Haikal's PoV
Aku pandang sekujur tubuh yang terbaring di atas jalan raya.
Sekujur tubuh yang rasanya dah lama aku tidak peluk atau sentuh.
Isteriku..
" Alisa! Ya Allah, Alisa! Sayang! Do you hear me?! " itu saja yang keluar dari mulut aku.
Aku berlari dari kereta ke arah Alisa dan menepuk pipinya perlahan.
Tapi macam yang aku sangka, dia tak menyahut. Matanya tertutup rapat. Tapi dadanya masih bergerak. Aku tahu dia tengah sukar nak bernafas.
Aku tengok kemeja putihnya yang bersih tadi penuh dengan darah merah. Rambutnya yang cantik terikat tadi sudah terlerai.
Kepalanya yang tak henti mengeluarkan darah perlahan lahan aku tekap dengan tangan.
" No.. no.. "
Aku merangkul Alisa di dalam dakapan aku. Nazrul dan Salleh yang mengekor aku tadi dari belakang berdiri di depan aku.
" Bro, bro tu siapa eh? " tanya seorang lelaki pada Nazrul. Aku hanya mendengar.
Aku tak mampu nak kata apa dari tadi. Aku hanya fikirkan Alisa...
Aku tak nak dia pergi...
" Tu husband dia. Dah call ambulans? Awak ke yang angkat call dia? " tanya Nazrul balik.
" Haah, saya yang angkat call tadi sebab telefon dia ada dalam kereta. Saya masuk kereta dia nak ambil telefon dia untuk call family dia and nak inform pasal kemalangan ni. Pasal ambulans tu dah lama, bro. Dah nak setengah jam tunggu "
" Boleh bagi no telefon tak? Untuk buat report polis kalau ada apa apa jadi ke kan, " sambung Nazrul.
Mereka bertukar nombor telefon.
" Siapa langgar dia eh? " tanya Salleh.
" Orangnya lari dah. Tapi sempat ambil no plat dia, nah " jawab lelaki tadi sambil menghulurkan kertas.
" Encik Haikal, dah sampai tu " kata Salleh pada aku.
Aku yang dari tadi memasang telinga saja mendengar segala cerita mula berpijak di bumi yang nyata.
Ambulans pun tiba dan berhenti di bahu jalan. Aku hanya memerhati pekerja hospital datang dan mengambil isteriku dari rangkulan aku.
Aku lemah.
Aku lemah tengok Alisa tak sedarkan diri macam tu.
" Encik, encik ni suami dia ke? Encik nak ikut kami naik ambulans atau encik naik kenderaan encik sendiri? " tanya salah seorang jururawat yang ada.
" Dia naik kereta ke hospital. Hospital mana ya? " tanya Nazrul. Dia tahu aku tak mampu nak bercakap.
" Hospital Sultanah Aminah ye cik. Nanti pergi emergency ward and tunggu news dari doktor bertugas then kita boleh proceed mangsa masuk wad mana " jawab jururawat tadi.
Aku hanya menghantar bayangan mereka yang membawa Alisa masuk ke dalam ambulans.
" Haikal, biar aku drive kereta kau. Kau duduk je tepi. Aku tahu kau tak boleh nak drive " kata Nazrul lalu mengangkat aku untuk bangun.
Aku mengangguk.
Salleh dah mengekori ambulans bergerak ke hospital menaiki kereta Myvi Nazrul.
Nazrul sempat menelefon lori ' Tow ' kereta untuk membawa kereta Alisa ke bengkel berdekatan. Kalau dibiar memang dicurilah kereta tu nanti.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...