Haikal's PoV
" Siapa ni? " tanya Alisa padaku.
Matanya tak henti memandang aku yang berdiri di muka pintu bilik pejabat aku bersama seorang wanita di sebelah.
" Dia.. secretary saya. Alisa, ni Sarah. Sarah, Alisa. Kenapa awak datang pejabat saya ni? Awak ada masalah ke? Atau nak saya tolong apa-apa? " tanya aku.
Aku terkelu.
Aku lihat Sarah. Wajahnya pucat lesi. Aku mula rasa tak sedap hati.
Aku lihat Alisa yang memakai seluar slack hitam dan baju kemeja biru tua. Rambutnya tidak diikat kali ni. Biasa diikat. Harini lain pula.
" Hi, Sarah. " sapa Alisa. Matanya masih tajam melihat Sarah.
" Hi. Saya secretary Encik Haikal " balas Sarah sambil melontarkan senyumannya.
" So, awak kerja dengan secretary awak je ke? Mana pekerja lain? " tanya Alisa.
" Staff lain semua cuti. Kan cuti Krismas. Dah lupa eh, sayang? " ujar aku lalu tertawa kecil bagi menghilangkan suasana kekok yang sedia ada.
" Hi " sapa seseorang dari belakang.
Aku memandang ke arah suara itu datang.
" Nazrul? Kau buat apa pulak kat sini? " tanya aku.
Dah kenapa pula dua orang ni datang kesini? Aku tak ada buat surat panggilan datang ke pejabat aku pulak harini.
" Hah, saya tak datang seorang diri ya? Saya datang dengan Nazrul. Tak sempat bagitahu " kata Alisa.
" Okay.. kenapa datang ni? Ada masalah ke kat kedai? Kalau ada masalah biar saya ke sana. Ke Shahmie buat hal? Saya dah kata jangan.. " ujar aku lagi tetapi tak sempat aku habiskan hujah aku, Alisa sudah memotong.
" Saja. Salleh jaga kedai harini. Nazrul jadi secretary saya juga harini. Kami datang ni nak tengok suami saya, tengok tempat kerja lama saya, tengok office baru suami saya sebab dia baru je naik pangkat jadi BOS 4 hari lepas " ujar Alisa lalu tersenyum nipis selepas menekankan perkataan ' Bos ' tadi.
" Alright. So, here I am " jawab aku lalu senyum dengan gigi sebaris.
" Uhm, Sarah? " panggil Alisa. Sarah yang entah mengelamun yang mungkin rasa ketakutan kembali sedar bila Alisa memanggil dia.
" Ya, Alisa? "
" Eh, panggil lah saya Puan Alisa. Awak panggil suami saya tu Encik Haikal, saya kan isteri bos awak? Panggil Puan Alisa baru saya rasa macam berdarjat sikit "
" Alisa? Kenapa cakap macam tu? " tanya aku.
Kenapa diorang ni dingin pula? Biadap pun iya juga. Tiba-tiba je dingin macam ni masa orang tengah kerja.
" Don't mind me, suamiku. Urm, Sarah? Awak kan secretary suami saya, memang secretary kena berkepit 24/7 dengan bos ke? Contoh macam dalam office, lunch, balik rumah. Saya tanya je sebab saya baru lantik Nazrul jadi secretary saya. Need some advice here " kata Alisa sambil memandang Sarah.
" Kenapa pula awak nak jadikan Nazrul secretary awak? Saya boleh carikan pekerja perempuan untuk jadi pembantu awak di kedai. Kenapa kena lelaki? " tanya aku.
Tiba-tiba aku rasa angin dengan Alisa ni. Muka dia yang sentiasa tenang dan bibirnya yang mengukirkan senyuman menyakitkan hati.
Bila tengok Nazrul yang berdiri disisinya pula makin buat aku sakit hati. Apa benda pula nak ikut je bini orang kemana-mana?
" You don't even know what sarcasm is, aren't you? " kata Alisa pada aku.
" Sarcasm? " tanya aku.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...