" Hai? "
Terkaku aku bila suara yang menyapa aku tadi rupanya suara Shahmie.
Dia melontarkan senyuman manis pada aku.
" Eh, Shahmie. Saya nak tutup kedai dah, awak ada nak apa-apa ke? Kalau ada esoklah sebab kedai saya memang nak tutup. Sorry tau " kata aku.
"Takpa, saya bukan nak beli apa-apa. Saya datang nak tanya khabar. Dah lama awak senyap je. Saya risau kalau apa-apa jadi kat awak ke kan? " ujar Shahmie.
Aku tersengih macam kerang busuk.
Gila ke dia ni? Bukan haritu dia telefon aku, Haikal yang angkat ke? Tiba-tiba datang macam tak ada apa-apa.
Nazrul tiba-tiba muncul dari belakang aku. Aku pusing saja kebelakang,
" Oi! Kenapa kau bawak parang ni? " jerit aku.
Terkejut kau tahu! Parang? Dia nak sembelih siapa pulak?
" Nyah! Kau kenapa? " pekik Salleh dari belakang. Tercungap-cungap aku tengok dia lari.
Aku tengok muka Shahmie. Dia pun dah cuak.
" Oh, kau rupanya Shahmie. Aku fikir siapa tadi datang nak kacau Alisa " kata Nazrul.
" Sampai bawak parang? " tanya aku pada Nazrul.
Nazrul tersengih.
" Laki kau kata suruh jaga kau. Aku tak nak okay gaji aku kena potong. Aku jaga la ni " jawab Nazrul.
Aku menepuk dahi. Tawa Salleh kedengaran dari belakang.
" Ha kenapa datang ni Shahmie? Sorrylah kedai dah tutup pulak. Kau lambat datang la kalau nak beli apa-apa " kata Nazrul.
" Oh, taklah. Aku tak nak beli apa-apa. Aku saja datang nak tanya pasal Alisa. Dia okay ke tidak kan? " jawab Shahmie sambil menggosok kepalanya yang aku rasa tak gatal pun.
" Saya okay. Awak tak payahlah risaukan saya. Haikal jaga saya dengan baik. Mak ayah saya pun tak ada pula tanya saya okay ke tak " kata aku.
Shahmie masih menggaru kepala dia. Nak je aku tanya gatal sangat ke kepala kau tu? Berkutu ke?
Ceh, mandai je teka kepala dia gatal ke tidak. Ada kutu ke apa aku pun tak tahu.
" Hahaha, saya tanya je. Sebab dah lama tak contact kan? " jawab Shahmie lagi.
" Wife aku okay je. Tengoklah siapa jagakan dia " ujar seseorang di kaunter.
Lama-lama boleh terkena sakit jantung aku kalau lagi sekali ada orang buat aku terkejut.
Rupa-rupanya Haikal dah masuk ke dalam kedai. Yelah macam mana pulak dia boleh duduk kat kaunter tu kalau dia tak masuk?
Persoalannya, bila masa dia masuk?
" Haikal? " ucap Shahmie.
" Yes. Pandai! Mestilah Haikal yang jaga. Haikal tu siapa? Mestilah aku " kata Haikal.
Dia bangun lalu berjalan menuju ke arah kami semua.
Kenapa aku tak buat salah apa pun aku rasa berdebar. Macam aku buat dosa besar pun iya.
Haikal memeluk pinggang aku dihadapan Shahmie.
Ya. DIHADAPAN SHAHMIE!
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...