Alisa's PoV
5 bulan kemudian..
" Awak, saya nak keluar kejap pergi kedai saya tu. Saya nak jumpa client saya. Dia nak buat wedding kakak dia, so banyak jenis bunga dia nak. Saya pergi dulu eh? " kata aku pada Haikal yang sedang menikmati sarapan di dapur.
" Baru pukul 11 pagi. Awalnya? " jawab Haikal.
" Dah dia nak jumpa saya sekarang, manalah saya tahu. Dah lah saya pergi dulu ni " balas aku lalu mencium tangan kanan Haikal.
Dia yang baru makan beberapa suap melayankan ajelah aku cium tangan dia. Tangan dia mengusap kepala aku perlahan. Terasa macam disayangi pulak! Ehek!
Haikal kemudian terus bangun dan memerhati aku dari muka pintu rumah. Rajin betul nak tengok aku eh?
" Baik-baik sikit bawa kereta tu. Baca doa " jerit Haikal.
Aku yang didalam kereta hanya mengangguk. Lalu aku melambaikan tangan dan terus memecut kereta menuju ke kedai bungaku.
Tak sampai beberapa minit aku pun dah tiba di kedai. Setelah siap aku park kereta, aku pun masuk ke dalam kedai. Mata aku melilau mencari kelibat Nazrul dan Salleh. Mana pula?
" Assalamualaikum? Salleh? Naz? "
" Walaikumsalam! Ha, belakang! Belakang! " pekik Nazrul. Mungkin dia ada di stor. Ha gelabahla bag tu dah pukul 11 lebih baru nak tambah stok.
Aku malas nak pergi ke belakang, aku terus duduk di bahagian kaunter dan mula menyemak segala aktiviti keluar masuk duit dari mesin duit berdasarkan catatan resit di dalam buku log khas.
" Hampir RM700 sehari? Alhamdulillah. Good. Big achievements ni. Biasa RM200 pun semput nak capai " kata aku perlahan.
Bila difikirkan balik, memang logik kalau untung sales aku naik mendadak macam ni. Sekarang musim cuti sekolah, mesti ramai yang nak kahwin kan? Lagi pulak aku punya kedai ni jelah satu-satunya kedai bunga yang ada dekat sekitar kawasan ni.
Aku memang tak kerap jaga kedai bunga aku ni sebab aku tengah sibuk nak tambah stok bunga jenis baru dari supplier. Ya lah, bunga yang ada pun ada dalam 20 jenis je, apakata aku tambah lagi 20 jenis. Mesti jadi macam taman bunga dah kedai aku ni.
Sales aku naik ni pun atas kepayahan dan kesusahan serta penat lelah pekerja aku yang setia dan rajin ni. Siapa lagi kalau bukan Nazrul dan Salleh.
Aku rasa aku patut belanja diorang makan di restoran mahal. Ataupun aku patut naikkan gaji. Kalau naikkan gaji, tengok juga. Kalau gaji naik tapi dah mula malas kerja aku potong dua kali ganda kang!
Tiba-tiba telefon aku berdering. Buat terkejut je.
" Walaikumsalam, ya? Hah, saya ada kat kedai dah sekarang. Awak masuk je ya "
Secara drastik, seorang lelaki yang cukup aku kenal masuk ke dalam kedai. Aku terus berdiri.
" Shahmie? " ucap aku. Aih, dah lama tak jumpa Shahmie ni. Rasanya kali terakhir aku jumpa dia masa di hospital beberapa bulan lepas.
" Eh, Alisa? Awak kerja sini ke? " kata Shahmie.
Aku mengangguk lalu berkata,
" Sayalah bos kat sini. Terkejut saya nampak awak masuk. Dah lama kan tak jumpa? Awak datang sini kenapa? Nak beli bunga ke? " tanya aku.
" Wow, awak bos ya! Kecil betul dunia ni. Saya lama juga cari awak sebab nak tanya khabar. Saya datang sini sebab saya nak bincang pasal wedding kakak saya " jawab Shahmie dengan semangatnya.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...