Had Sengal! 1

3.6K 287 79
                                    

I'm backkkkk!!!🤗 Enjoy!

🦋🦋🦋

Termengah-mengah aku berlari. Fuh, nasib baik sempat aku cilok sebelum mamat tu perasan. Haih, dalam banyak-banyak manusia kat universiti ni kenapa dengan dia juga aku kena bertembung? Takdir nak mempermainkan aku lagi ke?

Oh, hai. Sebelum aku teruskan cerita ni, izinkan aku perkenalkan diri. Aku Yara. Apa maksud Yara? Maksudnya kupu-kupu kecil. Sesuailah dengan aku yang bersaiz agak petite. Aku berusia 18 tahun dan sedang menuntut di sebuah universiti di utara semenanjung Malaysia. Atas permintaan mak yang nak sangat tengok anak dia jadi orang banyak duit, aku ambik kos akauntan. Still main dengan duit kan? Haha! Mak tak tahu betapa strugglenya anak beliau bermain dengan nombor setiap hari. Mujur juga aku jatuh cinta dengan bidang ni. Kalau tak, seksa oi belajar dek terpaksa ni. Author tahu lah kan? Dia dulu kena paksa amek engineering. Hahahaha!

Mesti korang tertanya-tanya tentang mamat yang aku dok elak dari bertembung sampai sanggup marathon selaju 140km/j tu kan? Well, cerita dia macam ni.

Mamat tu nama dia Azhad. Yang Zuhud. Tapi jauh betul sifat dia dengan maksud nama dia tau? Zuhud ni adalah lawan kepada perkataan suka atau gemarkan sesuatu. Azhad ni jangankan zuhud, lagi dia kejarkan dunia ada. Okay, back to the story. Aku sebenarnya tak kenal pun Azhad ni. Pertemuan kami yang pertama terjadi secara tak sengaja.

Masa tu, aku tengah jogging sorang diri kat tasik depan uni. Dah penat jogging 3 round, aku stop sekejap kat satu bangku ni untuk rehat. Aku perasan ada sorang mamat ni tengah duduk kat situ juga. Masa tengah rehat tu, aku capailah botol air kat sebelah aku yang aku baru beli kat kiosk berdekatan.

"Oi!" Sergahan dari mamat tadi membuatkan air yang aku minum tadi tersembur keluar.

"Apasal kau minum air aku?" Marahnya. Spontan, mata aku melihat botol di tangan. Eh? Rupanya aku tersalah capai botol. Alamak! Alapak!

Air yang bersisa di bibir, aku kesat laju. Botol tadi aku letak secara mengejut tanpa penutupnya. Entah di mana silapnya, botol itu terbalik lalu airnya tumpah mengenai si mamat tadi. Dia apalagi, melompat bangun dengan muka marah.

"Maa..maaf saya tak sengaja.."

"Apa kau ni? Dah lah curi air aku, pastu kau simbah aku pulak dengan air ni??"

Simbah? Eh, aku tak sengaja tau?

"Saya tak sengajalah. Saya tersilap ambil botol. Lagi satu, saya tak simbah awak. Air tu tertumpah je. Kan beza tu?"

"Eh kau ni. Dah buat salah, banyak pulak cakapnya!"

Tiba-tiba aku jadi panas hati. Hek eleh. Pasal air je pon. Kecohlah dia ni! Tapi demi menjaga imej aku sebagai gadis yang sopan santun, aku maniskan juga muka minta maaf. Yelah, benda tak sengaja kan?

"Sekali lagi, saya minta maaf. Nanti saya ganti balik air awak tu.." pujukku entah kenapa.

Sengihan nakal di wajah mamat tadi membuatkan aku menjadi hairan. Dia ni kenapa sewel ke tiba-tiba senyum macam tu?

"Kau mampu ke nak ganti balik?" Soalnya.

"Lah, air je kan? Bape sen sangat. 1 karton awak mintak ganti pun saya boleh ganti. Bukan nak berlagak tapi yela..air mineral je kan?"

Semakin lebar senyuman syaitan di wajahnya. Panas pulak hati aku!

"Air tu memang kau mampu ganti..tapi bukan air je kau curi.."

Keningku hampir bercantum. Aku curi apa pulak?

"Eh, saya tak curi apa-apa pun dari awaklah! Sumpah!"

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now