BAB 58

216 6 0
                                    

3 tahun kemdian...

Hari pertama mereka bergelar suami isteri. Qisya nekad untuk bertanya hal sebenar pada Nazrin. Jantungnya berdegup laju setiap kali Nazrin melintas di hadapannya.

'Cari siapa mak cik ?' Tegur Risya dari belakang bila ternampak Qisya seakan menghendap sesuatu.

'Kus semangat Kak Long ni terkejut acik.' Qisya mengurut dadanya yang berdebar makin kuat.

'Ini kenapa tak tukar pakaian lagi.' Risya hairan melihat Qisya masih memakai pakaian sandingnya tadi.

Qisya berjalan malas masuk ke bilik pengantin. Dia cuba mencari-cari Nazrin yang masih berada di luar. Itulah tujuan dia menghendap tadi untuk pastikan Nazrin tiada dalam kawasan rumah. Qisya cepat-cepat membersihkan dirinya dan siap sedia untuk keluar. Baru sahaja dia mahu membuka tombol pintu, pintu di tolak dari luar.

'Mak !' Terkejut gadis itu di buatnya.

'Bukan maklah husband.' Nazrin tersengih dan mengusap lembut kepala Qisya yang ditutupi tuala.

'Nak buat apa ni malunya.' Nasib baik hatinya masih boleh berkata-kata. Qisya terasa bahang di wajahnya.

'Kejap.' Nazrin menarik tangan Qisya untuk duduk di atas katil. Qisya hanya mengikut sahaja Nazrin.

'So, ada apa-apa nak cakap ?' Soal Nazrin tiba-tiba.

'Huh? Nak cakap apa?' Qisya memandang wajah Nazrin kemudian menundukkan wajahnya kembali.

'Apa hal aku ni gugup semacam.' Qisya cuba mengembalikan dirinya ke alam nyata.

'Okay kalau macam tu biar abang yang cakap.' Ujar Nazrin lembut.

'Abang ?' Soal Qisya tanpa sengaja.

'Yelah takkan nak panggil En. Nazrin atau Nazrin. Okay, Qisy ingat tak yang abang akan cakap semua hal sebenar lepas kita sah menjadi suami isteri.' Tutur Nazrin lembut sambil mengusap lembut tangan Qisya.

'Em, ingat masa dekat Times Square tu.' Qisya cuba mengingatkan peristiwa beberapa tahun dulu.

'Macam ni the reason why I doing all that's thing because I don't want you belong to others person. Abang ikhlas dengan Qisya abang tahu yang cara abang agak kasar dan annoying tapi itulah cara abang kalau dah sayang seseorag.' Jelas Nazrin. Makin merah padam wajah Qisya di buatnya.

'Jadi...awak buat semua ni bukan sebab benci saya ke?' Soal Qisya dan masih tidak biasa memanggil Nazrin dengan panggilan 'abang'.

'Hahaha kenapa Qisya fikir macam tu. Kalau benci kenapa abang masuk minang Qisya.' Jelas Nazrin lagi di cuit dagu Qisya.

'Oh. Since when it's happen?' Soal Qisya ingin tahu.

'A long, long,long time ago.' Gurau Nazrin.

'Betul-betullah.' Rajuk Qisya.

'Hahaha betullah. Ingat tak dulu kita pernah main kejar-kejar dekat rumah Qisya masa tu kecil lagi.' Nazrin membuka cerita.

'Ya Allah bila tu hahaha. Qisya tak ingat langsung.' Qisya semakin selesa berbual dengan Nazrin selepas sah bergelar suami isteri.

'Tapi yang penting sekarang abang akan buat sampai Qisya pula jatuh cinta dekat abang.' Nazrin mengusap lembut rambut isteri tercintanya.

'Tak perlu kot.' Qisya menundukkan wajahnya.

'Kenapa?' Soal Nazrin hairan dengan sikap Qisya yang tiba-tiba berkata begitu.

'Sebab, Qisya akan sayang dan cinta sesiapa sahaja yang sudah tertulis jodohnya untuk Qisya.' Qisya memandang Nazrin dan tersenyum manis.

Semuanya berlalu dengan sangat pantas. Pada malam yang mereka bertemu antara satu sama lain atas pertolongan Abang Ngah, merupakan titik permulaan pada hubungan mereka. Benar Qisya masih bermain tarik talik dengan lelaki ini dulu, namun kerana jodoh yang kuat dan usaha Nazrin yang tidak pernah putus asa akhirnya hati perempuan ini kalah. Mereka mengikat tali pertunangan selama 3 tahun kerana menunggu Qisya menamatkan pengajiannya di dalam Ijazah Sarjana. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik walaupun banyak dugaan yang mereka hadapi. Mungkin kerana jodoh mereka yang kuat.

Aku Benci Kau?Where stories live. Discover now