- Bab 7 -

597 28 0
                                    

Alisa's POV

" Alisa? "

" Alisa? Alisa oi? "

Suara Haikal memanggil aku saja aku biarkan tak disahut. Menyakitkan hati je.

Aku depan mata dia kot boleh cerita kisah mesra dia dengan perempuan lain. Ikutkan hati nak aje aku lempang biar terkeluar dari rumah.

Dahlah suruh aku berlakon jadi tunang dia, treatlah aku macam tunang. Ini tidak. Lelaki memang bodoh.

Lepas aku selesai tunaikan solat asar, aku saja tergolek golek atas tilam, akhirnya aku hanyut dalam mimpi.

Biarlah aku rehat harini. Baru berlakon tak sampai sehari aku dah kepenatan.

-

Jam 6 petang. Okay aku pun baru bangun tidur. Aku buka tingkap kayu ditepi katil.

Wah! Boleh nampaklah sawah padi, pokok kelapa dan pangkin. Matahari pun cantik je terpacak situ.

Syok aku mengelamun menikmati keindahan pemandangan di depan mata aku ni, tiba tiba ada satu suara menyapa aku.

" Assalamualaikum! "

Muka Haikal terpacak berhampiran tingkap bilik aku. Budak ni nak apa lah.

" Walaikumsalam " jawabku ringkas.

" Nak jalan jalan tak? Sayang, saya ada motor ni atuk punya. Boleh pinjam sekejap nak pusing kampung. Awak nak ikut tak? "

Kau dah kenapa, Haikal? Mabuk ke? Panggil sayang tiba tiba. Geli pulak aku.

" No, thanks. Nak duduk tepi sawah je harini. " kata aku. Tak kuasa aku nak berjalan.

" Lah yeke? Okay meh sini sayang. " jawabnya sambil dia berlari ke pangkin. Sah gila.

Aku keluar dari bilik dengan memakai tshirt lengan panjang berwarna putih dan berseluar trek. Cuaca boleh tahan panas jadi aku biarkan rambut aku diikat sanggul.

" Okay sayang meh sini. Duduk sebelah saya. " kata Haikal selepas aku tiba disitu.

" Kau dah kenapa? " tanya aku lalu duduk di tepinya.

" Marah saya ke? Awak ni kan. Nenek kejap lagi datang jadi saya praktis lah sikit " kata Haikal sambil menjegilkan matanya.

Panjang umur, nenek pun datang ke arah kami.

" Hekal, ekau poghi bawa kopi o atas meja makan. Omak ekau dah bancuh tadi, dia terus keluar ke pekan beli sotong. Ekau bawak sini " arah nenek pada Haikal.

" Eh, nek. Alisa boleh tolong. Nenek dengan Haikal duduklah sini. "

" Lah biar si Hekal poghi. Nenek nak cakap sikit dengan Alisa, " kata nenek.

" Sayang tunggu sini okay? " kata Haikal lalu dia mengatur langkah ke dapur. Aku hanya tersenyum nipis.

" Alisa, nenek nak cakap sikit. Alisa bonar ko tunangnyo Hekal? Nampak macam tak mesra jo. Ado masalah ko? "

Aku terus jawab dengan pantas, " Betul, nek. Alisa memang tunang Haikal. Kami tunang kecil kecilan je. "

" Kami tak ada masalah pun. Cuma, Alisa tak rasa Alisa akan jadi isteri yang baik. Alisa bukannya baik sangat... " kata aku lagi. Muka aku jadi sugul. Sungguh, aku nak sangat jadi isteri Haikal.

Kalau tak layak pun, jadi kawan baik dia pun dah okay. Aku rasa selamat dengan dia. Aku tak pernah rasa selamat macamni dengan lelaki lain selain abah aku.

Nenek tersenyum bila dengar luahan aku. Dia memulakan kata katanya selepas dia terbatuk kecil, " Nenek pun raso gini la maso nak nikah dengan atuk. Tapi kita kona la yakin dengan diri sendiri kan? Sampai bilo nak rondahkan diri sendiri ye tak? Diri kito pun nak raso bahagio. "

Sahabatku CintakuWhere stories live. Discover now