Had Sengal! 5

1K 87 25
                                    

Korang!!!
Hahaha.
Okay untuk mengelakkan berlakunya sebarang amnesia, sis cadangkan korang baca balik HS! 1-4 sebelum korang baca part ni ya? Maklumlah ni short story yang takes longggggg time utk sambung kan? Nanti blur pulak.

Apa pon enjoy!

...

Hanya kerana satu kealpaan, hidup aku mula jadi tak tenteram. Setiap jam aku dapat mesej atau call dari si Azhad Sengal tu! Naik rimas pulak! Macam mana ya aku nak curi-curi songlap handphone dia and delete nombor aku dari contact mamat tu?

Macam-macam cara aku fikirkan namun menemui jalan buntu. Atau patut aku je tukar nombor? Ish, kau ni Yara! Sampai tahap tu? Apa susah, kau block jelah nombor dia! Itu pun tak leh fikir. Hek elehh!

Binggo!

Tapi kan, kalau dia nak kacau aku, dia boleh je guna nombor lain. Adoi.

"Kau dah kenapa, Yara? Dari tadi macam fikir masalah dunia. Berkerut dahi tu!" Tegur Jihah.

Aku cuma pandang Jihah tanpa jawab apa-apa.

"Pasal Had ke?" Tebaknya. Pandai pun!

Gadis itu menepuk ruang kosong di sebelahnya. Aku hanya mengikut. Tempat kosong itu, aku labuhkan duduk.

"Kau susah hati Had kacau kau?"

"Serabutlah Jihah. Setiap jam dia call, dia mesej..."

"Kau jawab? Reply tak text dia?"

Aku geleng.

"Aku bukan nak memihak pada Had ke apa tapi, Ra...at least kau bagi peluang pada dia nak kenal kau. Tak salah kan, sebagai kawan?"

"Aku..."

Jihah ketawa. "Sebenarnya kau takut kau jatuh cinta pada dia kan, Yara?"

Spontan, bahu Jihah aku tumbuk.

"Adoi, sakitlah makcik!"

"Rasakan! Mulut tu, cakaplah lagi bukan-bukan..."

"Dah tu, apa yang susah sangat kau nak terima Had tu sebagai kawan?"

"Masalahnya dia bukan cakap aku ni kawan dia...dia..."

"Tapi girlfriend dia?"

Aku angguk.

"Yara, kau tahu Had tu sengal dari mula kau kenal dia lagi kan? Tak pelik pun dia ngaku kau girlfriend dia. Kau minum air dia pun dia kata kau curi first kiss dia. Had kan? Dia memang sengal bak kata kau..."

"Aku tak ready lagi untuk apa-apa komitmen, Jihah. Lagi-lagi dengan lelaki macam Had tu. Tak pernah serius. Dalam kepala dia, semua benda boleh jadi bahan lawak."

"Komitmen? Kawan ke kahwin kau ni?"

Aku tunjuk mesej Had kat Jihah.

Yara,
Cuti sem nanti, kenalkan aku kat mak ayah kau eh? Dorang mesti tak sabar nak jumpa bakal menantu yang baik lagi kacak macam aku ni...

Jihah tepuk dahi sebelum ketawa kuat. Aku jeling je Jihah. Eh, minah ni ada juga yang makan penampar.

"Adoilah, Had! Aku tak tahu la nak cakap apa tapi aku suka confident level dia. Sangat tinggi!"

Aku bangun, sebiji bantal kecil aku lemparkan pada Jihah yang masih ketawa.

Masuk bilik, aku hempaskan badan kat tilam. Mesej-mesej Had aku baca semula. Memang sah mamat ni tiga suku!

...

Tepat jam dua belas tengahari aku dah terpacak kat taman tu. Ya, tengahari rembang ya tuan-tuan dan puan-puan. Idea gila siapa lagi kalau bukan si mamat sengal tu. Selagi aku tak muncul, selagi itulah dia akan menghantui hidup aku dengan mesej-mesej beliau yang annoying itu.

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now