BAB 7

195 2 0
                                    

Qisya dan Leya berjalan perlahan sambil membawa kotak yang berisi barang-barang untuk membuat projek mereka.

'Qisya kau tunggu sini aku panggil dia orang kejap.' Ujar Leya dan berjalan laju menuju ke studio mereka.

'Okay,okay.' Qisya membelek-belek barang yang mereka cari tadi.

'Banyaknya kotak.' Tegur satu suara dari belakang.

'En. Nazrin.' Qisya terus bangun dan senyum pada Nazrin. Memandangkan Nazrin seakan hilang ingatdan macam tidak kenal dia jadi Qisya buat keputusan untuk cuba menghormati Nazrin sebagai pensyarah di situ.

'Dapat mana ni ?' Soal Nazrin mesra.

'Tadi cari dekat atas barang student-student yang dah lama tinggal.' Qisya cuba menghilangkan rasa gemuruhnya bukan sebab apa rasa janggal pula berbual baik dengan Nazrin seperti ini.

Nazrin menundukan wajahnya ke bawah dan tersenyum

'Alhamdulilah, dah pandai ketawa, dulu tengok aku pun benci.' Ujar Nazrin sambil mengankat kepalanya memandang Qisya dengan senyuman sepeti psikoat dan berlalu pergi.

Bagaikan ada satu petir menyambar Qisya ketika itu terkaku tubuh gadis itu. Qisya rasa mahu tarik semula keputusan untuk berbaik dengan Nazrin.

'No,no.' Qisya sudah hampir hilang akal di buatnya. Nasib tiada siapa di situ yang melihat gelagat tidak siumannya.

'Sudah, he's back!' Menjerit Qisya dalam hati. Hanya Allah sahaja tahu betapa gelabahnya dia sekarang.

'Qisya kenapa muka kau macam nampak hantu.' Tegur Leya dan menepuk perlahan bahu rakanya itu.

'Huh? Tak ada apa jomlah.' Qisya terus mengangkat kotak-kotak tersebut

Sejak hari itu Qisya cuba sedaya upaya untuk lari dari Nazrin. Nampak sahaja kelibat lelaki itu dia pasti akan mengubah langkahnya. Nazrin pula sering menghantar pandangan maut pada Qisya dan setiap kali itu jantung Qisya bagai nak meletop.

'Nazrin Amin kau memang tak guna ! Motif sangat jadi lecture sini. Aku ingat kau dah move on buat-buat tak kenal aku. Kenapalah aku!' Sambil jalan Qisya membebel sendiri dengan wajah yang seperti mahu menelan orang.

'Bebel sorang-sorang.' Tegur satu suara dari belakang.

'Eh, Qal.' Sebaik Qisya berpusing terlihat wajah senior yang extend rajin menegur Qisya. Qisya tersenyum manis namun dalam hati hanya Allah sahaja tahu.

'Ni lagi sorang dok sengih-sengih macam kerang busuk.' Marah Qisya dalam hati moodnya sudahlah melayang lagi satu psiko pula datang.

'Awat dok bebel sorang-sorang, dari tadi Qal Nampak Qisya cakap sorang-sorang. Okay tak?' Ujar lelaki itu dengan wajah manis pembetulan bukan wajah manis tapi wajah seorang player.

'Hahaha,Qisya okay je. Pergi dulu ada hal.' Ujar Qisya lalu meninggalkan player tersebut.

'Huh, player kalau player football tak apa juga.' Qisya seakan paranoid dengan kehadiran manusia-manusia psiko di sisinya.

'Kenapalah hidup aku macam ni!' Qisya mengeluh berat mengenangkan manusia-manusia seperti itu di sekelilingnya.

Namun satu hal yang membuatkan Qisya bersyukur Nazrin bukan pensyarah yang mengajar kelasnya. Jadi hari-harinya di dalam kelas mungkin boleh berlalu seperti biasa dan sangat baik. Qisya cuba untuk membuang kisah hitam masa lalunya dan hanya fokus pada pembelajarannya. Dia masih ingat semasa zaman sekolahnya setiap kali ternampak Nazri pasti dia berusaha untuk lari dari lelaki itu.

'Kau ingat aku tak nampak kau tadi.' Tegur Nazrin sebaik Qisya keluar dari bilik guru.

'Kus semangat.' Qisya ingat dia dah menyorok dengan baik di tepi almari tadi.

'Kau memang suka lari-larikan, kenapa tak jadi atlet.' Perli Nazrin.

'Sibuklah.' Qisya malas mahu melayan Nazrin dan berjalan terus

'Kau belajar apa masa kelas Bahasa Melayu ?' Soal Nazrin tiba-tiba. Langkah Qisya terberhenti dengan soalan Nazrin itu.

'Bukan apa, kau macam tahu perkataan 'sibuk'. Sebab kalau jumpa aku itu je perkataan yang kau guna.' Perli Nazrin lagi sambil buat muka selambanya. Qisya memandang Nazrin dengan tajam dan terus berjalan pergi.

'Dia tu memang kurang kosa kata ke.' Sempat Nazrin mengutuk Qisya.

Sampai sekarang Qisya tak faham apa masalah Nazrin dengan dia. Jika berjumpa ada sahaja yang Nazrin akan katakan. Paling pelik kenapalah dalam separuh hari sesi persekolah dia sering terserempak dengan Nazrin dan yang paling menjengkelkan semua sukan, badan unitform dan kelab mesti Nazrin ada. Nasib rumah suka cikgu yang tentukan kalau tidak mungkin Nazri sama rumah sukan dengannya.

'Cukuplah Nazrin susahkan hidup akumasih sekolah kenapa sampai sini kau ada. Takkan sampai sekarang aku kenalari-lari dari dia.' Qisya mengeluh perlahan mengenangkan nasib hidupnyasekarang.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now