- Bab 6 -

596 27 0
                                    

Haikal's POV

Sekejap je harini dah hari Sabtu. Harinilah aku kena balik kampung dengan parents aku dan Alisa.

Semalam aku dapat berita yang Amin dengan Nisa dah bertunang! Aku macam...

Rupanya budak berdua tu tunang senyap senyap tak ada majlis ke apa ke. Cuma antara family je. Yang aku pelik bila pulak diorang bercinta? Tahu tahu dah bertunang. Aku tak pernah lagi humban orang ke laut.

Nasiblah semuanya dah matang. Ada kes kalau tak jemput bertunang kecil kecilan tu ada yang sampai putus kawan. Bertuah budak dua ekor tu.

Dengar cerita nak bernikah bulan depan. Alhamdulillah benda baik macam tu elok dicepatkan. Aku cuma fikir apa jadi dengan Nazrul nanti. Aku risau dia sendu menangis dalam bilik air sebab masih single.

Celoteh dalam fikiran aku terhenti bila telefon bimbit aku berbunyi.

" Assalamualaikum, Alisa! Ya, aku on the way sekarang. Tunggu je tau " kata aku bila dengar suara Alisa yang kecil macam kartun tu dalam telefon.

Terus aku matikan telefon.

" Ibu, Alisa dah tunggu tu. Jomlah gerak? " kata aku pada ibuku, Datin Salina. Ibu aku ni bekerja sebagai usahawan mengeluarkan kasut tumit tinggi berjenama terkenal di Malaysia.

" Ya, sayang. Abang! Cepatlah sikit Alisa dah tunggu kita ni! " bebel ibu yang memanggil ayah aku. Ayah pula dah macam nak bercuti ke negara empat musim. Bawa beg macam nak lari rumah pun ada.

" Abang! Awak bawa beg banyak banyak ni awak nak kemana? " marah ibu. Aku tergelak dibelakang.

" Aih saya bawa bajulah. Ada jajan sikit untuk abah di kampung tu! " kata ayah sambil meletakkan beg beg di dalam kereta.

Ibu hanya menggelengkan kepalanya.

Selesai masalah negara di rumah, kami semua menuju ke rumah Alisa.

Dari jauh lagi aku boleh nampak Alisa baru mengunci pagar rumahnya. Aku ternampak juga Shahmie baru hendak keluar dari rumah mungkin untuk menyapa Alisa.

Pantas saja kereta aku ni sampai betul betul di depan Alisa. Ayah aku kalau memandu memang macam Valentino Rossi tapi versi pelumba kereta lah.

Aku keluar dari kereta untuk menjemput gadis kecil molek berbaju dress panjang berwarna biru gelap. Aku perasan juga rambutnya diluruskan.

" Hello princess. Luruskan rambut ke? " ejek aku. Saja nak cari pasal siang buta ni.

" Ofcourse. Pernah nampak aku berdandan macamni? No, Mr. No. " balas Alisa.

Aku bantu dia letak beg di belakang dan menjemputnya masuk ke dalam kereta.

Ini bukan kali pertama Alisa berjumpa dengan ibu dan ayah aku. Aku tak rasa keadaan akan jadi janggal. Alisa dan ibu aku memang kongsi minat yang sama iaitu membeli kasut tumit tinggi!

Masa ayah aku mulakan perjalanan, aku ternampak Shahmie memandang aku dengan pandangan mata yang tajam.

Hekeleh. Dahlah gila.

-

" Haikal, dah sampai ni! " kejut Alisa.

Aku buka mata perlahan lahan. Cahaya matahari terkena betul betul lah dekat mata aku. Aduhai.

" Dah kat mana ni, sa? " tanya aku mamai.

" Kita dah kat kampung lah, Haikal. Tu nenek dah tunggu depan pintu tu. " balas ibuku.

Mana pulak si Alisa ni? Aku rasa Alisa sibuk angkat beg kat belakang. Ibu dan ayah pula mencari atuk di sawah. Aku bingkas bangun bila mendengar suara gagah Alisa sedang mengangkat beg.

Sahabatku CintakuWhere stories live. Discover now