BAB 40

154 2 0
                                    

Qisya khusyuk menyiapkan projeknya. Dia fokus sehingga tidak perasan orang yang lalu lalang.

'Hai.' Tiba-tiba datang satu suara menegurnya.

'Em, hai.' Qisya mengangkat kepala kepada gerangan yang ber'hai' dengannya itu.

'Boleh tengok.' Pinta gadis dihadapannya itu.

'Tengoklah tapi tak ada pun nak di tengok.' Qisya ketawa perlahan.

'Apa nama akak ?' Ramah gadis itu bertanya. Nampak seperti junior.

'Qisya. Nama awak apa pula?' Qisya menjadi lebih mesra walaupun itu bukan dirinya tapi nanti di kata sombong pula kalau tidak melayan.

'Aini. Mesti seronokkan dah final.' Ujar Aini nampak teruja.

'Hahaha seronok memang seronok tapi penatnya hanya Allah yang tahu. Awak semester berapa?' Qisya nampak sudah selesa dengan junior yang bernama Aini itu.

'Semester 3. Jauh lagi nak sampai level akak hahaha.' Gelak Aini terserlah lesung pipit di kedua pipinya.

'Cantiknya. Dahlah putih gebu, kecil comel pula orangnya sekali pandang macam Mira Filzah.' Sempat Qisya memuji di dalam hati dan di samakan pula dengan pelakon kegemarannya.

'Tak apa insha allah sampai juga nanti.' Senang Qisya berbual dengan gadis itu.

'Kak Qisya, studio ni ramai tak budak lain datang?' Soal Aini tiba-tiba.

'Em, depends kadang ramai macam separuh kelas. Tapi kadang ada dua tiga orang macam tu.' Jelas Qisya dan baru dia sedera ramai yang rajin melangkah kaki ke sini.

'Oh.' Pendek sahaja jawab Aini.

'Kenapa tanya?' Giliran Qisya pula menyoal.

'Saja. Akak kenal tak Fahmi?' Soal Aini lagi ingin tahu.

'Fahmi? Fahmi yang akak tahu budak semester 3 tak silap. Rajin juga budak tu datang sini. Classmate awak ke ?' Jujur sahaja Qisya bercerita.

'Oh, haah dia sama kelas dengan saya. Dia biasa datang dengan siapa? Seorang ke?' Soal Aini lagi.

'Ait macam-macam pula soalan kau dik.' Terdetik Qisya di dalam hati.

'Kadang datang berdua, kadang bertiga jarang dia datang seorang.' Terang Qisya. Hilang tumpuan pada kerja yang dilakukan bila soalan-soalan yang perlu berfikir untuk di jawab.

'Kak Qisya kenal ke budak yang selalu datang dengan Fahmi?' Soalan Aini seperti ingin tahu sesuatu dan dia seperti ada niat lain mendekati Qisya.

'Kadang dengan Zikri.' Qisya teringat junior yang bernama Zikri itu sebab hari itu dia ada membantu Qisya dan Leya memotong kayu.

'Lagi ?' Soal Aini seakan mendesak.

'Acap ke haah Acap tak silap.' Qisya baru teringat junior yang dia tidak beberapa dia suka itu.

'Oh, okaylah Kak Qisya. Sorry ganggu busy, busy macam ni. Bye.' Ujar Aini dan berlalu pergi.

'Bye.' Qisya mengangkat tangan sedikit melambai.

'Kenapa budak tu tanya soalan banyak sangat. I can smell something not good.' Lagak Qisya seperti Dektatif Conan.

Aini berjalan keluar dari studio tersebut. Wajah manis tadi hilang entah ke mana.

'Macam mana betul ke?' Soal rakannyan yang menunggu di susur gajah.

'Betul studio sini tapi aku tak sure mana satu orangnya Zati.' Serius sahaja wajah Aini hilang lekuk lesung pipitnya yang tadi.

'Aku dah cakap sebab memang aku nampak dia dengan Fahmi rajin datang sini.' Ujar Amira yakin sekali.

'So apa plan lepas ni?' Soal Izzati ingin tahu apa yang bakal Aini lakukan terhadap orang yang mengubah hati Asyraf pada Aini selama dua tahun setengah berpasangan.

'Tunggu dulu, aku akan pastikan aku jumpa dulu orang tu. Tahulah dia aku nak buat apa.' Wajah manis itu hilang bila teringat sakitnya hati bila Asyraf mula menjauhkan diri dengannya. Dia bersama Asyraf dari zaman diploma namun sikap Asyraf mula berubah bila mereka sambung degree. Dia tahu yang Asyraf mula berubah hati bila dia berjumpa orang lain di sini dan yang lebih menyakitkan hati khabar angin yang dia dengar itu Asyraf minat pada senior semester 6 pula. Dia tidak peduli senior atau tidak jangan cari pasal dengan dia.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now