Alisa's PoV
" Alhamdulillah! Thanks ah Haikal, Alisa sebab belanja kitorang. Aku lapar ni " kata Nazrul pada aku dan Haikal sambil mengunyah burger Spicy Chicken McDeluxe yang kami baru bungkuskan tadi.
" Yerlah! I pun sama memang lapar gila ni! We all tak makan dari pagi tadi. Eh, I ingat Alisa je datang harini? Encik Haikal pun datang eh I jarang nampak Encik Haikal datang " celoteh Salleh.
Amboi Salleh ni macam nak try laki aku pulak. Nasib baik panggil laki aku Encik. Kalau nak I You bagai aku cepuk je nanti.
Bila tengok jam, dah pukul 3 petang. Biar betul lah sekarang baru nak makan?
" Aku datang pun sebab boss korang ni lah takut sangat korang salah kemas barang. Aku tukang teman je. Yang korang tak makan kenapa? " tanya Haikal.
Aku dengar je diorang berborak kat kaunter sebab aku tengah sibuk kira stock bunga yang baru sampai tadi.
Tepat pulak aku sampai je kat kedai, tak sampai 5 minit lepastu lori yang hantar bunga aku pun dah sampai.
Aku dah pening kira duit ni dah bercampur campur. Tiga ketul tu boleh lagi membawang, makanan tu pun aku rasa boring tunggu diorang makan.
" Eh, Alisa! Kat mana ek nak beli vase cantik macam yang you guna ni ek? Ada orang semalam buat tempahan bunga orkid dalam vase kayu macam ni untuk wedding dia. Dia kata berkenan nak macam ni " sambil tangan Salleh membelek pasu kayu berisi bunga orkid yang aku pamer di tepi kaunter.
Aku berfikir sejenak sekali gus memerah otak nak ingat balik aku beli kat mana pasu tu.
Ingat punya ingat, " Salleh, kau beli je dekat IKEA. Mesti ada sebiji macam ni. Nanti kau beli tau dengan Nazrul. "
" Aku? " tanya Nazrul. Pandai pulak buat muka sememeh macam tu.
" Kau kerja sini kan? Buat kerja. Pergi masa waktu kerja. Simple. Kedai tutup. Dah balik tu, terus bukak kedai. Faham? Duit ni amik untuk beli vase tu ikut berapa banyak tempahan yang dia nak " arah aku. Haikal dah terkekek gelak tengok aku bagi arahan dah macam komander. Kemain.
Sesekali masa buat kerja dengan dua makhluk tu, aku pandang Haikal yang asyik dengan telefon dia. Jari dia tu ligat betul menaip.
Bila aku bercakap dengan dia, buat endah tak endah je. Tangan, mata semua ke telefon.
Sambil dia menaip tu aku tengok dia tersengih sengih. Sengih sorang diri pulak tu. Lain kali kalau tak nak layan aku, kau kahwin je dengan telefon tu lain kali ye.
Selesai aku uruskan semua urusan tempahan, stok baru sampai, kira duit dan segala macam, aku dan Haikal pulang ke rumah. Salleh dan Nazrul juga pulang kerana jam sudah menunjukkan 9 malam.
Mestilah tutup awal harini. Harini kan hari Jumaat. Hari Sabtu hari cuti. Ahad sampai Khamis je aku buka kedai dari jam 11 pagi sampai 11.30 malam.
Kebetulan Haikal cuti harini. Bolehlah dia ikut aku ke kedai. Lagipun ada Nazrul, tak kebosananlah dia. Ada juga kawan nak berborak kalau aku sibuk buat kerja.
" Haikal, esok ingat nak beli peralatan dapur segala macam perabot untuk ruang tamu. Esok kan Sabtu? Bolehlah terus ubah suai ruang tamu tu. Nanti ibu ayah kau tu datang nak tengok rumah kita " kata aku pada Haikal selepas masuk ke dalam rumah.
" Esok? Hm, esok aku ada meeting dengan clients. Lusa lah? " tanya Haikal sambil jari tangannya sibuk menari atas keyboard telefonnya.
YOU ARE READING
Sahabatku Cintaku
Romance✨COMPLETE✨ Alisa Dahlia dan Danial Haikal, sahabat yang sudah lama berkawan dan berkenalan terpalit dengan masalah yang tak diduga. Cuba menafikan perasaan yang ada di dalam hati kerana terlampau sayangkan hubungan persahabatan yang lama dibina. Ak...