Jumaat malam, Qisya menghadiri pameran terbuka oleh pelukis terkenal Malaysia. Memang perkara itu menjadi antara perkara wajib bagi pelajar seni seperti Qisya. Dia datang bersama rakan kelas yang lain. Sedang melihat satu persatu lukisan yang ada dan tiba-tiba dia merasakan ada seseorang berdiri di sebelah dia. Fikirannya meleset bila bukan Leya di sebelahnya.
'Ada juga mamat ni.' Qisya mengeluh perlahan.
'Apa ? Mamat ? Suka hati panggil orang macam tu aku ada namalah.' Tenang sahaja lagak Nazrin. Dia tidak kisah langsung kalau ada mata yang melihat mereka berdua. Walaupun malam itu memang ramai pelajar , rakan pensyarah dan rakan kerja yang lain.
'Encik, dekat luar fakulti pun nak kacau saya ke ?' Qisya masih cuba beradab di sini kerana ramai pensyarah dan pelukis lain takutkan dia terlepas adab buat malu sahaja.
'Aku memang akan kacau kau walau di mana pun.' Suka dia mengusik Qisya.
'Tapi aku musykil kenapa kau boleh jadi lecture seni ? Eh kejap tak payah jawap kenapa aku nak kisah pasal kau.' Dia bertanya dia yang jawab. Sikap Qisya memang akan jadi pelik kalau berjumpa Nazrin. Tergelak Nazrin melihat Qisya.
'Nak cari Leya.' Baru sahaja dia mahu berpusing ada seseorang datang menegur Nazrin.
'Nazrin cakap tak jadi datang.' Salah seorag rakan pelukisnya menegur. Qisya melihat lelaki berambut panjang paras bahu.
'Oh ini Kalis dia kenal Nazrin ke. Macam rapat ja.' Dia berteka teki sendiri belum sempat dia melangkah.
'Siapa? Awek ke ?' Tegur Kalis yang perasan mereka berdua dari tadi.
'Tak !' Kuat pula suara Qisya. Cepat-cepat dia menekup mulutnya. Malu.
'Hahaha student akulah.' Pandai pula Nazrin cover.
'Lah yeke ingat si dia yang selalu kau cerita tu.' Sempat Kalis mengusik Nazrin dan Nazrin terus menarik Kalis untuk berbual di tempat lain.
'Pandai pula cover, bukan seronok sangat ke kalau ada orang cakap macam tu.' Meluat Qisya di buatnya. Sempat dia mengutuk lelaki itu di dalam hati.
'Qisya tadi tu Kalis ke kenapa tak panggil aku.' Leya sudah tersengih melihat Kalis yang masih berbual dengan Nazrin.
'Tak akan aku nak jerit 'Leya ni Kalis yang kau minat tu marilah amik gambar'.' Sempat pula Qisya bergurau. Leya yang geram memukul bahu Qisya.
'Kau ni dari tadi pergi mana. Aku pusing-pusing ingatkan kau rupanya mamat pscycho tu.' Qisya menarik muka sambil mereka berjalan keluar dari galeri tersebut.
'Aku ingat kau ikut aku, aku pun pusing-pusing nampak Natrah dengan Atirah sempat berborak juga. Sorry ye.' Leya sengih seperti kerang busuk sambil mengusap kedua belah bahu Qisya tanda minat maaf.
Leya dan Qisya berjalan seiringan mahu menuju ke kereta Farhan.
'Mana Atirah ni. Qisya kejap aku cari kat dalam.' Leya yang cuba menelefon Atirah tidak dapat-dapat dari tadi.
'Okay cepat sikit Farhan dah tunggu kat kereta.' Ujar Qisya yang sedang menaip whatsapp untuk di hantar pada Farhan.
'Bahhhhh!' Tiba-tiba satu suara yang mengejutkan Qisya dari hadapan.
'Mak!!!!' Kuat Qisya menjerit terkejut.
'Hahahaha.' Tergelak Farhan dan Haikal di buatnya.
'Ya Allah korang ni nasib baik aku tak ada sakit jantung.' Qisya mengurut jantungnya yang berdegup laju.
'Sorry, sorry tak sangka pula kau terkejut sampai macam tu.' Farhan masih cuba menahan ketawa.
'Aah sorry Qisya kita orang main-main ja. Tapi tak sangka kau boleh jerit macam tu.' Haikal juga masih cuba menahan ketawa.
'Seronoknya dari jauh saya dah dengar. Boleh join.' Tiba-tiba muncul si Nazrin dari arah mana entah.
'Eh, Encik Nazrin nak balik dah ke?' Soal Haikal yang masih bersisa ketawanya.
'Aah saya dah nak balik. Awak seorang sahaja perempuan Qisya macam tak elok pula orang tengok.' Tegur Nazrin tiba-tiba. Haikal dan Farhan jadi tersentak mendengar kata-kata Nazrin.
'En.Nazrin kita orang tengah tunggu yang lain, tadi ada Leya dia tengah cari member lagi seorang mana entah hilang.' Farhan cuba menjernihkan keadaan dan melihat wajah Qisya yang nampak tiada perasaan sepeti tidak terkesan dengan kata-kata Nazrin.
'Betul. Encik Nazrin ni tak baik fitnah saya macam tu, Leya baru ja pergi tadi lepas tu dia orang datang. Saya bukan lepak dengan dia orang dari tadi. Saya tahu batas saya sebagai perempuan' Qisya bermain dengan sangat bijak. Dia cuba mengawal emsoinya.
'Hahaha kenapa awak terasa di fitnah ke? Baguslah kalau awak bukan macam apa yang saya fikir.' Nazrin ketawa dan tiada rasa bersalah di wajahnya.
'Itu pun dia orang.' Farhan dapat rasakan sesuatu yang aneh nasib baik Leya dan Atirah sudah tiba tepat pada masanya.
'Okay, Encik Nazrin kami gerak dulu.' Pinta Haikal dengan segera.
'Kau okay tak Qisya macam something ja tadi?' Soal Farhan sambil membuka pintu kereta.
'Kenapa ada apa-apa jadi ke tadi ?' Soal Atirah tiba-tiba.
'Tak ada apalah okay ja tadi.' Qisya malas untuk berpanjang-panjang. Farhan turut diamkan diri bila melihat wajah Qisya yang sedikit muram.
Qisya memandang ke luar tingkap dia cuba memujuk dirinya. Apa-apa pun dia bersyukur kerana dia dapat menahan emosinya tadi. Syabas Nur Qisya Ahmad.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau?
RomanceNUR QISYA AHMAD 'Aku benci kau! Mulai hari ini aku tak nak kenal, tak nak ingat, tak tahu siapa itu Nazrin Amin. Kau melampau Nazrin. Apa yang kau buat ni memalukan aku, menjatuhkan maruah aku. Aku tak akan pernah maafkan kau sampai bila-bila!' NAZ...