Warning!
Ada aksi ringan 18+ ya. Tak warning takut terkejut pula.Haikal's PoV
Mata aku melihat Alisa yang sedang tidur di sofa di ruang tamu. Demam katanya.
Dari minggu lepas lagi sejak balik dari majlis bersanding Nisa dengan Amin, dia dah batuk siap pakej selesema lagi.
Mana puncanya aku tak tahulah. Nak kata terkena hujan, dah lama tak hujan. Cerah je hari hari panas berdenting lagi adalah.
Bila tengok Alisa ni tidur, aku jadi curious sangat. Dia kalau tidur memang selamba betul eh? Ada orang dia macam acah ayu je kan nak tidur dalam bilik je bila dah kahwin?
Aku pun heran juga pasal Alisa ni. Dia kalau dah marah, garang sangat. Macam harimau. Kalau dah macam lemah sikit, tak sihat ke, dah macam baby. Tak menentu perangai dia ni.
Nasib baik dapat kat orang macam aku. Kalau dapat kat orang yang tak menahan, memang kena tapak kaki.
Aku pergi ke arah Alisa lalu tangan aku mengusap rambutnya. Aku tengok mukanya kemerahan. Mungkin kepanasan. Tengok baju dia terselak sikit pun aku tahu dia memang tengah kepanasan.
Kat ruang tamu ni kitorang memang tak nak pasang aircond, tak ada lah kaya mana sampai semua tempat dalam rumah ni nak pasang aircond. Biar je pakai kipas siling.
Dalam bilik aku dan bilik kerja aku je yang ada aircond. Dalam bilik Alisa tu dia nak pasang kipas je katanya. Tak suka beraircond.
Bagus dia ni. Baru jadi isteri dah pandai berjimat cermay. Save lah duit aku.
" Alisa? Nak tidur dalam bilik aku? Sejuk sikit ada aircond. Tapi jangan risau, aku tak tidur situ pun kalau kau nak tidur situ. " tanya aku perlahan.
Alisa membuka matanya yang kemerahan dengan berat. Dia memandang aku yang ada ditepinya.
Dia mengangguk. Dia duduk lalu berdiri. Tiba tiba dia terjatuh.
" Alisa! Ish kau ni. Biar aku dukung. " kata aku lalu mendukung dia ke bilik.
Aku tengok dia sudah terlelap. Kesian pula dikejut tapi lagi kesian kalau dibiar kepanasan kat situ.
Lengan aku terasa panas dek haba dari badan Alisa. Betul betul panas badan dia ni.
Aku baringkan dia di atas katil aku. Aku betulkan segala bantal selimut semua supaya dia selesa. Aircond pun aku buka pada suhu 22 darjah.
Aku sentuh dahinya, betul lah panas.
Aku hendak beredar keluar. Nak masakkan bubur ayam untuk dia makan. Aku tak adalah pandai sangat masak tapi setakat bubur ayam aku pun reti buat.
Aku nak masak ni pun sebab kesian dia tak makan dari siang tadi. Takut kosong pula perut dia.
Aku bangun saja, Alisa tiba tiba tarik tangan aku. Terkejut aku kau tahu? Nasib tak melatah ke apa.
" Kenapa ni? Nak apa apa ke? "
" Nak milo ke? "
" Lapar ke? "
" Nak makan bubur? "
Pertanyaan aku bertubi tubi tak dijawab. Dia hanya menunjukkan jarinya ke arah kepalanya.
Aku usap rambutnya perlahan. Mungkin ini yang dia nak.
Dia tersenyum. Sesekali nafasnya yang panas terasa pada aku.
Lega sikit hati aku tengok dia senyum nipis macam tu. Tak adalah muka monyok tak ada reaction macam tu.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...