" Alisa, awak dah ok kan? " tanya Shahmie.
Aku yang sibuk menyusun bunga dan pasu di rak terus memandang dia sambil mencekak pinggang.
" Saya dah lama ok, Shahmie. Tak payahlah sampai kalau boleh hari-hari awak nak datang sini tengok saya " jawab aku lalu tertawa.
" Saya just make sure je. Tapi apa salahnya saya datang hari-hari? Saya prihatin tau " balas Shahmie lalu ikut ketawa.
" Awak dah save nombor baru saya kan? Nombor lama dah tak pakai " tanya aku.
Dia mengangguk.
" Kenapa tukar nombor? " tanya Shahmie.
" Line tak laju lah pakai sim kad tu, Shahmie. Tu yang saya tukar nombor " balas aku.
Syok berborak tak ingat dunia, Shahmie meminta diri untuk pulang. Dia duduk sini lama-lama pun untuk apa?
Hampir setiap hari dia datang nak tanya khabar aku. Baik Shahmie ni sebenarnya. Hati aku terdetik, kenapalah Haikal tak macam dia?
Apalah yang Haikal buat sekarang? Dia sihat ke tak? Dah makan ke belum? Dah lama juga tak dengar cerita pasal dia.
Nak kata dia tak tahu aku kerja sini, dia tahu. Nak kata dia tak ada kunci kedua kedai, dia ada. Tapi batang hidung pun tak nampak sekarang.
Aku bukan berharap pun sebab aku memang dah tak ada rasa apa-apa kalau pasal dia. Cuma aku tertanya-tanya, siapa aku sebenarnya dalam hidup dia ni.
" Alisa, ada orang dalam telefon nak cakap dengan kau " celah Nazrul tiba-tiba dari dalam stor.
Aku yang tengah sibuk mengemas barang di kaunter terus bergerak segera ke stor untuk jawab panggilan. Mana tahu ada pelanggan yang nak buat tempahan ke apa kan? Musim kahwin tak habis lagi ni. Mesti nak letak bunga berjambak atas pelamin.
" Assalamualaikum? Saya ni Alisa, owner April's Garden"
" Walaikumsalam, hi Alisa "
Suara yang aku dengar di dalam telefon tu memang suara seseorang yang aku kenali.
" Siapa ni? " tanya aku.
" Haikal " balas lelaki di dalam panggilan dengan perlahan.
" Kau nak apa lagi ni? " tanya aku ' straight to the point '. Malas nak berkias.
Nazrul dan Salleh cuba mengintai dari tepi pintu bilik stor. Aku menjeling.
" Saya call awak, awak tak jawab. Saya datang je kedai, awak tak bukak kedai. Saya call semua orang termasuk Nazrul, Nisa tanya pasal rumah yang awak tinggal sekarang. Tak ada yang nak tolong saya. Jadi saya try call sini, baru awak jawab " jelas Haikal panjang lebar.
Aku tertawa kecil.
" Kau cari aku untuk apa, Haikal? Buang masa je lah cari aku, aku taknak jumpa kau pun " balas aku.
" Alisa, we need to talk about our marriage. Saya taknak awak terburu-buru buat keputusan. Saya masih suami awak, awak masih isteri saya. Kita kena bincang sama-sama "
" Oh, kau suami aku then aku isteri kau? Kita masih suami isteri? Tapi kau curang, tidur dengan betina lain tu semua, ada fikir tak yang kau suami orang? Kau ada fikir tak kau ada isteri? " tanya aku bertubi-tubi.
Nah, rasakan. Aku pendam dah lama.
" Alisa, saya tahu tu silap saya. That's why saya nak kita jumpa and berbincang. Saya nak selamatkan perkahwinan kita ni, tolonglah " rayu Haikal.
" Berhenti jelah. Tak ada benda nak dibincang. Nanti aku buat permohonan fasakh bila aku free. Assalamualaikum "
" Alisa jangan letak phone ni, saya tengah.. "
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...