Alisa's PoV
Dah lebih seminggu aku sedar rupanya dari koma. Macam mana aku tahu? Doktor bagitahulah. Hehe.
Lelaki yang bernama Haikal tu dua kali dah melawat aku tapi masa tu aku tidur pula. Ni dah seminggu lebih dia tak datang.
Aku tahu dia melawat pun sebab selalu ada bubur ayam McD dan air milo kotak atas meja sebelah katil aku. Siap bertulis,
' Get well soon, sayang. Saya akan melawat awak lagi esok. From, Haikal '
Esoknya aku tunggu, tak ada pula datang. Sampailah ke harini.
Tak payah tanya pasal bubur ayam tu. Habis aku sebat. Memang favoritelah bila sakit je makan bubur ayam. Sedap! Ditambah pula dengan combo air milo kotak. Pengsan aku kekenyangan.
Prihatin juga Haikal tu dengan aku. Entah siapalah aku ni pada dia. Kalau dah siap bersayang tu, kekasih aku ke?
" Alright.. Assalamualaikum, Alisa? Alisa rasa okay sikit tak? " tanya seorang doktor yang baru muncul di depan aku.
Terkejut aku tetiba je ada doktor ni.
" Walaikumsalam. Tak pastilah.. " jawab aku perlahan. Terang lagi bersuluh aku dalam wad ICU sekarang ni, kalau okay aku rasa dah keluar dari hospital ni.
" Saya tengok awak punya prestasi kesihatan dah stabil. Body awak stabil. Mental awak pun stabil. Cuma tinggal tangan dan kaki awak yang retak je nak sembuh. Rasanya harini kita boleh pindah wad biasa? " kata doktor panjang lebarnya.
Ini petanda bagus. Kalau aku dah pindah wad biasa, tak lama lagi aku boleh keluar! Yes! Tak payah aku duduk sini lama-lama sangat. Bukan ramai yang melawat pun.
" Okay "
Aku dipindahkan ke wad biasa yang menempatkan beberapa pesakit dalam satu bilik. Doktor sempat hulurkan aku satu fail biru dan menyuruh aku simpan di dalam laci meja untuk rujukan keluarga.
Selepas enam ke tujuh jam, aku tidur sekejap, aku baca juga isi dalam fail tadi dan ada masa aku termenung terkenangkan apalah nasib diri ni.
Macam mana keadaan aku boleh sampai jadi macam ni eh? Bodoh kan? Dah lama duduk dalam hospital baru sekarang fikir apa punca aku dekat sini.
" Hai, Alisa! Saya baru tahu awak dipindahkan ke sini. Nasib doktor bagitahu saya "
Lamunan aku terhenti. Memang tiap kali aku mengelamun ke apa ke kena ada orang sampuk eh?
Jururawat lelaki yang ditugaskan menjaga aku tu dah datang. Dia berpakaian serba putih dan berdiri disebelah aku dengan tangan dia memegang sejambak bunga ' Baby Breath ' berwarna biru muda yang elok berbungkus.
Cantiknya! Tetiba pula kepala otak aku berteka-teki dekat siapa dia nak bagi bunga tu.
" Ha ni untuk awak. Saya sempat beli sekejap masa rehat tadi " sambil tangannya menghulurkan bunga tadi.
Bibir aku automatik mengukirkan senyuman yang boleh dikatakan ikhlas lah. Aku mengambil bunga yang dihulur dengan sebelah tanganku. Yelah, sebelah tangan lagi dah berbungkus macam apa.
Wah, dia ni macam tahu je aku suka bunga. Lagi lagi baby breath macam ni! Ini kalau aku boleh bangun, aku dah berjoget kot.
" Saya tak minta bunga pun. Kenapa encik belikan? " tanya aku.
Ee kau faham jelah aku punya excited macam mana. Serius bunga ni cantik!
Aku jarang jumpa bunga ni kecuali kat sekitar kawasan bandar JB sana. Itu pun limited edition! Kalau dapat memang beruntung sangatlah.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...