat tidak selesa dengan renungan juniornya itu. Dia pergi mengambil komputer ribanya dan duduk di sebelah Natrah lalu membelakangi juniornya itu.

'Sibuk juga buat kerja dekat sini.' Tegur Leya yang juga membuat kerja di situ membantu Natrah.

'Sunyi kat belakang tu hehehe.' Qisya sengaja, kerana mahu lari dari junior itu kerana mejanya lebih dekat dengan junior yang sedang berbincang dengan rakan kelasnya itu.

'Tapi budak yang pakai baju hijau tu handsome juga jangan pandang nanti dia perasan.' Natrah separuh berbisik pada Leya dan Qisya tiba-tiba.

'Kau memang sukakan yang muda-muda.' Perli Leya sambil berbisik juga.

'Muda apa beza setahun saja dengan kita.' Natrah cuba untuk menang. Qisya hanya tersenyum. Budak lelaki yang memakai baju hijau itu yang merenung dia dari tadi.

'Qisya handsome tak budak tu?' Natrah masih tidak puas hati.

Bangggg!!!!

'Oh kau tak handsome!' Qisya terlatah bila Haikal tiba-tiba memukul meja mereka dengan kuat.

'Hahaha melatah kau.' Kuat Haikal menggelakkan Qisya yang melatah tiba.

'Adoi Haikal ni.' Qisya mnegetap giginya. Malunya. Dia menutup wajahnya dengan tangan kiri.

'Haikal kau ni tak baiklah kacau orang.' Leya memarahi Haikal yang suka mengacau mereka.

'Sorry,sorry aku tengok kau orang serius sangat buat kerja.' Gelak Haikal masih bersisa.

'Aku pancitkan motor kau.' Ugut Qisya sambil menahan malu.

'Hahaha janganlah aku belanja KFC nak.' Haikal cuba memujuk Qisya.

'Tak nak.' Tolak Qisya dengan angkuh dan meneruskan kerjanya.

' Siapa nak belanja KFC?' Tegur satu suara dari arah belakang.

'Kau Fahmi dengar ja kan kalau pasal makan.' Perli Haikal pada juniornya mereka yang terlebih ramah.

'Hahaha rezeki jangan di tolak.' Ujar Fahmi sambil tersengih.

'Pandailah kau.' Haikal menepuk perlahan bahu Fahmi. Asyraf di belakang Fahmi hanya diam dan tersenyum.

'Eh, hai Kak Qisya lama tak nampak.' Tegur Fahmi pada Qisya.

'Em, hai Fahmi.' Qisya hanya membalas dengan pendek sahaja.

'Hahaha okaylah aku naik dulu teriama kasih bagi pinjam studio.' Ramah sungguh Fahmi sambil mengangkat tangan dan mereka berdua berlalu keluar dari studio.

Namun sempat Asyraf melihat Qisya sebelum dia melangkah keluar. Tersentak Qisya melihat cara pandangan Asyraf.

'Hish tak boleh macam ni. Kenapa rasa tak sedap saja.' Bisiknya di dalam hati.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now