Cinta Tanpa Noktah 5

3.8K 232 34
                                    

❄❄❄

Langkah Feeqa terhenti. Lidahnya kelu. Gadis itu terpempan melihat figura yang berada di hadapannya. Sedari awal, ketika melihat gerangan pengantin lelaki, hatinya berdebar. Dia ke sini menemani Dhurah, rakan sekerjanya yang mengajaknya ke kenduri sepupu beliau. Saat terpandangkan Rafiq, matanya melingas mencari kelibat Ammar namun tidak ditemui.

"Eqa.." seru Ammar.

Feeqa menundukkan wajahnya. Tidak mampu membalas pandangan mata lelaki di hadapannya kini.

"Eqa..sihat?" Ammar tidak berputus asa.

Sekadar mengangguk, Feeqa masih memandang lantai.

Ammar tersenyum. Walaupun soalannya tidak berjawab namun lelaki itu gembira. Menatap kembali wajah kesayangannya. Wajah yang penuh dengan keceriaan ketika mereka masih bersama dahulu.

Feeqa mahu berpaling pergi. Dia akui dia merindui Ammar tapi dengan statusnya kini, dia rasa tidak layak buat Ammar. Lebih-lebih lagi memikirkan keputusannya dahulu meninggalkan lelaki itu.

"Tunggu, Feeqa.." Ammar menghalang.

Matanya dipejam saat terasa jari Ammar memegang lengannya yang berlapikkan baju kurung moden itu.

"Don't go. Please.." rayu Ammar lagi. Dia tidak peduli. Dia sudah nekad tidak akan melepaskan Feeqa pergi lagi.

Mujur juga tempat pertemuan mereka ketika ini agak tersorok dari pandangan ramai.

Feeqa memalingkan tubuhnya apabila Ammar melepaskan pegangan. Berbekalkan sedikit keberanian, wajahnya diangkat menatap sepasang mata milik lelaki di hadapannya.

"Jangan tinggalkan saya lagi, sayang.." Ammar masih belum berputus asa. Dia tahu dan yakin Feeqa masih menyintainya.

"Saya tak layak untuk awak, Ammar. Saya dah pernah kecewakan awak dulu. Saya yang tinggalkan awak..saya.."

"..shh..just stop. Saya tak nak Eqa fikir lagi apa yang pernah terjadi dulu. Saya dah lupakan semuanya. Apa yang penting adalah sekarang ni adalah..kita." Ammar memotong.

"Tapi Ammar.."

"No. No. Saya takkan lepaskan awak lagi, Eqa. No matter what, saya akan pastikan Eqa jadi milik saya. Eqa masih sayangkan saya, kan? Masih cintakan saya macam mana saya tak pernah berhenti sayang dan cintakan Eqa, kan?"

Bersungguh-sungguh Ammar mahu mempertahankan apa yang dia rasakan. Apa yang dia fikir Feeqa juga turut berkongsi rasa yang sama dengannya. Feeqa memandang Ammar lama sebelum perlahan-lahan dia mengangguk.

Biarlah. Biar kali ini dia cari bahagia dia sendiri. Biar dia sendiri yang buat keputusan untuk dirinya. Bukan lagi sesiapa.

Ammar tersenyum dalam bahagia.

...

Beberapa bulan kemudian.

Bulat mata Feeqa mendengar cadangan Ammar. Bukan dia tidak biasa dengan hobi Ammar yang satu itu tetapi kali ini seperti lebih mencabar. Tangannya disilangkan, memeluk tubuh. Berdiri menghadap Ammar yang sedang tersengih.

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now