Puas berfikir beberapa hari, aku nekad mahu mengejar apa yang aku pernah impikan. Aku tak kisah untuk ubah takdir. Peluang begini datang pastinya bersebab kan? Kenapa tak aku rebut? Yes, Adra! Inilah masanya kau cari cinta kau! Kejar cinta Ehsan!
Usai praktikal hari itu, aku berpisah dengan Shada di persimpangan biasa. Shada ke kiri dan aku meneruskan perjalanan. Melalui kawasan perumahan yang pernah Ehsan ceritakan dulu, aku membelokkan motosikal. Kawasan perumahan itu tidaklah begitu besar. Cuma ada beberapa baris rumah sahaja. Jadi, senang kerja aku untuk cari lokasi rumah sewa Ehsan.
Call me pathetic, stalker, I don't care.
Entah kebetulan, atau memang tuah menyebelahi aku bila aku ternampak Ehsan sedang berdiri di sebelah motornya. Seperti mahu keluar. Lelaki itu siap berbaju jersi, berseluar track.
"Petang-petang biasanya abang keluar main futsal dengan member-member satu tempat praktikal..."
Spontan, aku tersenyum saat teringatkan kembali cerita lelaki itu ketika kami sedang berbual di talian.
"Adra?" Teguran seseorang menyentakkan aku. Entah bila aku tak sedar aku sebenarnya berhenti depan rumah sewa Ehsan!
Wajahnya aku pandang tanpa kelip.
"Adra kan?" Tegurnya lagi.
"Aaa..haah.." jawabku, gagap. Seperti biasa.
"Adra buat apa kat sini? Cari rumah siapa?" Ehsan yang baru mahu menyarung helmet, terhenti lalu menghampiri pagar.
"Err..saa...saaya cari rumah kaa..kawan. Haaa..kawan..."
Ehsan mengangguk. "Adra okay ke ni? Kenapa dari hari tu muka Adra pucat bila nampak abang? Muka abang macam hantu ke?" Selorohnya.
Aku tak tahu nak ketawa atau apa. Yang pasti, Ehsan masih sama. Suka mengusik.
"Saya okay. Abang nak pergi main futsal ke?"
Garis-garis di dahi Ehsan terukir. Spontan, aku mengetuk dahiku sendiri.
"Mana Adra tau abang nak pergi main futsal?"
Apa aku nak jawab ni?
"Err...saya teka je. Tengok abang pakai macam nak main bola..". Fuh nasib baik ada jawapan selamat.
"Oh, ya tak ya jugak. Haah abang nak pergi main futsal. Rumah kawan Adra kat area sini ke?"
"Tak. Entah..."
"Lah? Are you sure you okay, Adra?" Keprihatinan Ehsan benar-benar mengusik tangkai hati. Katakan bagaimana harus aku mahu lari dari cintanya?
"Abang..." panggilku.
"Yes?"
"Kalau Adra kata, Adra kenal abang. Abang percaya tak?"
Sekali lagi wajah Ehsan berkerut.
"Kenal kat mana? Satu kampung dengan abang?"
Aku menggeleng.
"Adra asal dari sini je, bang. Bukan orang Kelantan..."
Aku rasa tak lama lagi, cepat berkedut muka Ehsan sebab asyik berkerut. Muka dia betul-betul terkejut.
"How...? Maa...macam mana Adra tahu abang asal Kelantan?"
"Kan Adra kata Adra kenal abang. Kalau Adra cerita pun, abang takkan percaya. Biar jelah. Maaf ganggu abang, Adra balik dulu..." aku mula mahu pamitan.
"Kejap, Adra..."
"Abang tak tahu nak cakap macam mana. Seram pun ada. Sebab seingat abang, abang tak pernah kenal Adra. Tapi, deep down inside my heart, I don't know why...abang tak rasa Adra bohong," katanya.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Short StoryShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.