Alisa's PoV
Aku memandang Haikal yang sedang memerhati aku macam aku ni tikus, dia ular. Tinggal nak ngap aku je.
Apa pasal Shahmie call aku eh? Aku rasa aku tak ada hutang apa-apa ke dengan dia.
" Ya walaikumsalam. Kau tengah cakap dengan suami dia ni. Ha, kau nak apa ya? " tanya Haikal.
Matanya masih memandang aku.
Dey, kalau aku cucuk mata kau dengan garfu, tak jadi apa tau. Duk pandang-pandang.
" Ya, aku masih dengan dia "
Tiba-tiba Haikal tergelak kuat. Nah, ni kenapa pulak?
" Eh, aku rasa baik kau cari perempuan lain je. Kau ada rupa, harta, kerjaya semua kan? Hah, cari perempuan lain. Sebab sorry sangat yang kau nak try ni bini aku tau "
" Ah, aku kena pergi ni. Isteri dah memanggil dalam bilik tu, macam biasa, siapa tak nak ada anak kan? Assalamualaikum " kata Haikal bersahaja lalu mematikan panggilan.
Aku masih memandang Haikal.
" Kenapa dia telefon? " tanya aku.
Haikal menghela nafas berat. Telefon aku diletakkan semula di atas meja makan.
" Dia betul-betul nakkan awak. Mesti sebab awak cantik sangat kan? Tu yang dia angau tu " balas Haikal lalu mencubit kedua-dua pipi aku.
Rasa macam aku ni budak-budak ok. Memalukan.
" Apa dia cakap dengan awak? " tanya aku lagi.
Haikal menghentikan sesi mencubit pipi lalu memandang aku.
Dia menarik nafas dan menghembus keluar. Dia mengulangnya berapa kali sebelum memulakan bicara.
" Dia tanya awak masih dengan saya ke? Bukan awak dah minta cerai ke? Saya ada bagi awak minyak pengasih ke? And dia cakap dia akan pastikan awak cerai dengan saya then kahwin dengan dia " ulas Haikal panjang lebar.
Aku terdiam sebentar. Biar betul Shahmie cakap macam tu?
Sampai pula hati dia nak buat macam tu?
" Awak ni memang menawan hati semua orang kan? Tak cukup dengan saya, ibu ayah, atuk dan arwah nenek, sekarang Shahmie pulak dah jatuh hati dengan awak "
" Saya kena bersaing dengan orang lain... untuk dapatkan hati awak... " ujar Haikal sambil mengusap kepala aku.
Aku hanya tersenyum. Manis sungguhlah ayat si Haikal ni. Tak boleh nak buat muka masam, memang tersenyum aku jadinya. Nak jerat aku ke apa dia ni?
" Tak payah mengarutlah, Haikal. Dah tepi sikit, saya nak pergi ruang tamu. Nak dengar lagu dekat radio " kata aku.
Laju je aku tinggalkan Haikal di dapur.
Biar dia. Sibuk sangatlah nak mengayat aku kat dapur. Tak kuasa aku nak layan.
Tiba di ruang tamu, aku membuka saluran radio di TV. Kebetulan yang tidak disengajakan, lagu kegemaran aku pula keluar.
Ah, sudah. Lagu apa lagi?
Reality by Richard Sanderson! Lagu ni aku start dengar masa aku tengok filem Perancis bertajuk La Boum atau Bahasa Inggeris dia The Party.
Love sangat movie ni! Lagu dia memang ala-ala 80-an. Genre lagu kegemaran aku kebanyakanya jenis macam ni. Lagu baru era sekarang ni aku tak berapa minat.
Kalau macam lagu ni, lirik dia bermakna, penuh puitis, menusuk kalbu lah maksud lirik dia and jangan lupa, rentak dia sedap! 100% my favourite kind of music!
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...