- Bab 30 -

571 11 0
                                    

Alisa's POV

Sudah 7 bulan selepas kejadian kedai bunga aku hampir dibakar tanpa sebab. Tak tahu apa punca atau siapa dalang disebalik insiden buruk ni.

Aku tak tahulah kalau aku ada buat salah berat dengan sesiapa. Rasa macam tak ada. Sampai orang nak bakar tempat aku cari rezeki kot? Gila.

Polis dah buat siasatan tapi tak ada berita atau hasil. Lama aku tunggu tapi itulah, nak desak pun tak boleh. Inilah realiti dunia.

Yang aku tahu, pelaku yang simbah minyak petrol dekat kedai aku ni dah ditangkap. Tapi ketua dia tak dapat dikesan lagi. Aku tak tahulah siapa. Takkanlah orang aku tak kenal pun nak cari pasal dengan aku.

Busuk betul hati! Aku tak ada kacau sesiapa pun. Kenapalah orang nak dengki dengan aku?

Tak apa, satu hari nanti aku pasti akan tahu juga siapa dalang disebalik kejadian ni. Aku takkan berhenti berdoa supaya semuanya akan terbongkar nanti.

" Eh, korang dah tengok drama Encik Sado Itu Tulang Rusukku? Viral weh hero dia! Handsome teruk! " tanya Salleh lalu menjerit kecil tanda teruja.

Nazrul mengangguk selepas mendengar soalan Salleh.

" Aku tengok jugak dekat Instagram haritu. Handsome weh, macam Paul Walker siot. Cuma Paul Walker macam muka penyek sikit, yang hero melayu tu muka macam Harry Styles. Nak tengok dekat TV tapi tak ada masa " balas Nazrul.

" Member tu dah meninggal, nok. Tak payah ler kau cakap muka dia penyek " celah Salleh.

" Korang bukan serumah ke? Kenapa tak tengok sama-sama je? " tanya aku dengan nada pelik.

Yelah, bukan satu rumah boleh tengok sama-sama ke? Kenapa tak ada masa pulak kan?

" Nazrul ni selalu tengok drama korea dalam bilik. Choy! " jawab Salleh.

" K-Drama better dari drama melayu yang tajuk pun entah pape je. Jalan cerita mesti pasal kahwin paksa! Harapkan pelakon je semua ada muka, jalan cerita hauk beb " balas Nazrul bersahaja.

" Aku terpaksa setuju dengan apa Naz cakap. Mengantuk sebenarnya tengok drama melayu tapi apa yang aku suka dekat drama melayu, pelakon lelaki dia mesti ada rupa yang not bad. Some of them yang muka selipar buat aku takde mood nak tengok " balas aku juga lalu ketawa besar.

Nazrul turut ketawa mendengar hujah aku. Betul la! Kalau tak ada rupa, buat scene sweet ke apa, kau ingat aku ada selera? Kah!

" Nasiblah you bayar gaji I, kalau tak I dah makikan aje you ni " kata Salleh lalu ketawa seperti keldai dah tak cukup nafas.

Aku tertawa. Yang bukan-bukan jela si Salleh ni. Nasib baik Nisa ada dekat Selangor dengan Amin. Kalau tak, makin pening aku nak layan.

Harini aku, Haikal, Nazrul dan Salleh membersihkan kedai bunga dan mengemas apa yang patut. Maklumlah dah lama tak urus kedai. Busy buat tempahan je.

Haikal sibuk bermain telefonnya di kaunter manakala kami bertiga yang lain ni duduk di lantai, menyusun bunga ke dalam bakul bunga. Aku memanggil Haikal beberapa kali tetapi tiada jawapan.

Nazrul dan Salleh hanya memerhati aku memanggil Haikal yang leka.

" Encik Haikal, kalau awak rasa awak rajin, awak boleh tak stop main phone and tolong kitorang dekat sini? Kalau nak main phone, baik awak pergi kerja je " bebel aku panjang.

Haikal masih tak sedar yang aku masih memanggil dia. Aih dah kena perli pun tak dengar lagi? Makin hari aku nak beranak makin menyakitkan hati aku pulak si Haikal ni.

Aku menjeling.

" Chill, Lisa. Maybe dia tengah buat kerja online " kata Salleh.

Aku yang muka dah merah menahan marah hanya diam. Susah kalau ada laki pekak badak. Nasib bukan badak.

Sahabatku CintakuWhere stories live. Discover now