Alisa's POV
Malam hari Jumaat yang mulia, aku selamat melahirkan puteri sulungku.
Penat? Ya. Seperti nak hilang nyawa? Ya.
Hampir dua jam ya aku duduk dalam bilik bersalin semata mahu lahirkan satu nyawa. Baru aku tahu macam tu rupanya apa yang para ibu rasakan.
Doktor cakap ada yang hampir 5 jam duduk dalam bilik bersalin sebab nak lahirkan anak. Anak degil tak nak keluar. Kalau jadi dekat aku rasanya aku pengsan kot.
Apapun, Alhamdulillah proses melahirkan sangat dipermudahkan untuk aku. Nak cakap tak sakit tu menipulah tapi tak adalah seteruk yang aku sangkakan.
Sakit gila tapi aku masih mampu tahan. Lebih kurang macamtu lah. Alah nanti kau orang jadi mak-mak tahulah rasanya macam mana.
" Assalamualaikum, Puan Alisa. Macam mana sekarang dah okay ke? " tanya Doktor Eliana yang wajahnya ceria betul.
" Walaikumsalam, doktor. Sekarang saya dah okay sikit. Rasanya saya dah boleh balik rumah kan? " balas aku dengan nada tak sabar. Aku memang tak sabar betul nak balik rumah.
Pantang nanti ada ibu Haikal akan jaga aku. Mak aku pun dah pulang ke Sabah sebab abah sudah mula bekerja. Abah dapat cuti tiga hari saja, sudah cukup memadai bagi aku.
Asalkan dapat jumpa mak dan abah pun buat aku gembira. Hari terakhir aku jumpa mereka pun malam semalam. Jadi sempatlah mak dan abah melihat cucu sulung mereka sebelum Haikal menghantar mereka ke lapangan terbang.
" Hah baguslah macam tu kalau dah okay. Lega saya dengar sebab biasanya lepas dua hari bersalin, kebanyakan ibu-ibu dah stabil sikit dan boleh balik rumah " kata Doktor Eliana sambil menulis sesuatu di atas sehelai kertas.
Kemudian dia menghulurkan pen kepada aku untuk aku menurunkan tandatangan. Bila aku lihat, eh ni kebenaran untuk bawa baby balik rumah.
Lega aku dibuatnya sebab boleh bawa anak aku balik rumah. Risau je takut anak kena tahan dekat hospital ke apa kan?
" Okay pukul 3 petang nanti awak dah boleh discharge. Selamat menjadi ibu dan selamat berpantang di rumah ya, Alisa! " kata Doktor Eliana lagi lalu dia memeluk aku.
Terasa seperti aku dipeluk mak sendiri je. Memang berjiwa mak betul doktor disini. Selesa aku dibuatnya.
Selepas berbual sebentar, doktor dari wad dan ketika itulah suami aku yang gembeng pun masuk.
Jangan tanya kenapa aku cakap dia gembeng. Sepanjang kami berada di dalam bilik bersalin, Haikal asyik menangis je.
Aku tak tahulah dia takut darah ke atau dia memang soft person. Kelakar rasa tapi itulah memori yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Bagi aku itu memori manis.
" Hi, isteri saya. Saya baru lepas jumpa ibu ayah dengan kawan-kawan kita. Semua ada kat luar ni. Nak jumpa tak? " tanya Haikal.
Aku mengangguk tanda ya.
Dan kekocohan pun berlaku apabila ibu ayah Haikal, Nazrul, Salleh, Amin dan Nisa masuk ke dalam wad.
Aku ketawa bila masing-masing bukan menyapa aku dulu tapi menyapa anak aku yang sedang tidur. Maklumlah baru lepas menyusu memang tidur ajelah kerjanya.
" Muka dia sebijik macam muka kau lah, Haikal. Bibir seksi tu adui " kata Nazrul.
" Kalau tengok kening dah nampak tebal sikit ni mesti ikut Haikal jugak ni. Alisa kening halus je kan? Ke aku salah tengok " selit Salleh pula.
" Kau tengok hidung dia. Sama gila dengan Haikal. Aku rasa dia memang photostat muka bapak dia la. Untungnya kau, Kal " celah Amin. Dia tak sedor bini dia tu pun tunggu hari, sibuk betul tengok anak orang.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...