Sekujur tubuh yang masih enak berselubung di bawah comforter, mengundang senyuman di bibirku. Jam sudah menginjak angka sembilan namun suasana masih gelap dek hujan lebat di pagi hari. Spontan, idea nakal datang.
Aku menapak perlahan-lahan menghampiri sisi katil. Dengan penuh berhati-hati, aku kuak sedikit comforter tebal itu. Satu wajah yang sedang lena, menyapa pandangan. Amboi, tak bergerak sikit pun. Tunggu!
1..2..3..
"Tolong! Tolong!" Tempikku agak kuat di telinganya. Idzham terkejut lalu bangun secara drastik. Mukanya panik, kepalanya melinggas kiri kanan.
"Kenapa? Kenapa? Sayang??"
"Hahahaha!"
Aku muntahkan segala tawa yang tertahan dari tadi. Wajah cuak Idzham kelakar gila! Dah tu, blur pulak tengok aku ketawa macam mak lampir.
Belum sempat aku bersuara lagi, tanganku ditarik lelaki itu menyebabkan aku terdorong ke depan sebelum menghempap tubuh sasa itu.
Idzham menggeletek pinggangku tanpa belas kasihan. Kami bergelut seketika di atas katil.
"B! B! Stop it! Arghhh!"
"Rasakan!"
"Okay, okay. I'm sorry. I bergurau je..."
Akhirnya jari jemari Idzham berhenti menyeksaku. Lelaki itu naik ke atasku dengan tangannya menongkat badan di tepi tubuh aku yang terlentang di bawahnya.
"Notty eh?" Katanya.
"You tu, bila nak bangun. Lepas solat subuh, tidur balik. I je yang buat kerja sorang-sorang kat bawah..." rengekku.
Jari telunjuk Idzham mencuit pucuk hidungku sebelum bermain dengan rambutku yang sedikit perang. Warna asli. Sebuah kucupan akhirnya mendarat di atas dahi membuatkan aku sedikit berkerut.
"Apa? I dah gosok gigi subuh tadi tau, sayang?"
Aku tahu tetapi sengaja mahu mengusiknya lagi. Kedua belah tanganku naik menekup mulut. Berpura-lura menahan nafas.
Idzham nampak tak puas hati. Sekejapan cuma sebelum sebuah senyuman nakal tersungging di bibir lelaki itu. Belum sempat aku mengelak, sekali lagi aku digeletek dan dicium di serata wajah.
"Bbbb!!!" Jeritku.
"Nah, rasakan bau mulut busuk ni. Padan muka!"
Aku mengelak sambil mencuba melepaskan diri.
"I main-main je, b. Ye, mulut you wangi. Wangi bak kasturi..."
Idzham ketawa terbahak-bahak. Merasakan pelukannya mula longgar, aku cuba meloloskan diri dan kali ini aku berjaya. Melihat kejayaanku, berhasil bolos, Idzham mahu mengejar pula. Tercungap-cungap akh berlari keliling bilik. Sudahnya, aku terduduk di wing chair berhadapan sliding door.
Idzham berjaya mengepungku.
"Dahlah, b. I tak nak main kejar-kejar pagi ni. Penat..." aku akhirnya mengalah. Idzham tersenyum menang.
"Baru berlari sikit, dah pancit. Macam mana nak on game lama-lama macam ni..." usikan Idzham membuatkan aku menjegilkan mata. Lengannya menjadi sasaran sepit ketamku.
"Aduh, sakitlah baby..."
"Cakap lagi bukan-bukan..."
Idzham menarikku bangun lalu dia mengambil tempatku di atas kerusi sebelum menarikku duduk di atas ribanya. Sepasang tangannya yang kekar, melingkar di pinggangku.
"Bila pulak I cakap bukan-bukan? I cakap main game ps5 dengan I. You fikir apa? Game on our bed ke, baby?"
Aku menjelingnya.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
KurzgeschichtenShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.