Haikal's POV
Kereta Ford Rangers milik ayah aku pandu menuju ke rumah sewa Alisa dan Nisa.
Tak sampai 10 minit, kami bertiga dah tiba di hadapan rumah mereka. Aku nampak Nisa berjalan ke arah kereta dengan membawa sebuah bakul. Apa pulak budak ni bawak?
" Assalamualaikum, yallssss? Nah amik bakul ni berat tau tak bukan ada sorang jantan nak tolong aku angkat! Dahlah semalam aku bayar sikit korang punya makanan. Apa benda je korang rajin buat hah? Korang rajin apa je? Rajin makan? Dasar jantan pemalas harapkan perempuan je! Kahwin nak tapi tolong orang tak nak itu tak nak ini tak nak aku tak fahamlah "
Mak ai Nisa. Boleh tahan macam makcik bawang dia punya mulut. Laser betul.
Nazrul hanya menutup telinganya dengan dua tapak tangannya. Amin yang menolong Nisa untuk meletakkan bakul entah apa ada isi dalamnya di ruang belakang kereta. Redha dijadikan hamba daripada dengar Nisa membebel 150km/j.
" Mana Alisa? Tak nampak kelibat pun? " tanya aku pada Nisa.
" Ada tu kat dalam. Tengah angkat barang. "
" Nak lari rumah ke apa korang berdua ni? " tanya Nazrul pula. Amin ketawa macam nak terkeluar anak tekak. Aku hanya tersengih. Bodoh punya Nazrul.
" Kau pergilah tolong dia, Haikal. Aku penat ni susun barang cepat cepat tadi. Benda lah last minute baru nak kata pergi Balau. " kata Nisa. Mak cik ni tak boleh lah aku tanya sikit. Kalau menjawab boleh buat karangan.
Aku bingkas keluar dari kereta. Masuk saja ke dalam rumah dua makhluk yang mulut makcik bawang ni, aku nampak Alisa di dapur sedang menutup segala suis lampu dan kipas.
Aku nampak juga dia sedang membasuh peralatan dapur. Baru lepas masak ke dia ni?
" Assalamualaikum? "
Aku nampak dia berpaling memandang aku.
" Walaikumsalam, Haikal!! Ha baguslah kau ada kat sini. Tolong aku angkat tikar tu dengan botol air tu. Aku bawa bakul ni. Ada makanan sikit. " kata Alisa panjang lebar. Betul lah perempuan ni. Kita kata baru sepatah, dia buka mulut je terus macam karangan satu perenggan.
" Hah okay " aku terus mengangkat tikar yang berada di atas meja makan. Aku terpandang Alisa sedang membasuh jarinya dari tadi. Aku dengar dia menghela nafas berat. Terus aku pergi ke arahnya.
" Kenapa ni? " aku lihat saja jarinya, ya. Betul sangkaan aku. Jarinya terluka.
Dia hanya memandang aku sambil menunjukkan jarinya.
" Macam mana boleh luka? Kejap aku ambil first aid dalam kereta. " aku tak tunggu dia balas apa aku tanya. Aku terus ke kereta dengan membawa tikar dan botol air seperti disuruh dan kemudian ambil first aid.
Bila tiga makhluk dalam kereta tu tanya kenapa? Aku cuma kata jari Alisa terluka. Mereka hanya mengangguk dan sambung berkaraoke dalam kereta. Entah apa apa.
Aku pergi ke dapur dan Alisa masih membasuh jarinya. Dalam sangat kot lukanya sampai tak henti darah mengalir.
Aku suruh Alisa duduk di kerusi. Aku pakaikan tiga jarinya yang terluka dengan toplast. Dia hanya mendengus kesakitan. Alahai.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...