- Bab 20 -

505 14 0
                                    

Hello semua! Sorry this chapter kita sambung dengan PoV Haikal! Rupanya i tertinggal beberapa event so lambat lagi ler nak masuk PoV Alisa🤣

Enjoy!

-

Haikal's PoV

Mesyuarat hari ni memang membosankan dan membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa hidup ni susah sangat?

Ada ke patut PA aku ni aturkan mesyuarat pasal siapa yang selalu rosakkan penapis air minuman dekat pantry? Lagi satu pasal siapa yang selalu lupa nak flush toilet?

Aku tak tahulah nak jadi apa.

PA aku ni tak betul agaknya. Kalau bukan sebab pekerja aku semua dah ada dalam bilik mesyuarat, tak adanya aku nak join sekali.

Topik macam tu tak payah buat meeting pun tak apa. Baik aku sound macam biasa pun boleh. Aduhai.

Jadi boss memang memenatkan!

Aku duduk di kerusi aku di dalam pejabat lalu aku buka telefon pintar aku. Baik aku main game ke apa buat hilang sakit kepala aku ni.

" 10 missed call? Ibu? Dah kenapa pulak ni " kata aku sendirian.

Aku mendail nombor telefon ibu dan mula menelefon. Pelik ni kalau ibu telefon aku banyak kali.

" Assalamualaikum, Ibu? Hah kenapa ni? Maaf Haikal tak angkat tadi, Haikal ada meeting kat office. Ibu ada masalah ke? " tanya aku.

Biasanya ibu jenis tak main telefon sangat. Kalau telefon pun biasa sekali dua je.

Ini sampai sepuluh kali. Yang biasa spam call aku pun, ayahlah. Tapi ayah tak ada pulak telefon aku.

" Haikal... balik sayang.. Nenek kamu.. ada di ICU.. Ibu dalam perjalanan balik ke kampung ni" jawab ibu. Terdengar suara tangisan perlahan ibu.

Nenek? ICU?

" Hah? ICU mana, bu? Ibu bagi location kat Haikal dalam Whatsapp. Haikal balik rumah packing barang then Haikal terus on the way kampung. Hati hati bu! Assalamualaikum " balas aku.

Dengan cemas aku turun ke tingkat bawah dan keluar dari bangunan.

Pak Ali yang baru nak menyapa aku di depan pintu keluar terpinga-pinga melihat kepantasan aku mengatur langkah ke kereta.

Aku terus masuk ke dalam perut kereta dan memandu terus ke rumah untuk mengemas barang.

" Nenek... " kata aku di dalam hati.

-

Akhirnya aku dah sampai di hospital. Dengan pantas aku mencari kelibat ibu dan ayah di sekitar kawasan ICU.

" Haikal! " panggil ayah.

" Ayah? Ibu? "

Aku peluk mereka berdua yang ada didepan mata sekarang.

Wajah ibu sembap. Wajah ayah? Merah dan aku tahu dia menangis tidak berhenti bila melihat matanya.

Nenek tu ibunya. Mestilah rasa sedih yang amat.

" Atuk mana? "

" Atuk tengah isi borang apa entah di kaunter tu. Daftar masuk nenek kot " jawab ibu.

Selepas ibu menjawab, ibu kemudian terpandang-pandang ke belakang aku. Dah kenapa pula? Ada hantu ke?

" Alisa mana? Kamu tak bawak dia kemari sekali ke? " tanya ibu.

Nah! Aku lupa Alisa dengan aku dah tak duduk serumah. Matilah oi macam mana aku nak jawab.

" Alisa... " kata aku sambil menggaru kepala aku yang tak berapa nak gatal.

Sahabatku CintakuWhere stories live. Discover now