🌵🌵🌵
Panasnya cuaca ketika itu. Sudahlah tadi dia terlupa bawa assignment. Dah disiapkan tapi tertinggal kat rumah sewa. Sekarang bila nak balik rumah, motor pula buat hal. Dariya membonceng bersama Yaya. Jadi, dia nak balik dengan apa? Terpaksalah Nina tebalkan muka call Zafril. Eh, tapi sejak bila pun Nina pemalu dengan Zafril kan?
Dariya dan Yaya pergi ke koperasi kejap carikan air. Nina tunggu kat tempat parking motosikal. Skuter dia ni dah lama. Dari semester satu. Tu yang buat hal bila dah akhir-akhir pengajian ni.
Nak terbeliak mata Nina bila dari jauh dia nampak Zafril datang dengan motor polisnya. Aduh!
Polis trafik muda, masuk kolej dengan motor besarnya tu. Agak-agak apa yang jadi? Ya! Benar tuan-tuan dan puan-puan. Jadi perhatian! Nina tepuk dahi.
Zafril berhentikan motornya berhampiran tempat Nina. Helmet dibuka dan lelaki itu turun dari motor. Sempat lagi belek rambut dia kat side mirror. Ceh!
"Kenapa muka macam nak marah je?" Soal Zafril sebaik sahaja dia mampir ke arah gadis itu.
"Perlu eh datang kolej dengan motor tu? Dengan uniform macam ni?"
Bergaris-garis dahi Zafril.
"Abang baru lepas settle jaga jalan tadi. Tak sempat balik balai tukar baju, Nina call. Abang teruslah datang sini.."
"Hmm..yelah. Sorry.."
"Macam tulah. Kata sayang, tapi bila nampak abang je muka tu kelat memanjang. Cuba senyum sikit. Hilang penat abang kerja tengok buah hati senyum.." usik Zafril.
"Siapa buah hati abang? Tak malu.."
Zafril gelak lepas. Geram pulak dia dengan budak ni! Kalau tak kenangkan batas antara mereka, dia cubit-cubit pipi montel tu.
"Motor Nina kenapa?" Zafril tukar topik bila ketawanya reda.
"Entah. Tak boleh start. Malang betullah hari ni!" Nina merengus.
"Tak baik mengeluh macam tu. Kejap, abang tengokkan"
Zafril cuba start tapi tak boleh. Kick pun tak mahu.
"Bateri dah kong ni.."
"Alah, macam mana Nina nak balik.."
"Kawan-kawan mana?"
"Pergi kedai jap. Tapi diorang naik berdua.."
"Nina balik jalan kakilah. Exercise sikit. Makin bulat dah abang tengok.."
Nina jeling Zafril tak puas hati. Pecah lagi ketawa lelaki itu.
"Okay-okay. Abang gurau je. Nina boleh tunggu tak? Abang balik balai dulu ambil kereta. Motor ni nanti abang call kawan minta tolong tengokkan.." usul Zafril.
"Balai jauh. Nanti lama nak kena tunggu. Nina dah penat.." rengek gadis itu. Haih, Dariya dengan Yaya ni pun, lama betul!
"Dah tu? Takkan abang nak bawak Nina naik motor ni pulak?"
"Tak boleh eh?"
Spontan, dahinya dijentik Zafril.
"Aduh! Sakitlah! Abang ni, suka jentik-jentik dahi Nina. Dah merah tau!" Sempat dia check dahinya kat side miror skuter miliknya.
"Padanlah muka tu. Soalan tak boleh lagi cerdik sikit? Belajar tinggi dah. Dah, tak payah nak mengada. Tunggu sini. Abang balik balai kejap. Bukan jauh mana pun. Suruh Dariya dengan Yaya temankan sekejap sementara tunggu abang.."
Zafril kembali ke motornya, memakai helmet full face lalu menghidupkan enjin.
Sambil menggosok dahi, Nina menjawab. "Yelah! Tapi kalau abang lambat, Nina tumpang jelah siapa-siapa..". Ada sedikit rajuk dalam nadanya.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Short StoryShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.