Pagi sabtu 8.00 pagi semua pelajar sudah berkumpul untuk memulakan aktiviti. Mereka di beri sarapan dahulu takut ada yang pingsan atau tidak larat untuk menjalankan aktiviti pada hari itu.
'Assalamualaikum semua. Pagi ini kita akan bersarapan dahulu dan berzumba, pukul 9.00 pagi tepat kita start our explorace. Okay.' Fareez menerangkan sedikit tentatif aktiviti pagi.
Setelah selesai berzumba semua pelajar di minta untuk berkumpul dalam kumpulan bersama fasilitor masing-masing.
'Okay ini barang dan maps yang akan di bekalkan. Akak akan ikut dan guide kau orang tapi buka buat sama-sama tau nanti main tipu pula. Okay faham?' Qisya memberi arahan kepada mereka namun sempat bergurau.
'Okay faham.' Jawab mereka hampir serentak.
Keadaan fakulti pada sabtu yang biasanya sunyi menajdi sedikit bising dan riu-rendah kerana suara dan bunyi tapak kaki berlari-lari. Qisya juga berlari anak mengikut kumpulannya namun kadang dia berhenti dan mengacau rakan lain yang menjaga seksyen masing-masing.
'Kak Qisya!!.' Serentak ahli kumpulannya memanggil. Qisya terus berlari ke arah mereka lepas mengacau Aliya yang menjaga seksyen 2.
'Kenapa?' Soal Qisya sebaik mereka di situ.
'Soalan ni tanya senior yang lahir bulan Januari.' Mereka memberi kertas soalan yang perlu di jawab untuk selesaikan kuiz tersebut.
'Allah siapa ye, akak tahu seorang sahaja Kak Leya.' Memang betul Leya yang lahir pada bulan Januari.
'Qisya! Mana boleh bagitahu.' Marah Haikal kerana Qisya terberi jawapan yang betul.
'Lah dah dia orang tanya. Cepat cari Kak Leya.' Qisya menyuruh mereka segera mencari Leya.
'Sorry, Sorry betul ke jawapan aku hahaha.' Qisya menggosokkan kedua tapak tangannya tanda minta maaf dan terus berlalu pergi.
Aktiviti eksploras telah tamat dalam 2 jam 30 minit dan kumpulan Qisya telah menamatkan dan mendapat nombor 3.
Qisya berjalan ke arah kumpulannya yang sudah duduk penat selepas menamatkan perlumbaan tersebut.
'Kesian penat ye.' Ujar Qisya tersenyum melihat junior-juniornya.
'Kak Qisya bila boleh makan?' Soal Fahmi yang sudah menyandar pada Adam. Penat sungguh lagaknya.
'Sabar ada yang belum settle lagi.' Qisya melihat sekeliling ada kumpulan yang belum menamatkan eksploras tersebut. Qisya pergi ke arah Natrah yang sedang sibuk menyusun makan yang berbungkus dalam bekas plastik.
'Qisya nanti dia orang line up ambil makanan masing-masing.' Ujar Natrah sebaik melihat Qisya berdiri di hadapan meja dan membantu Natrah
'Okay faham, tapi nanti Fareez akan buat announcement untuk ambil makanan kan?' Soal Qisya ingin kepastian.
'Yup, apa yang Fareez bagitahu macam tu.' Natrah masih sibuk menyusun makanan tersebut.
'Natrah dah boleh makan ke?' Soal Fareez sebaik datang ke arah meja yang penuh dengan bekas makanan palstik.
'Boleh je kalau semua dah sampai.' Natrah melihat ramai pelajar-pelajar sudah berkumpul di geleanggan badminton. Fareez segera ke meja PA sistem untuk mengambil mikrofon.
'Okay nampaknya semua telah menamatkan perlumbaan eksplorace dengan jayanya. Alhamdulilah tiada yang pingsan atau jadi apa-apa. Sekarang ini 11.45 pagi kau orang boleh ambil makanan dan beratur elok-elok pada akak-akak catering di belakang.' Sempat Fareez bergurau siap melambai ke arah mereka.
'Okay lepas makan boleh balik dan siap sedia untuk malam pula. Rasanya semua akak abang senior tak sabar nak tengok persembahan kau orang. Betul tak.' Tambah Fareez lagi dan terdengar suara-suara riuh dan gelak tawa yang mengiyakan soalan Fareez tersebut.
Semua pelajar junior beratur untuk mengambil makanan mereka. Qisya dan Leya turut membantu menghulurkan botol air mineral dan buah kepada mereka.
'Kak Qisya buah pisang tu dapat satu je ke?' Soal Fahmi mengada sengaja mengusik Qisya.
'Satu cukup.' Tegas suara Aliya sebenarnya bergurau. Fahmi berjalan dengan memuncungkan mulutnya kerana tidak puasa hati mendapat sebijik buah pisang sahaja. Qisya hanya menggelakkan dan menggeleng perlahan, macam-macam perangai.
'Terima kasih Qisya.' Ujar Asyraf sambil tersenyum manis pada Qisya sebaik menerim buah pisang tersbut.
'Sa..sama-sama.' Qisya jadi tidak selesa dengan pandangan Asyraf dan segera menyambung tugasnya.
Selesai memberi makanan pada junior mereka juga mengambil makanan masing-masing. Qisya berjalan perlahan untuk menuju ke Leya dia baru sahaja balik dari tandas. Tiba-tiba Affan menghulurkan air tin kegemarannya.
'Nah.' Affan sudah tersengih kepada Qisya.
'Tak apa aku dah ambil tadi.' Qisya menolak perlahan air tersebut.
'Ambillah aku beli untuk kau sejuk lagi yang itu air mineral biasa.' Affan tidak putus asa tetap memujuk Qisya.
'Aku diet tak minum manis.' Qisya cuba berjalan dengan laju untuk meninggalkan Affan dan tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.
'Allah.' Qisya terkejut bila tubuhnya melanggar sesorang dengan kuat.
'Sorry, sorry.' Sebaik Qisya berpusing dia melihat Asyraf rupannya yang dia langgar.
'Eh, tak apa Qisya. Awak okay tak?' Lembut sahaja tutur Asyraf. Nasib baik yang lain sibuk dengan hal masing-masing dan tidak perasan akan hal yang berlaku.
'Saya okay.' Ujar Qisya dan berlalu namun sempat dia memandag Affan dan menghantar jelingan maut. Geram tak pasal badannya melanggar seseorang.
'Apa hal tu ?' Leya yang perasan akan hal itu terus pergi ke arah Qisya yang berjalan dalam keadaan marah.
'Apa Affan buat ?' Soal Farhan pula bila Qisya ada di meja mereka.
'Tak ada apa aku terlangar budak tu masa Affan kacau aku.' Ujar Qisya dan mengambil tempat di sisi Leya.
'Affan ni macam-macam hal.' Leya pula yang bengang dengan lelaki itu.
'Alah dia gurau saja aku rasa tak ada niat pun.' Ujar Farhan cuba menyedapkan hati Qisya.
'Gurau pun beragaklah. Nasib baik Qisya terlanggar kalau terjatuh tak ke malu. Kawan kita ni dah lah kuat menangis.' Atirah juga tidak berpuas hati dengan Affan sambil mengusap lembut Qisya yang sibuk dengan nasi tomatonya itu.
'Kau orang ni macam tak tahu Affan tu macam mana dia memang suka berguraukan.' Farhan tidak mahu kes ini berpanjang lagi.
'Aku tahu kalau dia nak bergurau as long as ada limit it's fine.' Ujar Qisya setelah sekian lama mendiamkan diri yang sibuk dengan nasi tomatonya itu.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...