Tentang kejadian tadi Nazrin berasa agak terkejut. Dia tidak sangka Qisya akan berkata begitu. Bermain-main kata-kata Qisya tadi. Walaupun dia tahu hakikatnya Qisya hanya ingin menyelamatkan diri sendiri.
'Dia betul-betul boleh terima aku ke?'Tiba-tiba Nazrin rasa tidak yakin.
'Or dia cuma nak pertahankan diri sendiri. Perlahan-perlahan Nazrin jangan buat dia tawar hati.' Nazrin seakan bingung dengan kejadian tadi.
Malam itu Qisya tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya melayang tentang kejadian tadi. Mahu sahaja dia menampar mulutnya yang lancang berkata-kata. Dia mengeluh perlahan dan menatap siling. Tiba-tiba handphonenya berbunyi tanda whatsapp masuk.
Nazrin Psycho
Assalamualaikum aku tahu kau belum tido...
Tembak Nazrin dan tahu-tahu sahaja Qisya belum melelapkan mata.
'Waalaikumsalam, haah belum kenapa?' Walaupun Qisya malas melayan namun dia tetap membalsa whatsapp tersebut.
Nazrin Psycho
Ait marah? Tadi bukan main mengaku tunang terus...
Kau ni ada split identity ke? Hahahah
'Tadi tu... Sorry aku tak tahu nak cakap apa.' Ayat Qisya seakan rasa bersalah.
Nazrin Psycho
It's okay. Okay byelah dah ngatuk Assalamualaikum...
'Itu ja kau nak cakap. Mental mamat ni.' Qisya terus mematikan handphonenya dan cuba melelapkan mata.
Nazrin masih menatap skrin telephone pintarnya. Dia sedang memikir sesuatu, Nazrin menghela lembut nafasnya.
'I need to do something.' Dia seakan nekad untuk membuat sesuatu keputusan.
Seminggu telah berlalu dan dengan terhormatnya Nur Qisya Ahmad sah menjadi bukan isteri orang sah menjadi penggangur yang terhormat. Dia mahu berehat sementara menunggu kemasukan ijazah sarjana pada bulan 9 ini. Qisya telah membuat keputusan untuk sambung pengajian di peringkat seterusnya di usia muda ini lebih baik dia menghabiskan dengan belajar sementara otak masih boleh berfungsi dengan baik ini. Malam hari sedang dia sibuk melayan drama korea handphonenya berbunyi tanda whatsapp masuk.
Nazrin Psycho
You and me need to talk.
'Mamat ni tak suka tengok aku senangkan.' Bebel Qisya seorang diri malas di mahu layan.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi, Raudah di sebelahnya turut mengintai nama yang tertera di handpone kakaknya, dengan tindakan pantas Qisya terus mematikan panggilan itu tanpa menjawab.
'Kak Cik kenapa buat macam tu kesian Abang Ayen.' Marah Raudah pula.
'Ait, kalau kesian sangat adik ja lah kahwin dengan dia.' Raudah yang kena marah balik pula.
'Kak Cik dah gila cakap macam tu merepek ja.' Tak pasal-pasal Qisya kena gila dari Raudah. Qisya malas mahu melayan adiknya handphone dimatikan kerana tidak mahu gangguan.
Keesokan paginya pukul 8.00 pagi Qisya keluar untuk menyidai pakai sudah jadi rutin jika cuti kerja-kerja rumah menjadi tanggungjawab dia sekurang-kurangnya ringan sikit bebab Ummi. Wajah Qisya tiba-tiba berubah melihat kereta Honda Civic berwarna kelabu terpancul di hadapan rumah.
'Macam kereta Nazrin' Terkejut Qisya dibuatnya tiba-tiba keluar lelaki itu dari perut kereta.
'Nazrin ?!' Terlopong gadis itu. Wajah tegang Nazrin di pandang namun lelaki itu tidak berganjak sedikit pun dari keretanya.
'Kau buat apa dekat sini ?' Soal Qisya tidak selesa pagi-pagi dah nampak muka mamat ni. Namun tiada jawapan kelaur dari mulut Nazrin hanya satu pandangan dari sepasang mata berwarna coklat hazel.
'Kenapa dia ni.' Tiba-tiba jantung Qisya berdegup laju melihat renungan tajam Nazrin.
'Aku nak tengok kau sakit ke ada apa-apa jadi tapi nampak macam elok ja.' Ujar Nazrin setelah 5 minit dia diam tiba-tiba dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Qisya semakin hairan sudah kenapa lelaki ini balik pulak.
Petang itu tiba-tiba Abang Ngah mengaja dia keluar mencari barang.
'Abang nak cari barang dekat mana ?' Soal Qisya yang juga tidak pasti kemana arah tuju mereka. Ini jalan nak pergi taman reaksi perumahan yang 10 minit dari rumah mereka.
'Kak Cik, Nazrin nak jumpa sebab tu Abang Ngah bawa Kak Cik datang sini.' Jelas Qusyari setelah dia meletakakn kereta di tempatnya.
'Apa? Kenapa pula nak jumpa.' Qisya mengeluh perlahan malas sungguh dia mahu berjumpa lelaki itu dahlah semalam pergi macam tu ja.
'Jomlah.' Pujuk Qusyari lembut.
Dari jauh sudah ternampak susuk tubuh tinggi lampai Nazrin duduk sambil termenung.
'Assalamualaiukum.' Qusyari memberi salam lalu menghulurkan tangan, salam di sambut baik oleh Nazrin. Qisya di beakang Qusyari seakan menyorok dari lelaki itu.
'Kau orang bincanglah baik-baik abang duduk kat situ.' Ujar Qusyari sambil menujukan kerusi batu yang tidak jauh dari adiknya.
'Abang Ngah.' Qisya seakan meminta agar Qusyari jangan jauh walaupun 1 inci darinya. Namun Qusyari tetap pergi dan meninggalkan Qisya yang berasa sangat janggal di hadapan Nazrin.
'Kenapa nak jumpa ? Soal Qisya dahulu sebelum Nazrin membuka mulut.
'Qisya, we end this today okay?' lembut sahaja suara Nazrin dan menghulur semula gelang yang Qisya pulangkan. Qisya memandang Nazrin dengan wajah yang penuh tanda tanya.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...