Note: Masa tulis part 1 tu..tarikh 5 Mac tu sis main hentam je tak tengok kalendar. Sekali check² hari sabtu daaa. Jadi sis tukar la tarikh berkenaan nak bagi ade sedikit logik dalam cite tak logik ni. Sekian🤣
...
"2011?" Soalku tidak percaya. Aku mimpi ngeri ke apa? Sekarang dah 2020 lah!
"Tak kelakarlah, mak..."
"Suka hati kaulah, Adra. Mak nak ke dapur. Kejap lagi ayah kau nak sarapan sebelum ke kebun," ujar mak, terus melangkah pergi meninggalkan aku sendirian yang masih terpinga-pinga.
Handphone!
Aku masuk kembali ke dalam bilik. Gadget nipis di sebelah katil, aku telek. Samsung S2? Zaman bila??? Tanpa berlengah, aku buka skrin. Aplikasi kalendar aku buka.
"7 Mac 2011? Ya Allah! Apa ni??" Aku terasa mahu menjerit. Terlepas handphone di tangan. Melihat ke sekeliling bilik, aku perasan banyak benda pelik. Suasana masa aku masih belajar!
Bunyi ringtone dari handphone menyentakkan aku. Lantas aku ambil dan lihat siapa pemanggilnya. Shada!
"Hello, Sha!" Aku jerit.
"Oi, kau dah kenapa menjerit macam tu? Pekak telinga aku!"
"Sha! Kau, kau kena tolong aku beb!"
"Tolong apa? Eh, sebelum tu. Ni kau kat mana? Penat aku tunggu kat pondok ni dari tadi tau? Pukul berapa nak sampai?"
"Tunggu aku? Buat apa?"
"Eh, hello, makcik! Kau tak nak pergi site ke?"
"Site? Aku ada meetinglah pagi ni dengan bigboss. Mana masuk site!"
"Meeting apa pulak? Sejak bila kita terlibat meeting dengan bigboss ni? Paling koman pon kita join site meeting je tau? Kau mimpi apa malam tadi ni?"
Tiba-tiba aku teringat mak kata aku masih praktikal.
"Err..Sha. Kita tengah praktikal ke sekarang ni?"
"Yelah, Adra! Kau ni dah kenapa? Hilang ingatan pulak ke pagi-pagi Isnin ni?"
Aku terlongo. Ya Tuhan! Aku betul-betul kembali ke 9 tahun lalu?
"Adra? Oh Adra?" Panggilan Shada menyedarkan aku.
"Ya, ya. Kau...kau pergi site dulu. Aku lewat sikit. Nanti tolong bagitahu Mr.Loh ya?" Rasa macam pelik pulak bila sebut lagi nama Mr.Loh sedangkan aku dah lama tamat praktikal dan belajar!
"Yelah. Jangan lambat sangat. Harini lori konkrit nak datang. Bising Mr. Loh nanti kalau takde orang jaga DO..."
"Ookay...ookay..."
Aku terduduk di atas katil. Masih mencari di mana logik akalnya aku boleh kembali ke zaman praktikal?
Buntu. Aku tak tahu macam mana nak fikir. Sekilas, aku memandang loket kecil di tepi katil. Spontan juga, kata-kata nenek semalam terngiang.
"Adra, kalau takdir di genggaman manusia nescaya binasa la dunia ni, cu. Ingatlah. Apa yang sudah tertulis, itu mungkin terbaik untuk kamu..."
Loket. Nenek.
"Arghhhh!!!"
...
"Kau dah kenapa aku tengok macam orang blur dari tadi ni?" Tegur Shada sebaik sahaja lori konkrit ke empat mula masuk ke dalam kawasan tapak bina.
"Kau sihat ke tak ni?" Soalnya lagi bila aku diam.
"Sha..."
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Короткий рассказShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.