Haikal's POV
6 Bulan Kemudian...
Seawal jam 7 pagi selepas solat subuh, aku keluar rumah untuk mencari sarapan buat isteri tercinta. Lagipun hari cuti, inilah masanya aku nak bonding dengan anak bini di rumah.
Alisa tak ikutlah sebab malam tadi dia tak dapat tidur lena. Anak aku meragam aje sebab tengah demam nak tumbuh gigi.
Eh, baik sikit ye!
Aku bukan tak jaga anak aku sekali. Aku memang jaga Diana malam tadi tapi macam biasalah, Alisa ni mana boleh tengok aku buat kerja sorang-sorang kalau bab anak ni.
Bab lain dia bior je aku. Sabar jela.
Apa pun, aku nak bagitahulah. Anak aku ni ramai panggil dia Diana instead of April. Padahal April tu unik kot?
Tapi takpelah, aku ikutkan aje. Bini aku pun panggil Diana. Mana boleh lawan keputusan Alisa tu. Pantang mundur kecuali bini marah!
Telefon aku tiba-tiba berdering.
" Ye, sayang? Kenapa? Saya baru sampai mamak ni " tanya aku.
Alisa yang telefon rupanya. Aku yang dalam kereta ni baru je sampai kedai mamak nak tapau sarapan.
" Sayang? Kau dah kenapa? Ni akulah, Amin! " kata Amin dari dalam telefon.
Terkejut aku! Aku tengoklah balik skrin telefon aku.
Ya Allah, betullah nama Amin yang tertera. Aih, gila bayang tetiba dah kenapa.
" Astaghfirullah. Sorry, Min. Aku ingat bini aku telefon tadi. Kau nak apa? " kata aku lalu tergelak menahan malu je.
" Bini aku ni nak ajak kau dengan Alisa datang rumah. Ada sarap sikit dia masak nasi lemak dengan lempeng kelapa. Jom ah! Naz dengan Salleh pun ada " katanya.
Tak sempat Amin selesai bercakap, aku terus matikan telefon dan otw balik.
Aku dapat rasa Amin tengah maki aku. Takpelah ekekeke.
Sampai saja di rumah, aku masuk ke dalam untuk mengajak Alisa ke rumah sebelah iaitu rumah Amin.
" Sayang, Amin ajak... "
Terus aku ternampak Alisa yang sedang menyusukan Diana secara breastfeeding. Tersengih aku seketika.
" Apa pandang-pandang? Senyum-senyum pulaktu? " tanya Alisa sambil memandang aku yang tengah tersengih melihatnya.
" Senyum sikit je pun tak boleh. Merajuklah " ujar aku.
" Nak kena breast feed jugak ke awak ni? " soal Alisa.
Waduh! Soalan cepu emas!
" Hehe, nak nak. Boleh? " pinta aku.
Terbayang pula. Eh! Korang jangan cuba-cuba sengih dekat sini ye.
" Banyak cantik! Amin ajak apa? " balas Alisa.
Alahai terlepas.
Alah, malam boleh dapat. Hehe.
" Amin ajak makan sarapan dekat rumah dia. Macam-macam si Nisa masak katanya " kata aku.
" Nisa masak? Rajin betul. Okay kalau macamtu tunggu saya habis susukan Diana baru kita pergi " jawab Alisa.
Aku angguk kepala.
-
" Sedap nyah you buat lempeng. Terus teringat mak I punya dekat kampung " puji Salleh.
Habis kembang kempislah hidung si Nisa.
" Aku ikut resepi dekat youtube. Ala-ala kampung jugak kalau tengok video dia " balas Nisa.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...