Setia Yang Terluka 2

2.9K 273 130
                                    

🌱🌱🌱

"Aku ceraikan kamu Nur Balqis Binti Yusuf dengan talak satu.." dengan sekali nafas, Adha menuturkan lafaz keramat itu. Nafas yang sama ketika pernikahan kami dahulu. Serentak, airmataku mengalir membasahi pipi. Wajahku menunduk sedikit, menahan rasa sebak yang bertandang. Seketika, aku lihat Adha juga tertunduk.

Saat hakim mengesahkan penceraian di antara kami, jiwaku kosong. Fikiran aku juga kosong. Tak mampu untuk memikirkan apa-apa lagi. Sungguh, aku tak pernah menduga hubungan antara kami berakhir di sini.

Usai sesi di dalam kamar mahkamah, peguam Norazida meminta untuk aku menunggu di luar. Aku terduduk di bangku berhampiran saat figura Adha aku lihat keluar dari kamar perbicaraan kes kami tadi.

Pandangan mata kami bertaut sesaat dua sebelum Adha berbicara seketika dengan peguamnya. Lelaki itu kemudian mengatur langkah menuju ke arahku.
Janggal. Itu yang aku rasakan ketika ini.

Saat Adha berdiri di hadapanku, aku tertunduk. Tanpa apa-apa bicara, lelaki itu melabuhkan duduknya di sebelahku. Untuk seketika, tiada seorang pun di antara kami yang berbicara. Adha kulihat menongkat sikunya di atas peha. Kedua-dua tangannya digenggam. Pandangannya menekur lantai. Terdengar keluhan halus terzahir dari ulas bibirnya.

"Maafkan abang.." ucapnya perlahan. Aku menoleh seketika. Bagaikan tak percaya dengan apa yang aku dengar.

Abang. Adha membahasakan dirinya seperti dulu. Tanpa sempat aku tahan, airmataku mengalir lagi. Ah, lemahnya kau Balqis!

"Abang sayangkan Qis tapi abang tak mampu nak tolak kehadiran dia semula. Abang akui abang masih sayangkan dia. Seboleh mungkin, abang nak elak dari perpisahan. Tapi abang tahu, Qis tak pernah setuju untuk terima dia. Maafkan abang, Qis.."

Sakit. Terlalu sakit. Walau kata maaf diungkapkan, masih belum mampu meneutralkan kembali perasaanku. Kejamnya Adha!

"Kalau betul abang sayangkan Qis, takkan pernah ada yang kedua dalam hati abang selain Qis. Abang tahu kenapa Qis menolak poligami. Abang lebih kenal Qis.." kata-kataku mati di situ. Nafas panjang kuhela sebelum meneruskan bicara.

"Abang dah buat pilihan abang. Qis dah Nampak mana nilai Qis dalam hidup abang. Terima kasih untuk semuanya. Moga abang bahagia.." ujarku seraya bengkit dari kerusi.

Baru sahaja mahu melangkah pergi, lenganku dipaut Adha. Tanpa menoleh, aku hanya kaku berdiri. Menunggu butir bicara yang bakal keluar dari mulut lelaki yang pernah menjadi suamiku. Bekas suami? Ya, Allah!

"Abang tahu abang salah sebab menduakan cinta kita. Abang nak Qis tahu, abang sayangkan Qis tapi abang tak boleh kehilangan dia lagi. Abang tahu abang tamak. Maafkan abang. Abang minta halalkan semua yang pernah Qis korbankan sepanjang kita bersama. Andai ada kekurangan di mana-mana, nafkah zahir dan batin, abang mohon maaf. Berat abang nak lepaskan Qis tapi abang tak sanggup nak lukakan hati Qis lagi. Jaga diri Qis baik-baik. Kalau Qis ada masalah atau perlukan apa-apa, abang sentiasa ada untuk Qis. Terima kasih untuk 3 tahun terindah ni. Moga Qis temui bahagia Qis sendiri nanti. Maafkan abang.." Panjang lebar Adha berbicara.

Setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya bagaikan belati yang menikam hatiku.

Adha terus melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku terduduk kembali. Lemah segala sendi. Tak mampu lagi untuk berdiri.

"I met her.." ujarnya.

Dan jantungku bagai mahu terhenti.

Jeda.

Aku biarkan Adha meneruskan kata-katanya.

"It's been a long time. We just bumped into each other, coincidently. But that's it, sayang. After that, abang dah tak nampak dia kat mana-mana.." jelasnya.

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now