Dah dua hari Alisa tak chat aku or respon to any chats dalam group. Last seen pun tak bergerak since two days ago. Apa jadi?
Dia malu ke dengan aku?
Ke dia tak sihat?
Harini pun dia tak datang kerja. Kenapa eh?
Kalau kena kacau dengan Shahmie, aku mesti tahu daripada Nisa. Tapi Nisa tak ada kata apa apa pulak. Elok je borak dalam group macam biasa.
Aku tak nak lah tanya dia on the spot pasal Alisa. Takut dia rasa aku syok pulak ke apa kan. Tapi aduhai. Aku nak tahu kemana Alisa pergi sekarang.
Wait.. kenapa aku sibuk pula pasal dia? Dia bestfriend aku kot. Sahabat aku. Untuk apa aku ada perasaan nak tahu sangat pasal dia ni? Kenapa aku tunggu je dia chat aku?
Astaghfirullahalazim, Haikal. Baik kau sedar diri balik. Kau tu..
Tingg!
Alisa Dahlia
Hi, Haikal. I have no words to say right now.. but truly, I'm so sorry for what I have done to you for the past two days. Aku tak ada niat pun nak ambil kesempatan or else kat kau.Sorry tak inform yang aku tak datang kerja harini. Aku tak sihatlah.
typing....
Danial
Hey you don't need to say sorry. I'm okay with what happened that time.You can count on me whenever you want, I'll be there for you.
:)
Alisa Dahlia
Thankyou :)Haih Alisa. Tak sihat rupanya. Boleh je call aku kalau ada masalah apa apa. Ke dia ni tak selesa dah nak kawan dengan aku?
Aku pandang pokok yang ada di luar tingkap bilik. Aku tarik nafas panjang dan hembus. Hati aku rasa sesuatu bila terfikirkan Alisa.
" Apalah sebenarnya kau nak tunjuk aku ni, Ya Allah.. " bisik hati kecil aku sendirian.
End Haikal's POV
-
Alisa's POV
Aku balik kerja seorang diri jela nampaknya harini. Haikal ada meeting dengan clients dari Kuala Lumpur.
Kaki aku aturkan menuju ke lif kemudian aku masuk ke dalam dan menunggu untuk sampai ke tingkat bawah.
Kepala aku asyik terfikirkan perihal Shahmie tempoh hari. Berani betul dia nak jumpa aku masa tu.
Aku istighfar banyak kali dalam hati. Berdebar aku dibuatnya kalau teringat dia.
Aku keluar dari lif setelah skrin disitu menunjukkan aku sudah berada di tingkat bawah. Aku sapa guard yang menjaga di situ.
" Pak Ali! Sihat ke? " sapa aku.
" Alhamdulillah syukur sihat je ni, Cik Alisa. Cik Alisa makin cantik sekarang Pak Ali tengok. ". Eh eh puji kita pulak Pak Ali ni. Aku tak ada duit kecil pulak nak bagi sebagai balasan puji aku harini hahaha!
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...