❄❄❄
Setahun kemudian.
Cuaca petang itu redup. Nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut tudungnya yang sesekali diperbetulkan. Feeqa hanya duduk di atas bangku yang diperbuat dari batu. Merenung ke arah tasik yang tenang. Sesekali berkocak apabila si ikan-ikan berebut makanan di permukaan air.
Sepasang suami isteri yang sedang berjogging bersama seorang anak kecil yang limpas di hadapannya, dipandang sayu.
Anak.
Hatinya tiba-tiba diruntun sayu. Teringat peristiwa setahun lalu. Semuanya diceritakan kembali oleh ibu mertuanya setelah dia sedar dari koma.
...
Pertembungan sebuah kereta dan motosikal berkuasa tinggi di persimpangan itu membuatkan jalan raya menjadi sesak. Orang ramai mula mendekat untuk melihat keadaan mangsa-mangsa yang terlibat. Pemandu kereta seorang wanita manakala penunggang superbike, seorang lelaki tertiarap di atas bonet serta cermin hadapan kereta wanita tadi.
Ambulans dihubungi. Seorang pun tidak berani menyentuh mangsa. Bimbang kalau-kalau terdapat kecederaan dalaman yang boleh membahayakan nyawa mangsa. Kedua mereka bermandikan darah. Ada yang tertanya-tanya samada nadi mereka masih ada atau tidak. Ngeri.
Ammar dan Feeqa dikejarkan ke hospital berdekatan. Keadaan kedua-duanya sangat kritikal ketika itu. Jabatan kecemasan menjadi hingar bingar sebaik sahaja stretcher yang membawa Ammar dan Feeqa diturunkan dari perut ambulans.
Rawatan awal kecemasan diberikan. Pembedahan segera juga mula diaturkan doktor yang bertanggungjawab. Ketika rawatan diberikan, mereka hanya terpisah dek sehelai kain sahaja. Masing-masing sudah tidak sedarkan diri.
Beberapa jam dalam dewan bedah, akhirnya Ammar melepasi waktu kritikalnya. Sedikit berbeza dengan Feeqa yang masih di dalam operation theater.
Seorang doktor kemudian keluar mendapatkan ahli keluarga Feeqa.
"Saya ayah Feeqa.." ujar Pak Long Nahar ketika ditanya doktor.
"Keadaan Puan Afeeqa masih kritikal. Kami dapati ada pendarahan serius pada rahimnya. Ada Puan Afeeqa bagitahu dia hamil?" Soal doktor.
Pak Long Nahar dan Mak Long Siah terkejut.
"Hamil????" Jawab kedua-duanya serentak.
"Mungkin dia sendiri tak tahu tapi maaf encik, puan..kandungan Puan Afeeqa tak berjaya diselamatkan. Janinnya masih terlalu kecil. Masih fragile. Hentakan kuat ketika kemalangan antara punca dia keguguran. Maaf sekali lagi saya bertanya. Berdasarkan pemeriksaan lanjut pada tubuh Puan Afeeqa, kami temui beberapa kesan kecederaan. Termasuk di perutnya. Kami syak Puan Afeeqa dipukul dan didera. Encik dan puan tahu tentang hal ini?"
Sekali lagi Pak Long Nahar dan Mak Long Siah terkejut.
"De..dera?" Pak Long Nahar hilang kosa kata. Hariz!
"Saya sarankan pihak encik buat laporan polis. Kes dera bukan kes yang boleh dipandang ringan. Puan Afeeqa akan kami tempatkan di Unit Rawatan Rapi sehingga keadaannya stabil. Saya minta diri dulu.."
Doktor tadi berlalu pergi.
Mak Long Siah sudah teresak-esak.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Short StoryShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.