Arkeologi Cinta 6

1.8K 258 134
                                    

Buat pertama kalinya, Short Story melebihi 5 part🤣🤣🤣 layaannnn

...

Sudah dua hari berlalu sejak kejadian ketika hiking itu berlaku. Gambaran setiap saat yang terjadi ketika itu berulang-ulang kali bermain di fikiran aku bagaikan pita rakaman yang sudah rosak.

Selagi tidak mendengar berita tentang Ehsan, selagi itulah hati aku tak pernah tenang. Dan buat sekian kalinya, memori pahit itu kembali terlayar.

"Sayang!" Jeritan Ehsan membuatkan aku menoleh.

Belum pun sempat otak aku mencerna apa yang sedang terjadi, aku lihat tubuh Ehsan melayang di udara sebelum hilang dari pandangan mata.

Aku terkedu.

Telingaku berdesing. Suara-suara kekecohan di sekeliling seperti terasa jauh. Saat Maira menjerit, barulah aku bagaikan tersedar.

"Ehsan!"

"Aaa..aabangg?? Abang!!!"

Sehingga kini, aku masih bingung dengan apa yang terjadi. Menurut kata saksi lain, ada bongkahan batu yang agak besar terjatuh entah dari mana. Aku yang ketika itu berada di sebelah Ehsan, ditolak lelaki itu secara spontan ke tepi menyebabkan tubuhnya menjadi sasaran objek berkenaan lalu terjatuh ke dalam curam yang dalam.

Usaha mencari dan menyelamatkan Ehsan masih diteruskan walaupun keadaan di situ dilihat terlalu sukar untuk kerja-kerja menyelamat.

"Mana abang pergi??? Baliklah. Adra tunggu abang..." ucapku sayu ditemani airmata yang sejak saat kejadian itu menjadi teman baik.

"Sabarlah Adra. Pihak polis dan bomba masih berusaha. Kita sama-sama doa, ya?" Shada memujuk. Ketika itu, kami sama-sama berada di kaki bukit. Setia menunggu berita tentang Ehsan.

Aku dah tak peduli apa yang terjadi di sekeliling. Aku hanya mahu tahu bagaimana keadaan Ehsan.

"Ya Allah andai ini mimpi, bangunkan aku Tuhan! Aku tak nak semua ni berlaku pada Ehsan!"

"Kita dah jumpa mangsa!" Teriakan dari salah seorang anggota penyelamat, menyedarkan aku. Laju sahaja aku berlari ke arah pondok pasukan penyelamat.

"Dah jumpa Ehsan? Macam mana dia?" Soalku tidak sabar.

"Bawa bertenang, cik. Anggota kami masih dalam usaha untuk bawa turun mangsa. Minta bersabar..."

Setengah jam kemudian, keadaan mulai kecoh. Orang ramai yang turut sama berkumpul di situ, mula mengerumuni sepasukan anggotan penyelamat yang membawa Ehsan.

Aku masih tertanya-tanya. Apakah yang terjadi kepadanya?

"Bagi laluan! Tolong bagi laluan!"

Aku bergegas ke arah kumpulan tersebut. Saat aku berjaya menyelinap, aku terkesima.

Terkedu melihat keadaan Ehsan yang terlalu parah. Luka, lebam, darah di mana-mana. Kakinya! Ada objek putih yang kelihatan di situ. Allah!

"Abang!"

...

Terduduk aku di kerusi sebaik sahaja berita tentang Ehsan, aku dengar dari doktor yang mengendalikan kes lelaki itu. Emak, ayah serta adik beradik Ehsan juga turut berada di situ, terdiam semuanya.

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now