Haikal's PoV
" Awak dah siap packing baju ke? " tanya Alisa pada aku.
" Hehe, belumlah sayang " jawab aku.
Malam ini kami berdua, Nazrul, Salleh, Amin dan Nisa pergi bercuti ke Sabah selama seminggu! Inilah masanya untuk aku bertemu dengan kedua-dua mertua aku. Rindu dah!
Lagipun dah lama sangat dah rasanya tak pergi bercuti ramai-ramai. Sekali sekala tak salah kan? Semua free pulak tu. Memang masa sesuailah.
Amin dengan Nisa sanggup pulak ambil cuti seminggu semata nak kesana. Diorang tahulah tu kalau tak ikut, memang rugi!
" Awak ni. Nasib saya tanya. Malam dah nak pergi sana awak tak siap apa-apa. Pergi ambil beg awak sebelum saya naik hantu! " pekik Alisa.
Cepat-cepat aku mengambil luggage bag aku dan letakkan dihadapan Alisa. Punyalah aku takut dia mengamuk!
Aku bukan pemalas ke apa, cuma aku tak retilah nak susun ni. Baru nak belajar dengan Alisa. Ok alasan je.
Kemudian aku hanya memerhati Alisa yang mengambil dan memilih segala pakaian aku di dalam almari dan melipat kecil untuk diletak di dalam beg.
Comel betul tengok Alisa ni kemas barang aku. Untungnya dapat isteri macam dia. Walaupun garang macam harimau, penyayang tu mesti ada.
" Mari sini sikat awak, minyak wangi, minyak rambut tu " pinta Alisa.
Aku masih menurut dengan mengambil apa yang Alisa suruh. Sayang isteri hehe.
Aku kembali memerhati Alisa ligat mengemas hampir setengah jam.
" Hah kan dah siap kemas. Sekejap je kalau awak kemas, Danial Haikal. Kenapalah susah sangat nak kemas baju awak? Kalau tertinggal apa-apa last minit macam ni hah saya ketawakan awak je tau? " bebel Alisa sambil mencari barang di dalam laci almari selepas menzipkan beg aku.
" Cuba lepas ni belajar. Kalau saya tak ada nanti, siapa lagi nak kemaskan barang awak? Nanti saya tak ada, awak pula kena kemas barang saya. Kalau tak reti siapa lagi nak kemaskan? " bebel dia lagi.
Aku memeluk dia dari belakang. Terdiam dia.
" Ei apalah cakap pasal mati la apa la. I wanna die lying in your arms, sayang " kata aku perlahan.
Kemudian aku mengucup bahunya yang ditutupi baju. Dia memusingkan badannya menghadap aku. Comelnya senyuman dia!
" Alahai comel isteri saya senyum. Meh sini saya sayang sikit " kata aku lalu mencium dahinya dengan lembut.
" Sini? " tanya Alisa sambil jarinya yang halus menunjuk pada pipinya. Aku tersenyum.
Bukan setakat pipi aku cium, bibir sekali aku kerjakan! Punyalah mithali suami macam aku ni tak minta pun aku bagi. Isteri aku bahagia dah cukup buat aku gembira.
" Dah, dah! Tak siap kerja saya layan awak ni " kata Alisa.
Aku hanya tergelak kecil di bucu katil selepas dia menolak aku ke tepi.
Sedar tak sedar, lagi empat jam masa yang tinggal untuk kami semua pergi ke Senai International Airport. Baik pergi awal dari last minute je, beli tiket pakai duit tau bukan daun!
Telefon Alisa berdering tiba-tiba.
Alisa yang sedang memakai lipmatte di bibirnya terus berlari ke arah katil dimana telefonnya diletakkan.
Aku? Aku masih terkial-kial mencari dimana sikat rambut aku. Dah nak jalan oi!
" Ya, babe? Kau dah on the way ke? Hah? Dah nak sampai? Alright takpe kau tunggu je bawah. Aku nak bawa barang turun ni " ujar Alisa lalu mematikan panggilan.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...