- Bab 2 -

844 38 0
                                    

Alisa's POV

Bantal kepala aku tepuk perlahan. Nafas berat aku lepaskan.

Nisa dah kepenatan. Dia tidur dulu dah lepas balik dari restoran tadi.

Terus aku terkenang kejadian tadi.

Flashback-

" Eh? Nak kemana Haikal tu? ", tanya Amin.

Banyak mata memandang kereta Haikal meluncur laju beredar dari perkarangan restoran.

" Baliklah kot. " kata Nazrul. Dia yang tadi kecoh mula tiada kata.

Aku pandang Hannah dan suaminya, Azlan. Hannah menangis sambil dipeluk suaminya. Mungkin ada cerita disebalik semua ini. Mana mungkinlah Azlan akan peluk Hannah bila kantoi ada kekasih lain sedangkan diorang dah kahwin. Kalau aku jadi Azlan, mahu aku perambat je si Hannah ni pakai penyapu.

" Eh, kenapa kau menangis pulak? Kau dah buat Haikal macam tu kau menangis untuk apa? " tanya Amin.

" Kau berdua duduk sini " arah Nisa sambil menepuk kerusi sebelahnya. Dia pun geram juga agaknya dah macam orang gila menangis kat kedai mamak.

Hannah dan Azlan mengambil tempat. Lalu Hannah membuka mulut, " Sebelum aku kahwin dengan Azlan, aku... Aku terlanjur dengan Azlan. Tapi.. Waktu tu aku masih ada hubungan dengan Haikal. "

Nazrul terus mencelah, " So, kau dah terlanjur dengan mamat ni, kau dah mengandung, kau tinggalkan Haikal tergantung macam tahi lah? Dalam masa dia tergantung tu kau dah kahwin dengan mamat ni? Lepastu Haikal kau biar je dia cari cari kau macam bodoh? "

Air mata Hannah deras mengalir. Azlan membuka mulut, " Aku yang tak benarkan dia contact Haikal. Dia dah kahwin. Lagipun dia pregnant. Aku tak nak dia terganggu emosi. "

Nisa tepuk dahi. Aku geleng kepala je dengar si kepala botak ni cakap apa. Hannah dulu tunang orang, boleh pula dia contact? Bangang level apa aku tak tahulah.

" Dahlah. Pening kepala aku. Aku nak balik. ", Amin mengambil kunci keretanya lalu Nazrul mengikut dari belakang. Maklumlah, satu rumah sewa. Samalah aku dengan Nisa. Menumpang sekakilah kemana mana.

Nisa pandang aku dengan muka sememeh. " Lisa, makanan diorang ni siapa nak bayar siak? "

Aku mengangkat bahu. Aku keluarkan dompet lalu meletakkan dua keping RM10 di atas meja.

" Kau tong tong sikit lah. Ingat aku bank? ", kata aku. Aku pandang Hannah yang mulai reda kerana dipujuk Azlan.

Selepas Nisa selesai membayar segala macam di kaunter dan kami berdua ingin beransur pulang, sempat aku beri amaran pada dua makhluk yang jika diikutkan hati mahu saja aku pijak.

" Kau berdua. Jangan muncul depan Haikal lagi. He's our friend. Benda kau buat ni teruk gila. Kau beruntung aku tak tampar kau tadi tau. Don't mess with Haikal. Don't you dare mess with any one of us. "

" You better don't ", celah Nisa sambil menjeling.

Aku dan Nisa keluar dari kedai dan pulang ke rumah sewa.

End flashback-

Aku kesian sebenarnya dengan Haikal. Lama dia tunggu nak bernikah dengan si Hannah. Rupanya ada udang disebalik batu Hannah ni. Tak apalah, benda dah jadi. Aku nak sibuk lebih lebih pun tak ada guna.

Ting! Ting! Ting!

Whatsapp dah berbunyi tak henti ni kenapa pula? Dah pukul 1 pagi kot..

Aku buka saja aplikasi Whatsapp, aku baca satu satu mesej diterima dari sebuah group yang ditubuhkan khas untuk kami berlima bergosip dan bercerita.

Danial Haikal
Sorry tinggalkan korang tadi kat sana.

Amin Yahya
Takpe la, kal. Kalau aku jadi kau pun aku berambus je tadi. No need explanation dari orang bodoh.

Nazrul
Tapi lepas kau berambus, aku dengan Amin pun angkat kaki. HAHAHAHA

Danial Haikal
Asal eh?

Nazrul
Malas layan orang gila.

Alisa
Kau bukan malas layan orang gila. Kau berambus sebab kau tak nak bayarkan?

Saja aku menganjing. Kalau tidak mana nak sedar diri tu tak bayar apa apa. Sedap je bergosip.

Amin Yahya
Uhm...

Nazrul
Sorry korang mak aku ajak facetime. Gerak dulu semua sambung esok!

Danial Haikal
Siapa yang miskin tu tak reti bayar?

Alisa
Sedarkan lah diri...

Amin Yahya
Rul, mak kau bukan pakai Samsung ke? Mana ada facetime?

Nazrul
BA BI

Terkekek aku gelak kalau dah melayan mereka semua ni.

Aku malas nak melayan perangai entah apa apa mereka, baik aku tidur. Fuh! Esok offday bolehlah aku berehat.

-

Nada dering iPhone 11Pro aku berbunyi rancak dibawah bantal. Siapa pula telefon aku masa cuti ni? Aku tengah tidur kot. Kacau je!

" Assalamualaikum, Alisa " suara Haikal kedengaran dalam telefon. Budak ni kan.

" Walaikumsalam. Nak apa ni Haikal? Aku tengah tidur ni kacaulah pagi pagi orang tengah nak rest " sesekali aku menarik hingus yang hampir keluar. Mesti sebab hujan malam tadi, aku mana boleh terkena sikit hujan. Mesti nak demam.

" Pagi menda Alisa oi? Dah tengahari ni. Aku call Nisa tak dapat. Nasib kau angkat "

Tengahari?! Aku pandang jam di dinding. Astaghfirullahalazim, dah pukul 12 tengahari?!

Ketawa Haikal jelas aku dengar. Celaka.

" Nisa tidur lagi aku rasa. Penat dok semalam. Nak apa ni sebenarnya? "

" Nazrul dengan Amin ajak aku pergi Tanjung Balau. Diorang suruh aku ajak kau dengan Nisa. Aku tahu dah kau dengan Nisa mesti tidur lagi sebab senyap je bila dalam group tak ada yang jawab "

" Bukan nak rancang awal awal! Boleh prepare apa apa. Ya lah macamtu aku bersiap semua, nanti aku dengan Nisa sampai tempat kau? Ke kat mana? " sambil bercakap aku sudah bersiap untuk mandi. Susah kalau rancang apa apa dengan lelaki. Semua benda nak last minute.

Aku terbatuk kuat selama hampir setengah minit. Haikal mencelah,

" Sakit ke? "

" Taklah. Aku batuk dengan selesema  sikit ni. Tak teruk pun. "

" Nanti aku bawa Ford datang rumah kau. Bawalah tikar ke apa ke kan? Aku bawa bluetooth speaker, Amin bawa khemah kot? Nazrul aku tak sure. "

" Bila kau ada kereta Ford? Kau bukan pakai Honda ke? " pelik je budak ni. Kaya sangat dah ke sampai beli kereta baru? Semalam makan tak boleh bayar pula.

" Alah ayah aku punya. Pinjam untuk harini je. Okaylah, pukul 3 macam tu aku amik okay? Get ready. "

Terus matikan? Aku rasa kena bincang juga pasal perangai Haikal ni.

Baik aku kejutkan si Nisa ni. Perempuan sorang ni juga boleh tahan awal tidur semalam tapi bangun dahsyat betul lambat dia.

End Alisa's POV

-

Next chapter, Haikal's POV lagi panjang daripada biasa! Enjoy guys!

Sahabatku CintakuWhere stories live. Discover now