" Haikal, Alisa! Hei masuk dalam! Duduk luar tu buat apa dengan nyamuknya, dengan cengkeriknya. Masuk kamu berdua! " pekik ibu.
Wah, wah. Memekik ye. Macam jauh sangatlah pangkin ni dari rumah.
Dahlah jarang aku merasa situasi ni.
Alisa yang tersentak dari lamunannya terus meleraikan pegangan tangan aku dan bangun.
" Jomlah masuk " kata Alisa dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.
Aku terus menepuk dahi. Adeh, peluang aku.
Aku pun melangkah malas menuju ke rumah. Usai saja masuk, aku melihat mereka semua duduk di ruang tamu.
" Alisa masuk tidur dulu ya? Alisa sakit belakang pulak " kata Alisa.
" Hah tidurlah, Alisa. Ibu dengan ayah nak berborak kejap dengan atuk. Kalau kamu tunggu kami memang tertidur kamu kat sini " ujar ibu sambil menepuk belakang Alisa dengan senyuman nipis.
Aku faham. Ibu masih terasa sedih dengan kehilangan nenek. Ayah? Masih tak berapa nak berbicara.
Alisa menyalam ibu lalu berjalan ke bilik tidur di belakang.
" Haikal, kamu tak tidur? " tanya ibu pula pada aku.
" Belum mengantuk, bu " jawab aku selepas mengambil tempat di kerusi.
" Pergilah tidur. Teman isteri kamu. Bahaya sorang-sorang di bilik belakang tu. Semua kat depan tak berapa nak dengar apa-apa jadi "
Aku berfikir sekejap sambil memandang Alisa yang dah hilang dari pandangan. Tanpa melengahkan masa, aku terus mengangkat kening tanda setuju.
Bukan aku gatal eh. Ada betulnya ibu cakap tu.
" Kalau macam tu Haikal masuk tidur dulu ya? Assalamualaikum " ujar aku lalu menyalam ibu,ayah dan atuk.
" Haikal.. " panggil ayah.
" Ya, yah? " jawab aku.
Aku memandang ayah yang memang sedang melihat aku.
" Jagalah Alisa. Seperti yang nenek kamu minta. Itu yang nenek kamu asyik sebut masa di hospital pada ayah dan atuk " kata ayah perlahan.
Aku memandang atuk, atuk hanya mengangguk.
Aku tersenyum sebak. Walaupun dalam keadaan nazak, nenek masih ingat tentang Alisa.
Walaupun hakikatnya Alisa cuma ' menantu express ' , kehadiran Alisa dalam keluarga aku memang merubah segalanya.
" Insyaallah, Haikal akan usaha jadi suami yang hebat untuk Alisa " balas aku lalu melontarkan senyuman.
Aku terus berjalan ke bilik tidur dimana Alisa berada.
" Gelap betul. Tak bayar bil ke? Tapi kat depan ada elektrik " kata aku sendirian.
Mana taknya, jalan nak ke bilik tu gelap je.
" Sayang? " panggil aku.
Senyap je.
" Sayang? Alisa? "
Aku menolak pintu kayu bilik tidur perlahan-lahan. Aku menjenguk ke dalam bilik.
Tak ada.
Mana pula Alisa ni? Lampu, kipas terbukak. Orangnya tak ada.
" Sayang? "
" Nak apa ni? " sapa seseorang dari belakang yang menepuk bahu aku.
Aku memusingkan badan aku kebelakang.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...