Cinta Tanpa Noktah 3

2.8K 218 45
                                    

❄❄❄

Rafiq mengetuk pintu bilik Ammar apabila menyedari lelaki itu tidak keluar-keluar dari pagi. Tak kerja ke si Ammar ni? Jam sudah melewati angka sepuluh pagi. Jarang Ammar bangun lewat. Kebetulan Rafiq cuti hari tersebut, mahu menyelesaikan beberapa urusan peribadi. Hafiz seawal subuh sudah keluar bekerja.

Tiada sahutan. Tombol pintu dipulas. Suasana suram menyapa pandangannya. Gelap.

"Mar?" Tegur Rafiq.

Tubuh Ammar yang tertiarap tidak berbaju, dihampiri. Saat tangannya menyentuh kulit lelaki itu, Rafiq tersentak. Panasnya!

"Mar? Bangun, Mar. Kau demam ke? Panas sangat badan kau ni.." tegur Rafiq.

Ammar bergerak sedikit, memberikan tindak balas sebelum matanya dibuka perlahan.

"Hmm..aku tak larat, Fiq. Kepala aku rasa berat.."

"Kau demam panas ni. Jom, aku bawak kau pergi klinik.."

Mulanya Ammar berdegil namun setelah dipaksa Rafiq, lelaki itu mengalah juga. Dia bangun bersiap ala kadar sebelum mereka berdua meninggalkan rumah.

Tiba di klinik, Rafiq memapah Ammar masuk. Didudukkan lelaki itu di atas bangku sebelum dia ke kaunter pendaftaran. Ammar bersandar lemah.

Matanya terpejam seketika. Semalam, dia yakin dia mimpikan Feeqa. Gadis itu datang memeluknya. Menangis di dadanya. Belum pun sempat Ammar membalas pelukan, seorang lelaki menarik Feeqa pergi jauh darinya. Dia nampak Feeqa meronta tetapi entah kenapa kakinya bagaikan dipasak.

Setelah itu, dia terjaga dari tidur. Wajahnya diraup berkali-kali.

Feeqa. Semuanya baik-baik saja kan?

"Mar.." panggilan Rafiq menyentakkan lamunan Ammar.

"Doktor panggil masuk.."

Ammar mengangguk lemah seraya bangun dari bangku.

Usai segala urusan di klinik, Ammar menunggu Rafiq sementara lelaki itu mengambil keretanya yang diletakkan agak jauh dari klinik tadi.

Matanya menyoroti satu susuk tubuh wanita yang baru sahaja keluar dari farmasi di sebelah klinik. Dia kenal benar gerangannya tanpa perlu melihat wajah yang sedang menunduk itu.

"Eqa?" Tegurnya. Wanita itu mengangkat wajah.

Sebaik sahaja mata mereka bertemu, Ammar tersentak melihat wajah di hadapannya.

Jelas riak wajah terkejut Feeqa apabila menyedari kewujudan Ammar di situ. Baru sahaja dia mahu lari, Ammar terlebih dahulu memaut lengannya yang berlapikkan baju lengan panjang.

"Eqa? Siapa yang buat Eqa macam ni?" Soal Ammar, bengang. Terasa semakin membahang tubuhnya melihatkan luka dan lebam di wajah gadis yang dia sayang.

"Lepaskan Eqa.."

"Cakap. Siapa yang buat? Hariz?" Ammar mengetap bibir.

"Tolonglah lepaskan. Eqa kena balik.."

"Saya takkan lepaskan sampai Eqa bagitahu.."

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now