Aku hanya pandang lelaki berketinggian mungkin dalam 170cm ke atas yang ada di depan mata aku. Tiba tiba je datang entah dari mana.
" I love her, " sambil jarinya menunjuk ke arah Alisa.
" Jiran Alisa " bisik Amin pada aku. Aku mengangguk tanda faham. Aku rasa Amin kenal dia sebab dia selalu juga datang rumah Alisa dengan Nisa ni untuk tumpangkan Nisa pergi kerja setiap hari.
" Tak boleh ke kau ni tak ganggu dia? Dekat mana mana ada je kau ni. You better stay away from her. " kata Nisa pada lelaki bernama Shahmie ni.
" Kau better blah je kot bro? Orang dah bagi warning pun tak faham ke? " marah Nazrul.
Aku masih tak faham apa sebenarnya jadi.
" Alisa, come here. I cuma nak cakap dengan you sekejap je please, Alisa. I nak jelaskan something, " kata Shahmie sambil berjalan ke arah Alisa.
Alisa yang asalnya duduk di sebelah Nisa terus berlari dan menyorok di belakang aku. Aku dah cuak dah. Dah kenapa ni?
" Tolong, Kal " bisik Alisa. Aku dapat rasakan dia mungkin ketakutan.
" Janganlah, Shahmie. Kau dah sakitkan dia haritu, jangan nak buat hal " kata Nisa.
What the? Sakitkan dia? Alisa? Berani pulak dia nak sakitkan kawan baik aku.
Shahmie yang ingin menarik Alisa pantas je aku tepis tangannya.
" Don't you dare.. " kata aku.
Shahmie tergelak, " Who the fuck are you? Kau kawan dia je kan aku rasa? You're not even her husband! So lantak aku lah nak jumpa dia ke apa ke "
Dia sudah tarik tangan Alisa yang memegang bahu aku. Aku tarik Alisa kembali. Dah macam tarik tali siot.
" Alisa come here! I cuma nak cakap dengan you something please " kata Shahmie pada Alisa.
Alisa menggeleng macam tikus jumpa singa pun ada aku tengok.
Shahmie berjaya menarik Alisa walaupun aku, Nazrul dan Amin sudah menghalang dia.
Belum sempat dia bawa Alisa kemana mana, aku berlari dan menarik Alisa. Kemudian aku bawa dia ke kereta dengan mendukung dia.
Cuak juga aku tengok Alisa bila aku mula mendukung dia. Aku bukan apa, takut lelaki gila tu dapat kejar balik. Shahmie mengejar aku balik tapi Nazrul dan Amin menolak dia.
Sampai saja di kereta, belum sempat juga aku berkata apa apa, Alisa sudah memeluk aku.
Alisa. Peluk. Aku.
What. The. Heck. Is. Going. On.
Nazrul dan Amin tidak mengendahkan fenomena yang terjadi pada aku sekarang, diorang berdua sibuk menghalau dan menolak pergi Shahmie tu dari situ.
Nisa membantu Nazrul dan Amin menghalau Shahmie dengan membawa botol air untuk dibaling. Gila perempuan ni.
Kembali pada Alisa,
Aku pandang Alisa yang menggigil ketakutan. Dia peluk aku tau. Aku macam terkejut pun ada macam happy pun ada aku tak faham lah apa perasaan aku sebenarnya. Speechless gila.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...