BAB 32

128 1 0
                                    

Pada hari itu juga Nazrin berjumpa dengan Qusayri. Dia memang kenal Qusayri dari zaman sekolah kenal sebagai senior dan junior sekolah. Ketika itu pun Nazrin tidak tahu yang Qusayri merupakan abang pada Qisya. Waktu dia tahu pun semasa menghadiri perkahwinan sahabat mereka. Kebetulan rakan Nazrin itu kenal baik dengan Qusayri.

'Assalamualaikum Nazrin sihat? Lama tak jumap' Qusyari meghulurkan tangan dan duduk berhadapan dengan Nazrin.

'Waalaikumsalam sihat bang.' Nazrin menyambut mesra salam Qusayri.

'Tak payah berabang sangat rasa macam tua sangat pulak.' Bergurau pula dia.

'Hahaha rasa nanti kena panggil abang juga.' Nazrin cuba ketawa untuk hilangkan rasa gemuruh.

'Oh, inilah Ayen yang abah cakap nak datang merisik tu.' Cepat sungguh Qusaysri menangkap.

'Oh, dah sampai ke pengetahuan pihak sanalah ni.' Nazrin menggaruk kepalanya yang tidak gatal. Malu. Pandai pula Nazrin yang sombong ni malu bila berhadapan situasi macam ni.

'Hahaha panjang jodoh kita, aku tak tahu pula yang Ayen ada something dengan Qisya.' Qusayri cuba berfikir kalau-kalau Qisya ada terlepas cakap tentang teman istimewanya.

'Tak, Qisya tak tahu pun pasal ni rasanya. Kalau dia tahu mahu dia serang saya dekat sana.' Sempat Nazrin mengutuk Qisya.

'Macam mana acik boleh tak tahu pula? So kau orang bukan bercintalah?' Tembak Qusayri yang mahukan jawapan.

'Eh tak, saya pengang konsep bercinta lepas nikah hahaha.' Alim pula lagak Nazrin.

'Bagus tu Acik pun sebenarnya macam itu, sebab tu dia tak nak couple, couple ni buang masa katanya.' Qusayri nampak sudah selesa dengan Nazrin. Lain sungguh perwatakan Nazrin dengan Qisya berbanding orang lain. Mungkin ambil hati keluarga dulu baru hati tuan badan lain konsep Nazrin.

'Itulah saya harap abang tak cerita apa-apa pasal saya dekat dia. Kes kita orang pelik sikit tapi yang penting saya memang ikhlas.' Jujur sahaja Nazrin meminta pertolongan pada Qusayri.

'Boleh tak ada masalah. So, memang Ayen ni lecture kat tempat aciklah. Ini sengaja mengajar kat situ ke macam mana ?' Qusayri cuba serkap jarang.

'Hahaha, memang minat saya bidang ini tapi tak terfikir pun nak jadi lecture then bila ibu cakap jadi pengajar ni kerja mulia so saya ikutkan sahajalah kata ibu.' Nazrin tersenyum malu bercerita mengenai dirinya.

'Kira jodoh panjanglah ni hahaha.' Usik Qusayri.

'Insha allah.' Nazrin hanya tersenyum sahaja.

Di rumah Nazrin, Pn. Mariam termenung namun tangannya memegang pisau dan bawang untuk di kupas.

'Ibu kenapa ?' Nazirah mengambil tempat di hadapan Pn. Mariam.

'Irah ni terkejut ibu. Ibu ni risau dengan Abang Ayen awak tu. Irah rasa dia serius ke ?' Pn. Mariam mengeluh perlahan risau akan anak bujangnya seorang itu.

'Ibu, Abang Ayen tu dah besar dah tua takkan benda macam ni dia buat main-main.' Nazirah cuba menyedapkan hari ibunya. Dia tahu dan dia yakin Nazrin tak akan sia-siakan Qisya.

'Ibu harap dia fikir macam apa yang Irah cakap. Itulah kakak kamu Nasirah pun risau dengan Ayen.' Pn. Mariam bangun dan mengambil sayur di dalam peti ais.

'Ait Kak Nas risau kenapa pula ibu.' Nazirah pelik dengan kakak keduannya itu yang tidaka tinggal bersama mereka kerana sudah berkahwin dan tinggal di Nilai bersama suami.

'Yelah Ayen tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak merisik anak dara orang.' Pn. Mariam kelihatan masih risau lagi-lagi dia teringat perbualanya dengan Nasirah tempoh hari.

'Ibu kalau ibu tak percaya Abang Ayen siapa lagi nak percaya dia.' Nazirah cuba untuk menyakinkan ibunya lagi.

'Ibu jangan fikir bukan-bukan Abang Ayen tahu apa yang dia buat. Okay, yang lain kita serah pada Allah.' Tambah Nazirah sambil mengusap lembut tangan ibunya itu.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now