EPILOG

281 3 0
                                    

2 tahun kemudian

Qisya berjalan sambil menghirup udara segar di Pantai Chenang kakinya sengaja di biar dipukul air pantai. Mata jatuh pada kanak-kanak yang galak bermain air pantai. Seronok jadi budak-budak tak ada masalah, tiada perkara yang bebani mereka. Sedang dia berjalan dan menyaksikan keindahan ciptaan Allah seorang kanak-kanak kecil seperti baru mendapat kaki berlari perlahan ke arahnya. Tiba-tiba sekecil yang kurang kesimbangan badan itu terjatuh kerana pasir pantai yang agak lembut.

'Allah!' Terkejut Qisya lalu dia berlari anak ke arah budak itu.

'Macam mana boleh jatuh ni.' Qisya mengangkat kanak-kanak tersebut dan membersihkan seluarnya.

'Mama akit.' Pelat sahaja suara sekecil itu.

'Mama dah cakap jangan lari, Qalish tak nak dengar, Baba mana ?' Qisya mendukung Qalish si kecil baru berusia setahun.

'Tu, tu.' Qalish menuju pada seorang lelaki yang kedua tangannya memegang ais krim.

Qalish meminta untuk diturunkan untuk pergi kepada lelaki yang di panggil Baba.

'Qalish Naufal, Baba baru pusing nak bayar ais krim dia dah lari dekat Mama.' Ujar lelaki tersebut lalu di hulur satu ais krim pada Qisya dan mendukung anak bujangnya itu.

'Abang, Qalish ni nak jadi macam Baba dia masuk sukan lari, kan Qalish kan.' Qisya mengoyangkan kaki sekecil yang sibuk dengan ais krimnya.

'Baguslah nak masuk sukan lari tapi nanti jangan garang macam mama.' Usik lelaki itu pula pada Qisya.

'Apa pula, sayang garang bertempat tau, Qalish kalau ada orang usik kita, kita memang kena garang lepas tu ketuk kepala dia dengan penyapu.' Tambah Qisya pula dia sememangnya tidak pernah mahu kalah dengang suaminya.

'Tak apa kena ketuk pun Qalish, Baba dapat jugak tangkap Mama awak ni.' Dikucup pipi gebu Qalish pula.

Qisya tergelak mendengar kata-kata suaminya lalu di rangkul kemas lengan lelaki kesayangannya itu.

'Nazrin, Qisya !' Terdengar satu suara memanggil nama Nazrin.

'Jom, Abang Ngah dah panggil.' Qisya menarik Nazrin perlahan bila Qusyari memanggil mereka untuk menjamu selera bersama.

Qisya tersenyum memandang Nazrin, mahligai yang hampir 2 tahun dia bina bersama insan yang tidak pernah dia bayangkan amat bahagia sekarang. Kehadiran Qalish pula pelengkap kebahagian mereka.

'Terima kasih.' Ucap Qisya tiba-tiba semasa mereka berjalan menuju keluarga keluarga Qisya yang lain.

'For what ?' Soal Nazrin lalu memandang wajah isteri yang dia cintai dari dulu.

'Never give up on me.' Lembut nada Qisya. Sejak menjadi isteri Nazrin nada suaranya tidak pernah di tinggikan lagi.

'Hahaha, is worth it sayang.' Gelak Nazrin ingatkan apa tadi.

TAMAT

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now